BOHONG! Media BN Contohi Sikap Buruk Abdullah Oleh HermanSamsudeen
Dalam dua tiga hari ini, episod pembohongan Abdullah Badawi semakin
menjadi trend terbaru yang turut dicontohi oleh wartawan media arus perdana
yang dikuasai oleh BN. Pada 12 Februari lalu Abdullah @ Dollah telah
mengeluarkan kenyataan bahawa Parlimen tidak akan dibubarkan pada 13 Februari.
Walaubagaimana pun, pada waktu tengahari keesokkan harinya beliau menjual nama
Yang DiPertuan Agong untuk membubarkan Parlimen secara mengejut. Ini adalah
tabiat buruk Dollah yang mana berbohong itu adalah sifat terkeji kolongan
munafik.
Kini, para wartawan khususnya dari Bernama telah turut sama menyertai pakatan
munafik ini dan turut sama memainkan peranan dalam membohongi rakyat.
Mat Sabu Diserang
Beberapa ucapan pemimpin PAS menjadi sasaran yang kemudiannya diputar
belitkan oleh mereka untuk kepentingan BN. Kenyataan ringkas Mat Sabu diputar
360 darjah menjadikan tajuk berita mereka semakin hangat dengan headline Mat
Sabu tak yakin menang di Terengganu.
Jawapan Mat Sabu bahawa BN mempergunakan jentera Kerajaan termasuk SPR untuk
mengalahkan PAS ditukarkan kepada istilah Mat Sabu tak yakin menang di
Terengganu dalam Berita Harian dan Mat Sabu lari lagi dalam Utusan Malaysia.
Walaubagaimana pun, penyokong PAS telah sedia maklum bahawa itu hanyalah
taktik bodoh media untuk menarik perhatian pembaca dan penyokong BN.
Kenyataan Husam Di Putar Belitkan
Seterusnya, Datuk Paduka Husam Musa turut menjadi mangsa dan media berbohong
dengan mengungkapkan ayat berikut sebagai kenyataan beliau bagi menjawab
persoalan berhubung kemampuan PAS menguasai Parlimen dengan hanya bertanding di
60 buah kerusi.
(Negara Kebajikan) itu, untuk pujuk rakyat supaya terima kita. Buat
permulaan ini, kita tidak berhasrat memerintah negara, PAS hanya mahu
mengurangkan majoriti dua pertiga yang diperoleh Barisan Nasional(BN)sebelum
ini.
Negara kebajikan itu sebagai tawaran. Kalau kita tak beri tawaran, macam
mana rakyat nak buat pilihan,
Jelas disitu ada keraguan yang cuba ditimbulkan dengan cuba membesarkan isu
PAS bertanding di 60 kerusi parlimen sahaja. Persoalan ini harus dikemukakan
bersama fakta yang lengkap dimana PAS telah berunding dengan KeADILan dan
beberapa parti pembangkang lain dari segi pembahagian kerusi dalam konteks satu
lawan satu disemua Parlimen dan DUN.
Itu bermakna PAS memang bertanding di 60 kerusi dan baki kerusi parlimen lain
telah diagihkan dengan parti pembangkang yang lain. Ini sekaligus
memperjelaskan bahawa Gagasan Negara Berkebajikkan itu pasti terlaksana dengan
kemenangan majoriti komponen Alternatif dengan meletakkan kekalahan tipis
sebagai pilihan terakhir dan kemenangan mutlak menjadi satu matlamat utama pada
masa ini.
Persoalan bahawa Husam akui ketidakmampuan PAS dalam melaksanakan Gagasan
Negara Berkebajikkan sedikit pun tidak disentuh.
Penipuan ini jelas dilakukan media BN bagi menyesatkan rakyat untuk tidak
bersama parti pembangkang yang lebih layak memimpin negara ini.
Ucapan Dr. Lolo dipotong
Ucapan Dr. Lolo Hj Ghazali pada 19 Februari turut membuktikan bahawa media
BN telah kehilangan daya fikir hingga sanggup memutar belitkan fakta.
Dakwaan bahawa Dr. LoLo akui sukar tawan Titiwangsa dalam Bernama adalah
tidak benar. Apa yang dikatakan Dr. Lolo adalah berkaitan dengan sikap SPR
yang terang-terangan berusaha memenangkan BN.
Dr. Lolo menjadi calon wanita pertama PAS Wilayah Persekutuan dan dijangka
akan membuat kejutan melalui penambahan sokong dari kaum wanita, khususnya dari
kalangan pengundi India dan Cina. Walaubagaimana pun kenyataan beliau bahawa
PAS memang sukar mengalahkan BN sekiranya SPR masih lagi menjadi agen mereka
bersama dengan Polis telah dipendekkan dengan hanya meletakkan tajuk Calon PAS
Akui Sukar Tawan Titiwangsa dalam Bernama.
