Inilah jadinya bila rakyat dididik mencintai harta benda. Nilai kemanusiaan 
jatuh merudum. Kempen berakhlak mulia dalam media massa terutama RTM agar 
setiap orang ada perasaan timbang rasa terhadap orang lain memang baik tapi 
pada masa yang sama mereka (RTM) pula diperalatkan oleh parti politik yang 
anggap masih berkuasa tanpa ada timbang rasa terhadap parti lain!! Harta rakyat 
seperti RTM sepatutnya tidak digunakan untuk kepentingan sebuah parti politik 
sahaja. Bagaimana nak harap rakyat jadi baik jika pada masa yang sama mereka 
tunjuk contoh yang buruk. Parti lawan semuanya diberi imej yang buruk sedangkan 
parti lawan juga ada hak keatas RTM milik rakyat dan patut diberi ruang untuk 
berkempen melalui RTM. Rakyat disuruh bertindak matang semasa pilihanraya tapi 
sebenarnya mereka yang masih tidak matang walau pun umur dah lebih 50 tahun 
tapi tak boleh nak dijadikan contoh dari segi akhlak. 
 
    Alhamdulilah dalam kes ini masih ada mereka yang berperi kemanusiaan yang 
lebih pentingkan nyawa kanak-kanak itu daripada harta benda (kereta BMW). Kita 
harapkan lebih ramai akan mengambil sikap ini bukan sikap ibubapa budak itu 
yang terlalu cintakan kereta BMW mereka hinggakan sanggup dibiarkan anak 
menghadapi maut. Begitu juga dalam politik jangan dok pentingkan pembangunan 
fizikal/material semata-mata. Kita mestilah juga fikir soal akhirat, soal dosa 
pahla, soal agama dan akhlak anak cucu kita nanti jangan dibiarkan gawat. 
Jangan nanti sampai bila kita sudah mati tidak ada anak yang nak doakan kita 
agar kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang soleh. Bukan sekadar doa 
tapi mereka juga mestilah beramal soleh. Anak-anak yang soleh itu adalah saham 
akhirat kita. Jangan anak-anak sekadar dok jemput orang saja untuk tahlil dan 
doa kepada ibubapanya setiap 7, 14, 40 dan 100 hari sedangkan mereka 
(anak-anak) selepas itu sibuk mencari kepentingan dunia kecualilah untuk
 dibelanjakan dijalan Allah. Wallahua'lam.

ibnuAli
kota jembal
 
[EMAIL PROTECTED] wrote:                               Ha....ni nk crite skit 
la sambungan kisah yang ditulis dibawah 
 ni..Sebenonye saya ni keje diatas Shah Alam Mall tu ni nk stori kisah 
 benonya kenape owner krete BMW (si suami)tu lambat smpai semula ke 
 tempat kejadian semasa mengambik kunci spare kt meru tu dia bukan 
 makan sate kambing laa....
    Mengikut sumber yg boleh dipercayai,si suami sejurus selepas 
 menyedari anak terperangkap...beliau dengan kelam kabutnya trus 
 meminjam sebuah motosikal dari seseorg kt situ utk ke meru...tetapi 
 tak tau la ape yg terjadi dalam perjalanan kerana setelah 
 dia 'berjaya' kembali semula ke Shah Alam Mall moto yg dipinjam tadi 
 dah tak macam rupa yg asal....isy...isy..kecian,dah le smpai2 cermin 
 kete dah pecah...anak pulak masuk DEMC...kene pulakk bayo gantirugi 
 moto..pengajaran...mana lebih berharga nyawa anak ke cermin krete ,tu 
 le bior lagi anak tu gitu kan dah bayo berganda2?tu belum campur 
 penat balik Meru lagi..tah le...fikir fikirkan..
 
