Assalaamu'alaikum

Alhamdulillah buku terbaru saya telah terbit. Buku ini
mengupas beberapa persoalan yg sering bermain-main di
minda kita tentang wuduk, tayamum dan mandi 
wajib. Semoga ada manfaatnya kepada semua terutama
diri penulis sendiri.

Tajuk: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah.
Pengarang: Mohd. Yaakub bin Mohd. Yunus.
Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru.
Harga: RM20.00 (352 mukasurat)
 Di Mana: Kedai-kedai buku yang biasa menjual
penerbitan Jahabersa atau pesan terus dengan
menghubungi penerbit di talian 07-2351602

SINOPSIS :

Buku ini menjawab 18 persoalan yang lazim timbul di
kalangan masyarakat berkenaan hukum bersuci
(Thaharah). Ia meliputi persoalan tatacara 
berwudhu’, perkara-perkara yang membatalkan wudhu’,
tayamum dan mandi. Pengarang mengupas
persoalan-persoalan tersebut secara mendalam, 
lengkap dengan dalil al-Qur’an, al-Sunnah dan
penjelasan para ilmuan yang muktabar.

Dari satu sudut buku ini mungkin terasa agak ilmiah.
Akan tetapi dari sudut yang lain, ilmu yang diperoleh
darinya pasti memuaskan hati dan 
fikiran anda.

Tak percaya? Cubalah anda membacanya.


Sekian Wassalaam


Dapatkan juga buku-buku terkini dari saya  :-

Tajuk: Persiapan Menghadapi Kematian
Penulis: Mohd Yaakub Mohd Yunus
Halaman: 88
Harga: RM3.00
http://alaf21.com.my/buletin_isnin/to%20be%20change/N_Kematian.htm

Kematian pasti akan datang menjemput kita pada
bila-bila masa sahaja. Tiada siapa tahu bila ajalnya
tiba. Semua itu adalah menjadi rahsia 
ALLAH S.W.T semata-mata. Namun, setiap kita hendaklah
sentiasa beringat tentang itu dan membuat persiapan
untuk menghadapinya setiap 
masa.

Setiap manusia pasti melakukan dosa. Tetapi, harapan
untuk orang yang berdosa adalah taubat. Ia merupakan
langkah terbaik untuk menyucikan 
diri daripada segala dosa dan maksiat yang dilakukan.
Dan sesungguhnya ALLAH sentiasa membuka ruang untuk
hamba-hamba-NYA bertaubat. 
Setiap kesalahan pasti diampunkan oleh ALLAH selagi
seseorang hamba itu bertaubat dengan
bersungguh-sungguh dan menepati semua syarat 
taubat.

Amatlah rugi mereka yang tidak sempat bertaubat
sebelum kematian. Ini kerana, dia akan berjumpa ALLAH
dalam keadaan berdosa dan hina.
Sebaliknya, orang yang sempat bertaubat akan menghadap
TUHAN dalam keadaan bersih bagaikan kain putih. Oleh
itu, berusahalah sentiasa 
untuk bertaubat kepada ALLAH setiap masa dan melakukan
amalan soleh agar kita mati dalam keadaan diampuni
ALLAH S.W.T.

=====================================================

Tajuk : 25 PERSOALAN SEMASA : Huraian & Penyelesaian
Penulis : Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
Penerbit : Karya Bestari
Halaman: 496
Harga: RM17.00

Untuk dibeli secara online sila ke:
http://alaf21.com.my/buletin_isnin/to%20be%20change/N_bukupersoalansemasa.htm


Buku ini merupakan himpunan artikel-artikel yang
pernah ditulis oleh penulis. Ada di antara artikel itu
merupakan kertas kerja yang yang beliau 
bentangkan di forum-forum, ada juga yang telah
disiarkan di akhbar-akhbar serta majalah. Isu-isu
seperti syarat sah amal ibadah, menyentuh 
wanita ajnabi, hukum solat jemaah, menggunakan air
musta'mal, membaca dan memegang al-Quran ketika
berhadas kecil dan besar, amalan sunat 
pada hari Jumaat, mengerjakan solat tahajjud, Metode
Tasfiyah dan Tarbiyah dalam menjana gerakan tajdid,
hakikat mencintai rasulullah, amalan 
sempena nisfu syaaban dan lain-lain lagi sering
menjadi perbezaan pendapat di kalangan umat Islam dari
dahulu sehingga kini. Perbezaan ini ada 
kalanya membawa kepada kebaikan dan ada kalanya
membawa kepada permusuhan dan perbalahan yang tidak
berpenghujung.

Perbezaan pendapat bukanlah sesuatu yang pelik kerana
ia telah pun berlaku semenjak zaman Nabi Muhammad
s.a.w sehinggalah ke hari ini. Ini 
semua berpunca daripada kefahaman yang berbeza
terhadap nas al-Quran dan hadis serta kedudukan tempat
yang berbeza di kalangan kaum 
muslimin dahulu dan kini.