Hakikatnya, PAS Titiwangsa kali ini berada dalam tahap terbaik untuk
mengegarkan Parlimen Titiwangsa dan saban waktu jentera-jentera PAS, Pemuda dan
Muslimat turun bersama rakyat bagi menyampaikan risalah.
Sokongan bukan Melayu meningkat secara mendadak dan terdapat penyokong bukan
Melayu yang mendaftarkan diri sebagai petugas kempen dalam Pilihanraya akan
datang. Keterbukaan PAS semakin disenangi dan kezaliman BN semakin disedari.
Rentetan pembohongan ini sebenarnya tidak memberikan apa-apa kesan kerana
rakyat kini semakin bijak dan tahu menilai baik dan buruk terhadap apa yang
mereka lakukan. Tindakkan memutar belitkan kenyataan pemimpin PAS hanyanya
membuang masa dan tidak mendapat tempat dihati rakyat.
Benarlah kata-kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Aziz bahawa
orang Umno kini umpama orang utan yang ghairah memainkan isu walhal mereka
sendiri terperangkap dengan pelbagai sindiket penipuan terancang yang sedia
dimaklumi rakyat.
Oleh itu, kepada penyokong dan para pengundi, inilah masanya untuk kita
mengajar mereka erti berterima kasih dan merakyat. Undi anda untuk PAS dan BA
amat penting dan selayaknya ada tidak mengikuti kebebalan orang utan yang
menerima ilmu atau informasi secara stereotype tanpa memikirkan kesannya dimasa
hadapan.
Seandainya rakyat masih enggan berubah maka tunggulah saat kehancuran negara
ditangan-tangan pemimpin rasuah dan penipu yang ditaja oleh BN.
aHmadHazieq <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Wilayah Persekutuan Negeri Pertama
Umumkan Calon PAS Oleh HermanSamsudeen
Kuala Lumpur, 20 Februari : PAS Wilayah akhirnya memulai langkah, mendepani
semua negeri dan parti-parti Barisan Nasional dan secara rasminya mengumumkan 3
calon yang akan membawa panji PAS pada pilihanraya ke-12 ini.
Peristiharan itu dilakukan lewat malam tadi oleh Presiden PAS sendiri, Tuan
Guru Dato Seri Abd Hadi Awang, di Markas PAS Titiwangsa.
HJ. Mohamad Noor Mohamad yang sebelum ini bertanding di parlimen Titiwangsa
bertukar ke Parlimen Putrajaya. Tempat beliau digantikan oleh AJK PAS Pusat
yang juga Ketua Dewan Muslimat Titiwangsa, Dr. Lolo Dato Hj. Ghazali. PAS
Labuan pula diwakili oleh Sdr. Matusin Abd Rahman, iaitu YDP PAS Labuan.
Lebih 2000 penyokong Barisan Alternatif membanjiri Markas PAS Titiwangsa
untuk melihat sendiri calon-calon PAS Wilayah Persekutuan. Para petugas PAS
Wilayah Persekutuan kini berada dalam tahap terbaik untuk memberikan saingan
sengit kepada Jentera Barisan Nasional dalam Pilihanraya kali ini.
Sebelum pengistiharan calon, Presiden telah melancarkan T-Shirt rasmi Petugas
PAS dengan memakaikannya kepada seorang petugas berbangsa India, Sdr. Rama
yang secara simboliknya menunjukkan sokongan padu kepada PAS walaupun berbeza
agama, tetapi satu matlamat.
Presiden dalan ucapan beliau, menekankan bahawa semua pihak kini mengharap
Keadilan, Kesejahteraan dan inginkan negara ini diperintah dengan sebaiknya
oleh pemimpin yang jujur. Dan pemimpin-pemimpin PAS adalah alternatif kepada
pemimpin korupsi yang saban musim mewakili BN.
PAS akan bertanding di lebih 60 kerusi parlimen dan semua jentera PAS kini
diminta untuk melipatkan gandakan gerak kerja kempen bagi memastikan rakyat
dapat menerima maklumat yang betul terhadap isu-isu semasa.
Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
Bank Islam : 14023010000110
Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :
Khairil : 019-5732576 @ Hilmy : 016-2333024
Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di
http://dppwp.wordpress.com
---------------------------------
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.
Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
Bank Islam : 14023010000110
Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :
Khairil : 019-5732576 @ Hilmy : 016-2333024
Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di
http://dppwp.wordpress.com
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.