Islam Hadhari: Satu konsep yang mengeliru dan mengugat akidah umat Islam
Malaysia
Posted on Tuesday, February 19 @ 23:42:37 MYT by SongkokPutih
Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi
Latarbelakang - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah
memperkenalkan dan mempelopori satu gagasan baru kepada rakyat Malaysia sejak
tahun 2003, yang dinamakan sebagai Islam Hadhari, atau dalam bahasa Melayunya
"Islam Bertamaddun". Islam Hadhari atau Islam Bertamaddun mempunyai
rukun-rukunnya tersendiri yang baharu berjumlah 10 kesemuanya. Islam asal yang
diturunkan Allah swt melalui RasulNya Nabi Muhammad saw pula mempunyai 5 rukun.
Niat dan matlamat sebenar Islam Hadhari menjadi keliru sejak awal lagi. Nama
nya yang bermaksud Islam Bertamaddun menggambarkan seolah-olah ianya adalah
Islam yang baharu yang lebih bertamaddun dari Islam Al Quran yang asal. Ianya
tambah mengelirukan kerana mempunyai rukun yang tidak sama dengan rukun Islam
asal.
Permasalahan
Islam Hadhari sejak penubuhannya lebih banyak membawa kekeliruan dan masalah
kepada pemahaman Islam di kalangan rakyat. Bukan sahaja mereka yang bukan Islam
bertambah menjadi sangat keliru, mereka yang beragama Islam, khususnya golongan
muda dan mereka yang tidak berpendidikan tinggi menjadi kelam kabut. Antara
perkara-perkara yang membawa kekeliruan ini ialah:
1. Penerusan Malaysia sebagai pusat pengeluaran arak, perjudian,dan
lumba kuda terbesar di Asia Tenggara. Kegiatan-kegiatan ibu kemaksiatan ini
terus berkembang dan dilesenkan oleh pentadbiran Islam Hadhari.
2. Konsert dan program hiburan yang melampau secara "live" dan melalui
media massa meningkat lebih 100% sejak Islam Hadhari dilancarkan.
3. Isu murtad. Bilangan orang-orang Islam yang mengisytiharkan keluar
dari Islam (murtad) secara rasmi meningkat dari tahun ke tahun. Setakat belum
ada sebarang inisiatif dari pentadbiran Islam Hadhari untuk mengekang masalah
dan menjaga kemurnian akidah rakyat secara jelas. Bahkan cadangan PAS di
parlimen ditolak mentah-mentah.
4. Gejala maksiat dikalangan pimpinan. Kebejatan moral yang begitu parah
di kalangan pimpinan kerajaan UMNO/BN sendiri, khasnya dari mereka beragama
Islam yang diketahui umum tidak menggambarkan kesungguhan diperingkat tertinggi
dalam menghayati Islam hadhari.
Penegasan dan Gesaan
Cara Islam Hadhari diperkenalkan, kandungannya yang kosong, perlaksanaan yang
terlalu bercelaru, sokongan kepimpinan sendiri yang tidak lebih dari tepian
bibir mulut, pertentangan secara jelas dengan syariat dan akidah Islam ajaran
Al Quran, benar-benar telah mengelirukan rakyat. Bahkan ia juga mudah membawa
kepada kegelinciran aqidah Islam sebenar.
Dengan demikian, PAS dan rakyat Islam yang perihatin serta menyintai kemurnian
akidah dan syariat Islam dengan tegasnya menggesa agar rakyat Malaysia
seluruhnya menolak segala usaha yang membawa kepada kekeliruan dan kerosakan
aqidah dan kembali kepada Islam yang sebenarnya.
19 Febuari 2008
DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden, Parti Islam Se Malaysia (PAS)
Mohon sebarkan
---------------------------------
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.
---------------------------------
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it
now.
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.