Bagi orang awam yang tidak terdedah kepada pelbagai
perbahasan ulama terhadap dalil dan tidak pernah
mengambil tahu punca segala 
hukum-hakam yang diamalkan hari ini, pastinya akan
menghadapi kesukaran ketika berlaku percanggahan di
kalangan para ulama Islam.

Buku ini menerangkan perbezaan tersebut dan
menjelaskan pendapat manakah yang lebih hampir kepada
ketepatan. Selain daripada isu-isu yang 
dinyatakan di atas, terdapat banyak lagi perbahasan
lain yang menarik termaktub di dalam buku ini.
Kesemuanya mengandungi 25 perkara. Untuk 
mengetahui kesemuanya, dapatkan buku ini di
kedai-kedai buku terpilih sekarang.

Dapatkan segera '25 Persoalan Semasa: Huraian dan
Penyelesaian' sekarang sementara stok masih ada!

Dapatkan juga buku baru daripada penulis yang sama
terbitan Karya Bestari:

======================================================

TAJUK BUKU : Menyambut Ramadan Dan Aidilfitri Menurut
Sunnah Rasulullah SAW
PENULIS : Mohd Yaakub Mohd Yunus
PENERBIT : Karya Bestari / Alaf21 / Karangkraf
HARGA : RM 7.00
Halaman : 208

Untuk dibeli secara online sila ke:
http://alaf21.com.my/page22.htm

Setiap tahun umat Islam di seluruh negara akan membuat
persiapan menyambut kedatangan bulan Ramadan
al-Mubarak, terutama pada saat 
menyambut kedatangan Aidilfi tri. Tidak hairanlah
sebahagian mereka sanggup mengeluarkan kos
perbelanjaaan yang besar semata-mata 
menyambut kedatangan kedua-dua bulan ini. Seluruh umat
Islam mengetahui bahawa Islam tidak pernah melarang
umatnya berbelanja, bersuka 
ria atau menyambut perayaan dengan penuh kemeriahan
dan kegembiraan. Tetapi, ALLAH telah menggariskan
beberapa panduan dan contoh 
terbaik bagi hamba-hamba-NYA ketika menyambut bulan
yang mulia ini agar tidak melampaui batas dan berlaku
kemungkaran.

Alhamdulillah... buku ini cuba merungkaikan secara
ringkas beberapa panduan dan amalan yang menjadi
kebiasaan Nabi s.a.w dan para sahabat 
melakukan ketika menyambut kedatangan Ramadan
al-Mubarak dan menyambut Aidilfitri.

Semoga buku ini memberi manfaat kepada seluruh pembaca
yang budiman untuk meneladani sunnah Rasulul lah s.a.w
dan menjauhi larangannya. Mudah-mudahan amalan yang
menepati perintah ALLAH dan Rasul-NYA diterima
oleh-NYA.

LAIN-LAIN BUKU KARANGAN AKOB : 

Tajuk : Kaedah Memahami Nama-nama & Sifat-Sifat Allah 

Penulis : Mohd Yaakub Bin Mohd Yunus
Harga jualan : RM 11.00
Muka surat : 139
Terbitan : Perniagaan Jahabersa

Sinopsis:  
Boleh dikatakan kebanyakan umat Islam di Malaysia
kurang memahami apa dan bagaimana untuk memahami
Nama-nama dan Sifat-sifat Allah.Malah apa yang berlaku
ialah di sebaliknya, kebanyakan hanya menghafal
nama-nama Allah, menasyidkannya dan menyebutnya dengan
bilangan tertentu semat-mata kerana ingin mengejar
fadilat tertentu. Atas sebab inilah dan beberapa sebab
yang lain, buku ini diusahakan khas bagi menerangkan
kaedah memahami Nama-nama dan Sifat-sifat Allah.
 
=====================================================
TAJUK : Sembahyang Jamak & Qasar Adalah Sedekah Allah 

Penulis : Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
Harga jualan : RM 8.00
Muka surat : 75,  
Terbitan : Perniagaan Jahabersa

Sinopsis:  
Di antara sifat pengasih Allah kepada para hamba-Nya
ialah Dia memudahkan hukum sembahyang ketika musafir
atau menghadapi kesukaran. Kemudahan ini, yang
dikenali sebagai sembahyang Jamak dan Qasar, disebut
oleh Rasulullah s.a.w sebagai satu sedekah dari Allah.


Akan tetapi, sayang sekali, sebahagian umat Islam
telah meletak pelbagai syarat ke atas sembahyang Jamak
dan Qasar sehingga akhirnya ia tidak dianggap sebagai
satu kemudahan,malah menjadi satu kesukaran yang
membebankan umat. 

