Adun Paroi (Negeri Sembilan) yang baru, Mohd Taufek
Abdul Ghani yang mewakili PAS dalam Dun Negeri
Sembilan berjanjia akan memotong sejumlah 50 peratus
gaji yang diterimanya sebagai Adun untuk kebajikan
rakyat Paroi. 

Menurut Mohd Taufek, wang itu akan dipotong setiap
bulan untuk dimasukkan ke dalam Tabung Rakyat Paroi
semata-mata untuk melihat rakyat dalam Dun Paroi yang
susah menerima bantuan. 

Namun beliau juga akur dengan keadaan bahawa beliau
satu-satunya wakil PAS di Negeri Sembilan, dan
menghadapi kesulitan bergerak kerana bantuan mungkin
tidak akan dapat diperolehi daripada kerajaan BN yang
memerintah. 

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Biokimia dari
UKM ini berhasrat membuka Pusat Khidmat Rakyat selain
menginfakkan 50 peratus dari gaji yang bakal
diterimanya selaku Wakil Rakyat Paroi ke dalam Tabung
Rakyat Paroi. 

"Saya tahu agak sukar menjadi pembangkang ini dengan
bantuan sudah pasti tiada dari kerajaan BN, namun saya
yakin dengan kerjasama parti, rakan-rakan, petugas
PAS, nasib rakyat Paroi akan diutamakan, justeru itu
saya akan infakkan pendapatan saya sebagai Adun
sebanyak 50 peratus untuk tabung yang ditubuhkan,"
katanya ikhlas. 

Berita lanjut di
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13217&Itemid=28


Lagi berita menarik di
http://rembau-hari-ini.blogspot.com 


    Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com  
  Rembau http://rembau-hari-ini.blogspot.com 
  Anak Muda Kampung http://amkns.blogspot.com 





      
____________________________________________________________________________________
Never miss a thing.  Make Yahoo your home page. 
http://www.yahoo.com/r/hs

Kirim email ke