Wilayah Persekutuan Negeri Pertama Umumkan Calon PAS Oleh HermanSamsudeen
Kuala Lumpur, 20 Februari : PAS Wilayah akhirnya memulai langkah, mendepani
semua negeri dan parti-parti Barisan Nasional dan secara rasminya mengumumkan 3
calon yang akan membawa panji PAS pada pilihanraya ke-12 ini.
Peristiharan itu dilakukan lewat malam tadi oleh Presiden PAS sendiri, Tuan
Guru Dato Seri Abd Hadi Awang, di Markas PAS Titiwangsa.
HJ. Mohamad Noor Mohamad yang sebelum ini bertanding di parlimen Titiwangsa
bertukar ke Parlimen Putrajaya. Tempat beliau digantikan oleh AJK PAS Pusat
yang juga Ketua Dewan Muslimat Titiwangsa, Dr. Lolo Dato Hj. Ghazali. PAS
Labuan pula diwakili oleh Sdr. Matusin Abd Rahman, iaitu YDP PAS Labuan.
Lebih 2000 penyokong Barisan Alternatif membanjiri Markas PAS Titiwangsa
untuk melihat sendiri calon-calon PAS Wilayah Persekutuan. Para petugas PAS
Wilayah Persekutuan kini berada dalam tahap terbaik untuk memberikan saingan
sengit kepada Jentera Barisan Nasional dalam Pilihanraya kali ini.
Sebelum pengistiharan calon, Presiden telah melancarkan T-Shirt rasmi Petugas
PAS dengan memakaikannya kepada seorang petugas berbangsa India, Sdr. Rama
yang secara simboliknya menunjukkan sokongan padu kepada PAS walaupun berbeza
agama, tetapi satu matlamat.
Presiden dalan ucapan beliau, menekankan bahawa semua pihak kini mengharap
Keadilan, Kesejahteraan dan inginkan negara ini diperintah dengan sebaiknya
oleh pemimpin yang jujur. Dan pemimpin-pemimpin PAS adalah alternatif kepada
pemimpin korupsi yang saban musim mewakili BN.
PAS akan bertanding di lebih 60 kerusi parlimen dan semua jentera PAS kini
diminta untuk melipatkan gandakan gerak kerja kempen bagi memastikan rakyat
dapat menerima maklumat yang betul terhadap isu-isu semasa.
Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
Bank Islam : 14023010000110
Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :
Khairil : 019-5732576 @ Hilmy : 016-2333024
Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di
http://dppwp.wordpress.com
---------------------------------
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.