Bangsa Melayu kaya dengan peribahasa. Dan peribahasa Melayu ada kalanya menggunakan binatang sebagai kiasan, seperti babi, anjing, ayam dan sebagainya. Mungkin sebab generasi sekarang sudah lupa asal usul peribahasa Melayu , maka mereka menganggap apabila orang lama-lama menggunakan binatang sebagai kiasan, ianya satu cacian.
Contohnya seperti Engkau ni macam ANJING BERANAK ENAM lah. Adakah kita mengatakan kawan kita tadi anjing ? Tidak . Maksud kita ialah kawan kita tadi kurus sekali. Kesian kita tengok dia. Lalu kita nasihatkanlah dia supaya menjaga kesihatan. Bukankah binatang itu makhluk Allah juga. Binatang sentiasa berzikir kepada Allah , tetapi manusia ada yang tidak bersyukur nikmat yang dianugerah Allah. HIDUP BAHASA MELAYU ! Beberapa peribahasa yang menggunakan binatang : Babi merasa gulai. Menyama-nyamai orang berpangkat tinggi (kaya dan sebagainya). Badak makan anak. Kiasan kepada orang yang membuang anaknya sendiri kerana takut malu dan sebagainya. Bagai anjing beranak enam. Kurus sekali. Bagai anjing buruk kepala. Orang yang sangat benci oleh masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti anjing kepala busuk). Bagai ayam disambar elang. Mati tanpa sakit. (Bandingkan dengan: Ayam ditambat disambar elang, padi di tangan tumbuh lalang). Bagai ayam mabuk tahi. Pucat lesi dan tidak berdaya sebab sakit dan kurang darah Rujukan : http://www.karyanet.com.my/bahasa/kamus_peribahasa/index_peribahasa.php?alpha_abjad=b Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com Rembau http://rembau-hari-ini.blogspot.com Anak Muda Kampung http://amkns.blogspot.com ____________________________________________________________________________________ Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search. http://tools.search.yahoo.com/newsearch/category.php?category=shopping
