Wahai Pejuang Islam yang berjuang kerana ALLAH<http://wahabamri.blogspot.com>



Walaupun kita di perintah memperjuangkan Islam itu secara keseluruhan  dari
peridabdi, keluarga, masyarakat, ekonomi, pendidikan, pentadbiran,
ketenteraan, politik, perhubungan, kebudayaan,negara, seterusnya alam
sejagat, namun Islam ada memberi kaedah:"Tidak boleh buat semua, jangan
tinggalkan semua."

Di dalam memperjuangkan semua, buat lebih dahulu apa yang boleh
dibuat.Ertinya laksanakan lebih dahulu Islam yang ada di dalam kuasa kita,
ia itu peribadi kita, keluarga kita, dan jemaah, kumpulan atau parti
kita.(Tak perlu tunggu dapat Negara baru nak laksanakan Islam). Tegakkan
lebih dahulu iman , Islam dan ihsan itu atau tegakkan lebih dahulu akidah,
syariat dan akhlak itu di dalam diri kita, keluarga kita dan ahli ahli
jemaah atau parti kita.



Cara ini lebih mudah di tegakkan kerana ia ada di bawah kuasa kita. Kalau di
luar kuasa kita lebih lebih lagi di dalam negara dan alam sejagat, sudah
tentu susah dan amat sulit hendak di tegakkan kehendak kehendak ajaran Islam
itu daripada persoalan akidah, syariat dan akhlak. Selagi kuasa belum ada di
tangan kita, cukuplah kita sarankan lebih dahulu atau mengingatkan lebih
dahulu kepada pihak pihak yang ada kuasa di dalam negara dan seterusnya alam
sejagat.Tapi yang ada di bawah kuasa kita, saperti yang telah di sebut tadi,
kita buat dan perkemaskan sungguh sungguh hingga menjadi contoh atau *role
model* kepada orang lain.



Mengapa setiap individu dan jemaah atau parti parti Islam itu perlu
laksanakan dahulu? Perlu di ingat bahawa Islam bukan setakat ilmu.Tidak juga
sebagai *slogan*. Bahkan setakat keyakinan pun belum cukup.Tapi Islam itu
adalah agama ilmu, yakin dan amal.Selepas itu barulah sesuai untuk di
perjuangkan agar ia lebih luas lagi daerahnya dan lebih ramai penganut
penganutnya.



Ini kerana Islam adalah agama wahyu yang datang dari pada Allah, di
sampaikan kepada Rasulullah, kemudian terus disampaikan kepada semua manusia
untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.Ia merupakan hadiah yang paling besar
dari Allah Taala demi keselamatan kita.



* *




-- 
Salam & Regards
Wahab @ Amri
Ampang, Selangor
Malaysia
Visit http://wahabamri.blogspot.com

Kirim email ke