(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)


 
Dr Lo' Lo' Boleh Menang Tanpa Bertanding 
Jika SPR Terima Bantahan? 
Oleh Tarmizi Mohd Jam (Sanggahtoksago) - Laman [EMAIL PROTECTED] 
 
---------------------------------
  
Jika bantahan kedua dan ketiga diambil kira, pastinya Dr. Lo' Lo' Ghazali 
 sudah bergelar YB menang tanpa bertanding. 
  
CALON PAS Titiwangsa, Dr. Lo Lo Datuk Haji Ghazali menyifatkan SPR sebagai 
"pelawak" apabila tiga bantahan yang dikemukakan ditolak mentah-mentah oleh 
Pegawai Pengurus Pilihan Raya di Pusat Penamaan Calon.

 
Menurut Dr. Lo' Lo' yang menyampaikan ceramah sejurus keluar dari Pusat 
Penamaan Calon kira-kira jam 11.15 pagi, tiga bantahan dikemuakan ke atas calon 
BN, Datuk Aziz Jamaluddin Md. Tahir.

 
Bantahan pertama apabila pada Borang Pencalonannya menggunakan gelaran "Datuk" 
Aziz Jamaluddin Md. Tahir sedang ia tidak sama dengan nama di dalam kad 
pengenalan.

 
Namun ia ditolak atas alasan, asalkan namanya ada. Soal ada title apapun tak 
apa. Dibenarkan!

 
Bantahan kedua boleh dianggap serius apabila calon BN itu tidak melengkapkan 
borang dengan duti setem (peraturan baru yang diperkenalkan secara mengejut 
oleh SPR).

 
Pegawai yang bertugas, enggan menerima bantahan itu kerana katanya, peraturan 
itu tidak jelas dan mereka mengambil sikap menerima pencalonan Aziz Jamalauddin.

 
Paling menyedihkan apabila bantahan ketiga juga ditolak mentah-mentah pegawai 
yang bertugas. Dr. Lo' Lo' difahamkan pada peringkat awal, calon BN menyerahkan 
sekeping cek untuk pembayaran deposit calon kerusi parlimen dan apabila 
dipersoal ianya menyalahi peraturan (cek tidak boleh digunapakai), pegawai 
bertugas menjelaskan ianya bukan cek tetapi bank draf.

 
Apabila pihak PAS memohon untuk melihat cek atau bank draf berkenaan, pegawai 
bertugas enggan berbuat demikian.

 
Ini menambahkan lagi, kepercayaan PAS bahawa SPR dan kuncu-kuncunya sentiasa 
tidak berpihak kepada undang-undang sebaliknya terus memenangkan pihak BN, 
kecuali dalam perkara yang amat terang tidak boleh dielak.

 
Para penyokong PAS yang mendengar perkhabaran Dr. Lo' Lo' itu terus 
menjerit-jerit BN sebagai "penipu!" berulang kali dan SPR sebagai "barua BN!"

 
Adalah dipercayai, Pegawai Pengurus Pilihan Raya di pusat itu sebenarnya enggan 
memberikan kemenangan tanpa bertanding atas isu teknikal tersebut.

 
Dan jika hal demikian terjadi kepada calon PAS, maka sudah pasti kertas 
pencalonannya ditolak. 

  
TMJ: sanggahtoksago.com 
24.02.2008 
Laman [EMAIL PROTECTED] dihoskan di: http://www.marhaen.org/v1      Tapak 
cerminan di: http://www.marhaendaily.net/v1 

 
 SIASAH
 PAS dakwa duti setem ditarik balik untuk selamatkan BN     KUALA TERENGGANU, 
24 Feb: Langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menarik balik di saat akhir 
arahan mewajibkan semua calon menyertakan borang pengesahan pencalonan dengan 
duti setam RM10 disifatkan sebagai usaha untuk menyelamatkan calon BN.


Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, SPR tahu ramai 
calon BN tidak akan dapat menunaikan syarat tersebut.
 
Bagi beliau, SPR sudah menjadi 'robot' Umno.

Katanya, BN menghadapi krisis calon dan sehingga malam tadi barulah urusan 
mengisi borang-borang calon BN selesai. 
 
Menurutnya, jika syarat ini diteruskan nescaya ramai calon BN akan ditolak.

"Untuk selamatkan calon Umno/BN, arahan telah dikeluarkan kepada SPR untuk 
gugurkan arahan tersebut," tegasnya. 
 
Beberapa hari menjelang pilihan raya, SPR memasukkan satu syarat baru iaitu 
mewajibkan semua calon hendaklah mengesahkan borang pencalonan mereka melalui 
pesuruhjaya sumpah dan memasukkan setem RM10 cukai hasil.

Namun ia mendapat bantahan dari PAS dan lain-lain dengan menyifatkan ianya 
langkah yang tidak lojik. Namun, SPR bertegas. Tetapi semalam, melalui 
kenyataan lisan, arahan itu ditarik balik.

"Semasa perjumpaan dengan kita pada 21 Februari lalu, SPR kata wajib matikan 
setem pada borang tersebut, kita jadi kelam kabut kerana tinggal tiga hari lagi 
penamaan calon, malah SPR mensyaratkan cop yang 'original', tetapi hari ini, 
sama ada matikan setem atau tidak, kedua-dua boleh. Bila saya tanya SPR, mereka 
jawab 'Ini arahan lisan terbaru'," ujar calon PAS Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd 
Ghazali ketika berucap sebaik sahaja keluar dari pusat penamaan calon di 
Sekolah Menengah Aminuddin Baki. 

Beliau membuat bantahan terhadap calon BN di situ kerana tidak matikan setem 
pada borang pencalonannya.

 Dalam pilihan raya 2004 lalu, SPR memaklumkan bangsal panas untuk parti-parti 
politik berhampiran pusat mengundi tidak lagi dibenarkan. Maklumat itu dibuat 
SPR melalui taklimat mereka kepada parti-parti politik.

Namun, menjelang pilihan raya, arahan ini ditarik balik dan dibenarkan. Namun, 
parti pembangkang mengetahui perkara ini terlalu hampir dengan waktu pilihan 
raya.

Kesannya, pada hari mengundi mereka menjadi kelab kabut apabila melihat BN 
menyediakan bangsal panas yang mereka difahamkan ia tidak boleh sebelum ini.

Selepas menyemak dengan SPR baru mereka tahu ianya telah dibenarkan semula.

 
 

HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Kirim email ke