Assalamualaikum w.b.t...
sahabat-sahabat dijemput hadir ke:
KULIYYAH - HAI'AH
(PENGAJIAN KITAB UNTUK REMAJA)
"KITAB AYYUHAL WALAD"
Karangan:
IMAM AL-GHAZALI
Kandungan kitab "Ayyuhal Walad" ini merupakan sepucuk surat dari Imam
al-Ghazali r.a yang ditujukan kepada murid-muridnya. Di dalamnya
terdapat nasihat beliau yang sangat ikhlas dan dicelah-celah ungkapan
beliau tersingkaplah kebolehan Imam al-Ghazali dalam menggambarkan
tipuan dunia yang fana ini dan kekalnya akhirat dan betapa perlunya
kita kepada iman, amal soleh dan kejernihan jiwa. Ia disampaikan
dalam bahasa yang sangat halus, mencuit perasaan, menyentuh hati
nurani sehingga kadang-kadang dapat mengalirkan air mata dan
memberikan kesan yang sangat mendalam sekali di hati para pembacanya
dan membawa kepada suatu perubahan dalam kehidupan.
Disampaikan oleh:
AL-FADHIL USTAZ HAFIZ HJ. MUSTAFA LUBIS
Tarikh : 23 Februari 2008 / 16 Safar 1429H
Hari : Sabtu
Waktu : 9.00 pagi - 2.00 ptg
Tempat : Pusat Pendidikan & Pembangunan Komuniti PKPIM
ABIM Gombak, Batu 5½ Kg. Changkat, Mukim
Setapak, 53100 Gombak, Selangor
TENTATIF:
9.00 pg : Mula pengajian Kitab
10.35 pg : Solat Dhuha
11.00 pg : Sambungan Pengajian kitab
1.00 ptg : Makan/Solat Zohor
2.00 ptg : Tamat pengajian & bersurai
Muslimin dan Muslimat dijemput hadir..
Ibu bapa SANGAT digalakkan
untuk HADIR DAN membawa anak-anak BERSAMA KE MAJLIS ILMU INI..
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Anuar Mohamad 013-438 0061 / Ahmad `Izzat 017-219 3201