*Dr M tanya macam mana Khairy jadi jutawan segera?** ECM Libra merupakan sebuah syarikat senaraian awam yang tidak terkenal sebelum ia mengambil alih Avenue Capital. Manakala Avenue Capital pula ialah syarikat merupakan milik Kementerian Kewangan Yang Diperbadankan (MOF Inc.) di mana Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan merupakan pihak yang bertanggungjawab.
MyKMU.Net <http://mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=5147> melaporkan: Avenue (untuk setahun hingga 31-1-2006) Shareholders' Fund (Jumlah Capital): RM673 juta (pada 31/1/2005) Revenue: RM78.1 juta Profit Before Tax (PBT): RM56.6 juta Earning per Share (Basic EPS): 6.89 sen sesaham Net Tangible Asset Per Share: 92.6 sen sesaham 1-year Profit Growth (PBT): +78.8% ECM Libra (setahun hingga 31-12-2005) Shareholders' Fund (Jumlah Capital): RM578.3 juta (pada 30-3-2005) Revenue: RM44.8 juta Profit Before Tax (PBT): RM17.7 juta Earning per Share (Basic EPS): 3.74 sen saham Net Tangible Asset Per Share: 1.34 sen 1-year Profit Growth (PBT): -45.9% Cuba bandingkan dari segi keuntungan, keuntungan sesaham, pertumbuhan keuntungan, saiz modal dan sokongan aset setiap saham antara kedua-dua syarikat ini. Jelas Avenue lebih dari semua segi. Sebab itulah, apabila kedua-duanya bergabung sebaik sahaja Khairy mempunyai kira-kira RM9.2 saham<http://www.malaysia-today.net/blog/2005/12/bagaimana-khairy-membeli-saham-ecm.htm> dalam ECM Libra, penggabungan itu disifatkan sebagai "ular lidi" menelan "naga". Apabila ditanya adalah beliau meluluskan cadangan penggabungan ECM Libra dan Capitral Avenue yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan Yang Diperbadankan (MOF Inc.), The Star 20 Januari 2006 memetik Perdana Menteri berkata<http://www.aisehman.org/archives/2006/01/laughable_denia.html>: "I am not involved in any way. I don't know" (Saya tak terlibat sama sekali. Saya tak tahu). Bagaimana Khairy menjadi jutawan segera? Khairy mendakwa dia meminjam duit kawan untuk membeli saham dalam ECM Libra. Tetapi, dia tidak menjawab pertanyaan<http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_e905c840-3132372e-10a4a320-585d75d6> Dr Mahathir: "Di mana dia dapat duit RM9 juta… dia kata pinjam dekat kawan… siapa dia kawan yang bagi pinjam sampai RM9 juta..saya pun nak pinjam jugak. "Barangkali ada juga dikalangan Pemuda-pemuda UMNO nak pinjam RM9 juta nak beli saham ECM-Libra…boleh ke orang lain pergi pinjam. Pasal apa kawan tu bagi (pinjam)…kalau nak pinjam di bank, boleh ke kita pergi ke bank nak pinjam RM9 juta nak beli saham ECM-Libra. "Suruh ahli-ahli UMNO ke bank pinjam RM9 juta…kalau boleh dapat". Lebih pelik lagi, dalam jawapan<http://myretroperspective.blogspot.com/2007/10/now-you-see-it-now-you-dont.html> kepada peguam yang mewakili Matthias Chang; Timbalan Peguam Cara Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Haini Hassan memberitahu, dokumen-dokumen berkaitan penggabungan ECM Libra and Avenue Capital Resources "tidak terdapat dalam simpanan (possession) , jagaan atau kawalan Kementerian Kewangan".* * * * * * * * * * * * * * * -- "WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!" "Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka selidikilah kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).