 >
 > Story dari sahabat teman...
 > 
 > Ini adalah sketsa keluarga seperti yang dilaporkan
 > oleh wife aku tadi. Berlaku hari ini (1 Feb 2008).
 > Masa rehat jumaat tadi, wife aku pegi Shah Alam Mall. 
 > 
 > Setelah lunch kat situ dengan member dia, depa
 > berjalan menuju ke car park.
 > 
 > Car park yang mengadap DEMC tu..
 > 
 > Kelihatan lebih kurang 50 orang manusia sedang
 > mengerumuni sebuah BMW. Kelihatan di sebelah BMW
 > seorang perempuan sedang menangis...alahai
 > kesiannya...
 > 
 > Wife aku mendekati kumpulan orang ramai dan mendapati
 > ada seorang budak lelaki berumur 1 tahun sedang
 > menangis meronta-ronta dalam car seat kat belakang
 > (dalam BMW tu). 
 > 
 > Perempuan yang menangis di tepi kereta adalah mak
 > budak tu. Depa laki bini terkunci anak dalam kereta
 > rupanya ...
 > 
 > Terdengar orang sekeliling sedang memarahi perempuan
 > tu...
 > 
 > Pompuan A:
 > umpil aje la pintu kereta ni 
 > 
 > Mak Budak tu:
 > tak boleh ...(sambil menangis)...nanti suami saya on
 > the way balik ambil kunci spare... 
 > 
 > Pompuan C
 > : Isk tengok tu, sengsaranya baby tu menangis, u
 > sanggup biar anak u mati ke? 
 > 
 > Mak budak tu:
 > (sambil menangis)...nanti suami saya marah... 
 > 
 > Pakcik B:
 > isk kalau saya punya anak, kalau tertinggal kunci,
 > saya takkan patah balik rumah, saya pecahkan aje
 > cermin kereta ni... 
 > 
 > Pakcik C: 
 > "Mana bapaknya???" 
 > 
 > Mak Budak tu: 
 > "Dia balik Meru ambil kunci" 
 > 
 > Semua orang:
 > "Apa! Meru!!!" 
 > 
 > Suasana menjadi kelam kabut sebab orang ramai
 > menjerit-jerit memaksa untuk pecahkan cermin kereta
 > tu. suasana gamat macam perhimpunan haram...
 > 
 > Tapi mak budak tu tak berani buat keputusan. Dia asyik
 > kata..."saya takut suami saya marah" "Tunggu suami
 > saya datang"...Tetiba ade sorang akak tampil dan
 > jerit: pegi ambil kapak, pecahkan cermin kereta ni...
 > biar saya yang jawab dengan suami awak. Awak tak
 > sayang nyawa anak ke?
 > 
 > Sambil beberapa orang pergi mencari tools utk pecahkan
 > cermin keta, beberapa orang pengawal keselamatan sibuk
 > ambil beberapa baldi air dan menyiram kereta BMW tu
 > kerana kasihankan anak yang sedang kepanasan dan
 > kelemasan dalam kereta tu...
 > 
 > Seorang mekanik cina dari bengkel berdekatan dipanggil
 > untuk umpil pintu. Cina mekanik memberi komen " aiya
 > ini keleta tak boleh umpil, kena kasik picah cermin
 > juga baru boleh masuk!"
 > 
 > Tak lama kemudian seorang mamat tiba dengan kapak
 > keselamatan, maka dikapak cermin tepi sebelah
 > pemandu...praannng....!!!! Selesai masalah...
 > 
 > Tak lama selepas itu baby tersebut berjaya
 > dikeluarkan...kesian baby tu..berpeluh-peluh dengan
 > kulit pun pucat dah naik biru....
 > 
 > Seorang lagi lelaki menjerit "biar saya periksa
 > dia.... saya doktor". Si doktor mendukung bayi dan
 > bergegas ke DEMC untuk memeriksa bayi tu...
 > 
 > Sehingga bayi tersebut dibawa ke DEMC...bapak dia
 > masih tak muncul-muncul ...ye la Meru tu kan jauh....
 > mungkin bapak dia singgah makan sate kambing dulu...
 > 
 > P/S:Untuk makluman pasangan tersebut adalah pasangan
 > Melayu. Ye betul ..orang melayu Islam yang
 > diwar-warkan penuh budaya ketimuran, lebih
 > compassionate berbanding orang KAFIR. Kononnya lebih
 > mulia daripada bangsa-bangsa lain yang tak Islam.
 > 
 > Syabas Malaysia Boleh!
 > 
 > 
 > Looking for beautiful Muslim Baby Names? Get this Software: 
 http://www.21stcenturymuslim.com/myname
 > 
 > 
 >       
 __________________________________________________________
 ______________
 > Be a better friend, newshound, and 
 > know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.  
 http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ
 >
 
 
     
                               

       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke