12 Feb 2008

Untuk memperluaskan lagi baktinya kepada masyarakat, insyaAllah, Al-Nidaa’ akan 
memulakan Khidmat Kaunseling mulai bulan Mac 2008 bagi memberi peluang kepada 
ahli-ahli jamaah dan orang awam mendapatkan khidmat nasihat dan jawapan ke atas 
masalah agama dan peribadi masing-masing.


Khidmat ini boleh didapati melalui panggilan telefon ataupun bertemu kaunselor 
di pejabat Al-Nidaa’ pada masa yang ditetapkan. Untuk berjumpa dengan mana-mana 
kaunselor sila hubungi pejabat Al-Nidaa’ bagi mendapatkan temujanji dahulu. 
Sila lihat jadual yang disertakan di bawah ini. Perlu diingatkan hanya 
panggilan telefon menggunakan nombor pejabat Al-Nidaa’ (03-77106900) sahaja 
akan dilayan.


Keutamaan mendapatkan manfaat khidmat Al-Nidaa’ ini akan diberikan kepada Ahli 
Biasa dan Ahli Bersekutu Al-Nidaa’.


Khidmat ini adalah percuma. Namun Al-Nidaa’ mengalu-alukan sumbangan kewangan 
bagi menampung kos-kos yang berkaitan dengannya.

Bayaran boleh dalam bentuk tunai, cek (atas nama Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa’ 
Malaysia) atau masukkan ke dalam BIMB akaun no: 12047010029150 kemudian fakskan 
bank-in slipnya ke 03-77107900.


 NamaHari / bulanMasa
1Ustaz Shofwan BadrieRabu ketiga12.30 tgh – 3.30 ptg
2Ustaz Fadlan OthmanAhad pertama & ketiga5.45 ptg – 7.00 ptg
3Ustaz Shapizan JohariJumaat pertama & ketiga3.00 ptg – 5.00 ptg



(Khidmat Ustaz-ustaz lain sedang cuba didapatkan)

Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa' Malaysia
17A Lorong Datuk Sulaiman 7
Taman Tun Dr. Ismail
60000 Kuala Lumpur
Tel: 03-77106900  Faks: 03-77107900
Email: [EMAIL PROTECTED]


Shima Derus


      ___________________________________________________________
Support the World Aids Awareness campaign this month with Yahoo! For Good

http://uk.promotions.yahoo.com/forgood/

Kirim email ke