(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)
Presiden PAS lancar manifesto 'Negara Berkebajikan'
Salmiyah Harun
Thu | Feb 21, 08 | 6:22:43 pm MYT KUALA
LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) - Manifesto PAS 'Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih
Menuju Negara Berkebajikan' yang diuar-uarkan sebelum ini akhirnya dilancarkan
oleh Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS,
Jalan Raja Laut petang tadi.
-->
Dalam pelancaran manifesto itu, PAS menonjolkan Negara Berkebajikan sebagai
satu tawaran untuk menunaikan keperluan rakyat dalam menghadapi penderitaan
dalam semua aspek termasuk politik, ekonomi dan sosial.
Menurut Abdul Hadi dalam ucapan pelancaran, tanggungjawab menunaikan Negara
Berkebajikan ini adalah lebih luas daripada istilah yang difahami di politik
Barat 'welfare state.
"Walaupun sebahagianya dilaksana oleh negara-negar Barat, objektif yang
dimaksudkan oleh PAS dalam negara ini adalah lebih luas," katanya.
Katanya, bagi merealisasikan tema ini PAS menonjolkan tiga ciri yang penting
bagi pemerintahan dan pentadbiran negara iaitu beramanah,adil dan bersih.
Apa yang terkandung dalam 'Negara Berkebajikan', PAS melaksanakan
tanggungjawab dengan memberikan pendidikan dan kesihatan secara percuma.
Bukan itu sahaja, Abdul Hadi turut menegaskan 'Negara Berkebajikan' juga
hendaklah mengendalikan hasil negara iaitu kewangan dan segala punca ekonomi
dengan cara amanah dan bersih daripada rasuah.
Dengan menghapuskan sifat rasuah ini, beliau juga yakin dan percaya PAS dapat
mengendalikan hasil negara dengan baik dalam masa yang sama mendapat
kepercayaan daripada masyarakat majmuk.
Dalam pada itu, Abdul Hadi menjelaskan Negara Berkebajikan yang ditawarkan
oleh PAS turut menonjolkan aspek spiritiual yang berbeza seperti mana 'Walfare
State' yang dibuat di negara Barat.
Menurut beliau, aspek spiritual itu merangkumi perhitungan dosa dan pahala di
sisi Allah yang ada dalam ajaran Islam.
Dengan menerapkan aspek itu, beliau yakin rakyat akan selesa bukan sahaja
kehidupan mereka bertambah baik bahkan akan wujud sifat toleransi antara satu
sama lain.
Turut serta dalam pelancaran manifesto PAS itu, Pengarah Penyelidikan PAS
Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad; AJK PAS, Dr Mohd Hatta Ramli; Calon Putrajaya,
Mohammad Nor Mohamad; Calon Kota Raja, Dr Mariah Mahamud dan Calon Titiwangsa,
Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali.
Justeru, tegasnya, 'Negara Berkebajikan' akan memberi keberanian kepada
rakyat berbagai kaum, akademik dan pakar-pakar untuk mengkritik dan memberi
pandangan kepada kerajaan.
Oleh itu, katanya, demonstrasi jalanan tidak akan timbul bahkan demonstrasi
akan dijalankan dengan aman begitu juga kebebasan media akan berlaku dengan
sebaiknya.
Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar dalam ucapannya berkata, PAS
mengemukakan manifesto pada hari ini untuk menjelaskan kepada rakyat supaya
tidak timbul kekeliruan sebagaimana yang cuba dipropagandakan oleh parti lawan.
Beliau juga berharap, PAS akan dipilih dan diberi mandat oleh rakyat pada
pilihan raya kali ini sekaligus akan melaksanakan apa yang terkandung dalam
manifesto itu.
Abdul Hadi turut menyerahkan manifesto kepada setiap wakil Dewan Muslimat,
Pemuda, Ulama, jentera wanita muda, kelab penyokong PAS dan wakil kawasan.
Manifesto yang mempunyai 36 muka surat terdiri daripada 12 Teras, antaranya;
* Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih
* Pengurusan Berhemat (Pruden) Kekayaan Negara, * Jaminan Keselamatan Nyawa,
Kehormatan dan Harta Benda dengan Membenteras Jenayah.
* Pendidikan Menyeluruh Pemacu Perubahan
* Jaminan Perkhidmatan Kesihatan Rakyat
* Kebajikan Pekerja Sektor Awam dan Swasta
* Pembelaan Kebajikan Menyeluruh Mesra-Rakyat
* Tawaran Istimewa Bagi Kaum Wanita
* Memajukan Industri Pertanian sekaligus Membela Kaum Petani dan Nelayan
* Dasar, Etika dan Amalan Media Massa Adil, Bersih dan Demokratik
* Pemuliharaan Alam Sekitar
* Dasar Perpaduan Nasional. - mks.
Englishsection
Manifesto: Teaching of Mathematics and Science in mother tongue languages
KUALA LUMPUR, Feb 21 (ES) - Islamic
Party of Malaysia (PAS) president Datuk Seri Abdul Hadi Awang today officially
launched an election manifesto in the run up to the general election to be held
on March 8.
The manifesto with the theme "Trustworthy, just and clean government: A nation
of care and opportunity", covers eleven thrusts in line with democratic
principles including the separation of powers between the legislative, the
judiciary and the executive.
Also present during the launched were secretary general Datuk Kamarudin Jaffar,
treasurer Dr Mohd Hatta Ramli and think thank director Dzulkifli Ahmad. Two PAS
women candidates Dr Mariah Mahmud and Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali were also present
at the event.
Among the highlights from the manifesto are:
The institutionalization and strengthening of separation of power
The enactment of Freedom of Information Act
The placement of "watchdog" agencies such as Anti
Corruption Agency and The Election Commission under Parliament
Amendment or abolishment of draconian law such as the Internal Security Act,
the Official Secret Act and the University and University Colleges Act
Guaranteeing an election that is free and fair
The formation of a Judicial Commission on appointment of judges putting the
national state oil giant Petronas under Parliament subsidized fuel.
Stressing on poverty eradication programme according to need regardless of
races
Speedy formation of the Independent Police Complaints and Misconduct Commission
To restore the teaching of Mathematics and Science in Malay/mother tongues
languages
Re-introduction of free tertiary education
Abolishment of privatization of health services
Formation of Minimum Wages Act
Freedom of the press
Planning of a national unity policy that strengthen the respect for the
religion of one another
The full manifesto and list of candidates can be accessed at pru12.pas.org.my.
- Saadon Aksah/ES
(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.