(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)
Laporkan penyelewengan Umno & BN ke Harakahdaily
Azamin Amin
Fri | Feb 15, 08 | 7:42:51 pm MYT KUALA
LUMPUR, 15 Feb (Hrkh) - Kempen "dedahkan salah laku BN" dilancarkan hari ini
bagi membolehkan pembaca Harakahdaily dan para pencinta keadilan menyalurkan
maklumat, berita atau sebarang laporan terhadap penyelewengan Umno-BN sepanjang
tempoh 22 hari lagi menjelang hari mengundi pada pilihan raya umum 8 Mac ini.
-->
Dalam tempoh ini, lazimnya terdapat pelbagai salah laku dan kepincangan yang
dilakukan oleh jentera kempen BN, antaranya menggunakan jentera dan kemudahan
kerajaan, membeli undi dengan pelbagai pendekatan rasuah, selain taktik kotor
seperti mengoyak poster, mencetuskan provokasi dan usaha penyamaran bagi
memburukkan pembangkang.
Selain itu semua pihak digalakkan menyumbang dan menghantar gambar-gambar yang
boleh menjadi bukti kepada perbuatan dan tingkah laku aktivis Umno-BN yang
melampau itu. Gambar-gambar terpilih akan disiarkan kepada tatapan umum supaya
rakyat dapat menilai pelbagai penyalahgunaan kuasa mereka selama ini.
Dengan teknologi yang serba canggih dan terkini menggunakan kamera video
mahupun digital, diharap semua pihak dapat manfaatkan dengan sebaiknya untuk
mendedahkan kepincangan BN itu.
Selain cuba menyiarkan semua gambar-gambar yang dikirim, jika bersesuaian,
Harakahdaily berbesar hati menyumbangkan insentif berbentuk wang sagu hati
kepada beberapa gambar-gambar yang terpilih sebagai gambar aksi paling sensasi
dan menjolok mata, dari sudut menarik.
Segala keputusan dan sagu hati akan disampaikan selepas pilihan raya umum ke-12
berakhir pada Mac nanti.
Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman mengharapkan kempen ini
dapat mendorong semua pihak yang prihatin dengan perjalanan pilihan raya ke-12
agar tampil menyalurkan bukti-bukti salah guna kuasa "kerajaan sementara",
amalan korupsi untuk membeli undi dan pelbagai taktik kotor BN mahu mengekalkan
kuasa.
"Semoga dengan itu, lebih banyak penyelewengan terutama membabitkan wang rakyat
dapat didedahkan. Saya pasti banyak pihak akan tampil membongkar amalan salah
guna kuasa yang begitu menjadi-jadi semasa kempen pilihan raya.
"Dengan kemudahan teknologi terkini, setiap rakyat prihatin dapat merakamkan
amalan tidak bermoral BN terutama dalam setiap kali pilihan raya. Dan kami
berbangga dapat menjadi saluran untuk menyiarkan pendedahan bagi kebaikan
bersama, termasuk memantapkan perjalanan pilihan raya yang lebih adil dan
bersih," ujar Lutfi.
Bagi sesiapa yang menghantar email gambar, disaran menceritakan serba ringkas
insiden dalam gambar yang berjaya dirakamkan untuk pengetahuan umum.
Pembaca juga diharap turut menyertakan serba ringkas maklumat diri seperti nama
dan nama samaran untuk tujuan penyiaran di samping menyertakan nombor telefon
untuk mudah dihubungi bagi tujuan penyampaian sagu hati.
Segala maklumat dan gambar bolehlah diemailkan ke ' ); document.write(
addy10923 ); document.write( '' ); //-->\n [EMAIL PROTECTED] ' ); //-->
Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript
enabled untuk melihatnya ' ); //--> dan ' ); document.write(
addy77542 ); document.write( '' ); //-->\n [EMAIL PROTECTED] ' ); //-->
Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript
enabled untuk melihatnya ' ); //-->
Bahan-bahan itu juga boleh dialamatkan kepada
Pengarang Harakah, No 5, Jalan 65C, Pekeliling Business Centre,
Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur (u/p: Azamin Amin). - mns
(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
---------------------------------
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.