Kesan yang di tinggalkan oleh kaum Nabi Luth yang derhaka kepada Allah S.W.T.
Mummy yang di katakan Firaun di Zaman Nabi Musa, mayat nya telah di awetkan
untuk pengajaran bagi manusia hingga ke hari kiamat.
Mayat Tak Reput
Maha Suci Allah, Tuhan Pentadbir dan Pemelihara Sekelian Alam. Gambar mayat
yang tidak reput ini diambil pada 28/4/2004 yang lalu di Masjid Banggol, Pokok
Sena, Kepala Batas, P. Pinang. Mayat ini adalah mayat seorang lelaki (Haji
Mohsin) yang meninggal dunia akibat strok pada tahun 1987 (17 tahun yang lalu)
dan arwah meninggalkan seorang isteri dan 4orang anak perempuan yang ketika itu
masih kecil lagi.
Alhamdulillah, kesemua anak-anak perempuannya berjaya (doktor, pharmacist dan
lulusan Al-Azhar)dan isterinya, seorang surirumah, amat aktif dalam menjaga
kebajikan dan hal ehwal pelajar-pelajar perempuan Pondok Madrasah Khairiah
Islamiah diPokok Sena dan sering memberi kelas agama kepada kaum-kaum ibu.
Arwah meninggal dunia dalam lingkungan umur lewat 40 tahun dan beliau adalah
seorang pegawai JAKIM yang amat merendah diri dan sentiasa menjaga
kata-katanya. Saya sempat menziarahi arwah setahun sebelum beliau meninggal
dunia dan berkomunikasi dengannya menggunakan pen dan kertas.
Kubur bersebelahan yang telah dikorek itu adalah untuk mak saudara yang
meninggal pada hari tersebut. Syukur Alhamdulillah, saya berpeluang melihat
mayat yang nampak sekerat badan sahaja dan sekerat lagi ditimbus tanah.
Mayatnya macam baru ditanam semalam dan daging danmuscle-muscle tangan dan kaki
masih macam fresh lagi.
Disebabkan malam sebelum tu hujan lebat, kain kapan mayat basah dan melekat di
badan, so bolehlah nampak clear bentuk tubuh badan. Kain kapannya pun tak reput
langsung cuma kotor sebab kesan dari tanah yang sedang dikorek. Hinggakan kain
bantal kepala yang diisi dengan tanah pun masih elok lagi. Kalau dilihat pada
gambar yang dilampirkan, di bahagian atas itu ialah kepalanya yang dilapik
dengan bantal tanah.
Mayat arwah disimpan tidak menggunakan keranda dan kain kapannya adalah kain
biasa
sahaja, nothing special or expensive.
Kita bagaimana pula keadaanya di kubur nanti? Janji Allah tetap benar. Allah
akan menjaga hamba-hambanya yang sabar, beriman, bertaqwa dan beramal salih.
wallahua'lam
____________________________________________________________________________________
Be a better friend, newshound, and
know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.
http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