Hati-hati dengan unsur sabotaj di Selangor - Dr
Siti Mariah
Roy Rasul
Mon | Mar 10, 08 | 4:59:28 pm MYT
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Hrkh) - Ahli parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah
Mahmood berkata sejak semalam dan hari ini, beliau banyak menerima
maklumat dari orang yang mendakwa sebagai pekerja Majlis Kerajaan
Tempatan (MKT) Selangor bahawa ada orang-orang tertentu cuba
mengeluarkan fail-fail dan dokumen di tempat tersebut.
Sehubungan itu beliau menasihatikan, sesiapa saja yang mengetahui
berlakunya kes 'kecurian' harta-harta kerajaan tempatan perlu berani
membuat laporan polis.
Ini tegasnya kerajaan baru Selangor belum lagi dibentuk dan tiada juga
sebarang arahan dikeluarkan berhubung perkara berkenaan.
Begitu juga katanya, dengan laporan-laporan mengenai Tadika Kemas
bahawa pihak-pihak tertentu mengeluarkan komputer dan sebagainya atas
alasan PAS akan menutup Tadika tersebut.
Tegasnya, itu semua adalah pembohongan kerana kerajaan baru negeri
Selangor belum ditubuh lagi.
"Kesemua laporan tersebut adalah pembohongan kerana Barisan Alternatif
(BA) belum membuat apa-apa arahan dan kami bimbang orang lain akan
ambil kesempatan di atas harta dan dokumen kerajaan," katanya.
Katanya, sepatutnya pegawai-pegawai kerajaan tempatan meneruskan
kerja-kerja mereka seperti biasa.
Menurutnya, tidak betul kerajaan baru Selangor akan menyita barangan
mereka.
Malah katanya, mereka tidak akan menutup Tadika Kemas dan para gurunya
hendaklah terus mendidik anak-anak yang belajar di situ. - mr
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.