Melalui buku ini, penulis menjelaskan bahawa segala
syarat-syarat tersebut sebenarnya tidak berasal
daripada Allah dan Rasul-Nya. Penulis menguatkan
penjelasannya ini dengan dalil-dalil daripada
al-Qur'an dan as-Sunnah yang sahih, diikuti dengan
penjelasan para ilmuan yang meneliti persoalan ini
dengan mendalam. 

Kami sebagai penerbit yakin bahawa melalui buku ini,
sedekah Allah dalam kemudahan sembahyang Jamak dan
Qasar akan dapat dinikmati semula sepenuhnya oleh para
pembaca sekalian.
 
Tajuk : Beberapa Persoalan Lazim Tentang Solat  
Penulis : Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
Harga jualan : RM 15.00
Muka surat : 228, Paperback  
Terbitan : Perniagaan Jahabersa

Sinopsis:  
Apabila melihat tatacara solat yang berlainan daripada
apa yang biasa diamalkan adakalanya timbul beberapa
persoalan: Adakah tatacara tersebut benar dan adakah
ia berasal daripada mazhab yang diiktiraf? 

Dalam buku ini pengarang telah menghimpun beberapa
tatacara solat yang masyhur dipersoalkan oleh
masyarakat kita. Kemudian beliau menjawab persoalan
tersebut dengan penjelasan daripada al-Qur'an
as-Sunnah dan para ilmuan yang muktabar. Dengan
penjelasan ini, para pembaca sekalian akan dapat
mengetahui bahawa apa yang berlainan tersebut
sebenarnya berasal daripada sunnah Rasulullah s.a.w
dan satu atau lebih daripada mazhab yang diiktiraf. 

Malah dengan penjelasan-penjelasan tersebut, para
pembaca pada gilirannya dapat bertanya pula: Adakah
tatacara solat yang biasa diamalkan selama ini sesuatu
yang benar dan berasal daripada mazhab yang diiktiraf?

 
------------------------------------------------------

Tajuk : Beberapa Persoalan Lazim Tentang Solat  
Penulis : Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
Harga jualan : RM 15.00
Muka surat : 228 
Terbitan : Perniagaan Jahabersa

Sinopsis:  
Apabila melihat tatacara solat yang berlainan daripada
apa yang biasa diamalkan adakalanya timbul beberapa
persoalan: Adakah tatacara tersebut benar dan adakah
ia berasal daripada mazhab yang diiktiraf? 

Dalam buku ini pengarang telah menghimpun beberapa
tatacara solat yang masyhur dipersoalkan oleh
masyarakat kita. Kemudian beliau menjawab persoalan
tersebut dengan penjelasan daripada al-Qur'an
as-Sunnah dan para ilmuan yang muktabar. Dengan
penjelasan ini, para pembaca sekalian akan dapat
mengetahui bahawa apa yang berlainan tersebut
sebenarnya berasal daripada sunnah Rasulullah s.a.w
dan satu atau lebih daripada mazhab yang diiktiraf. 

Malah dengan penjelasan-penjelasan tersebut, para
pembaca pada gilirannya dapat bertanya pula: Adakah
tatacara solat yang biasa diamalkan selama ini sesuatu
yang benar dan berasal daripada mazhab yang diiktiraf?

 
------------------------------------------------------
Tajuk : Fahaman Wahabi Menular  
Penulis : Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
Harga jualan : RM 12.00
Muka surat : 151
Terbitan : Perniagaan Jahabersa

Sinopsis:  
"Fahaman Wahabi Menular" demikianlah tajuk utama
akhbar Minggun Malaysia pada 27 November 2005.Dalam
laporan tersebut, dinyatakan bahawa terdapat sebuah
fahaman agama ynag berbeza dengan "sunah umat Islam
negara ini sejak turun temurun" yang sedang merebah di
kalangan cerdik pandai. Untuk menguatkan laporan
tersebut, beberapa kenyataan daripada tokoh-tokoh
agama tempatan telah dikemukakan. 

Sejauh manakah kebenaran laporan atau dakwaan
tersebut? Buku ini menganalisa laporan tersebut,
termasuk juga beberapa laporan yang menyusul dalam
akhbar Utusan Malaysia selepas 27 November 2005
berkenaan subjek Wahabi. Berdasarkan analisa yang
ilmiah lagi tajam, para pembaca sekalian akan dapat
memahami apakah sebenarnya "Fahaman Wahabi" dan lebih
penting, adakah ia selari atau bertentangan dengan
al-Qur'an , al-sunnah dan Mazhab al-Syafi'e. 

Tidak sekadar itu, para pembaca sekalian akan dapat
juga memahami kenapa fahaman "Wahabi" mula mendapat
tempat di kalangan cerdik pandai dan hanya ditentang
oleh orang yang tidak cerdik pandai, sekalipun mereka
yang menentang itu memiliki banyak gelaran keduniaan
di sisi nama mereka.
 
------------------------------------------------------
 
 

 



      
____________________________________________________________________________________
Never miss a thing.  Make Yahoo your home page. 
http://www.yahoo.com/r/hs

Kirim email ke