syabas kerana anda alert dengan keperluan OKU Islam. adalah lebih baik jika
kita memberi perhatian kepada OKU bukan Islam juga secara amnya. OKU bukan
Islam juga melintas jalan so ada baiknya kita memberi perhatian kepada semua
secara adil.
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Tersentuh hati ini , seorang yang kurang upaya sanggup
berjemaah ke masjid, menunggu sejam untuk melintas
jalan, semata-mata mengharapkan keredhaan Allah.
Begitu mulia hati orang kurang upaya ini, lebih mulia
dari mereka yang berilmu tapi tidak beramal. Apa
alasan nak ku beri pada Allah setiap kali tidak
berjemaah di masjid atau surau ?
Gadai nyawa lintas jalan
SEREMBAN: Seorang lelaki kurang upaya terpaksa
memperjudikan nyawa setiap kali melintas jalan dari
bandar ini untuk ke Masjid Jamek Seremban sejauh
kira-kira 30 meter dekat Jalan Datuk Bandar Tunggal di
sini, sejak hampir 15 tahun lalu.
Shaari Sidek, 41, yang menghadapi masalah untuk
berjalan berkata, dia ke masjid itu untuk menunaikan
solat dan berehat pada setiap hari termasuk pada cuti
umum.
Katanya, bagi memastikan keselamatan terjamin, setiap
kali melintas, dia terpaksa menunggu kira-kira 30
minit untuk menyeberangi Jalan Datuk Bandar Tunggal.
Semakin banyak kenderaan melalui jalan di hadapan
Masjid Jamek menyebabkan pada hari tertentu, saya
terpaksa mengambil masa sehingga sejam sebelum
melintas, katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurut Shaari, dia mengharapkan Jabatan Kerja Raya
(JKR) negeri menyediakan kemudahan kepada orang kurang
upaya seperti lampu isyarat untuk melintas dengan
selamat.
Kemudahan yang disediakan itu dapat mengurangkan
risiko orang kurang upaya atau warga emas ditimpa
kemalangan ketika melintas untuk ke seberang jalan,
katanya.
Seorang peniaga restoran, Babji Baba, 49, berkata dia
kerap melihat orang kurang upaya dan warga emas
menghadapi kesukaran melintas untuk ke Masjid Jamek
itu.
Katanya, untuk mengelakkan kejadian yang tidak
diingini, dia kerap meminta pekerjanya membantu
golongan itu melintas dengan selamat.
Kesukaran untuk melintas semakin ketara ketika solat
Jumaat atau waktu makan tengah hari dan selepas waktu
bekerja, katanya.
Menurut Babji, pihak yang berkenaan diminta segera
mengambil usaha keselamatan sebelum suatu perkara yang
tidak diingini berlaku.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kerjaraya (JKR)
negeri, Dr Roslan Md Taha, berkata pihaknya akan
berbincang dengan Majlis Perbandaran Seremban (MPS)
bagi mengkaji dan melakukan usaha yang sesuai untuk
menjamin keselamatan.
Katanya, kajian itu perlu dilakukan untuk memastikan
langkah keselamatan yang bakal disediakan itu sesuai
dengan keadaan jalan serta keselesaan pengguna lain.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20080214093537/Article/index_html
Rozmal http://waghih.blogspot.com
Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
Kelab AMAL NS http://amal-ns.blogspot.com
Institut Kajian Angkasa http://ikam-space.blogspot.com
Pusat Pendidikan As Saidiyyah http://puspa-ns.blogspot.com
__________________________________________________________
Be a better friend, newshound, and
know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.
http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ
Search. browse and book your hotels and flights through Yahoo! Travel