Forwarded;

Artikel yang membuka minda...
      
 Friday, March 14, 2008 Mengapa Cina Memang Mahu Menolong Melayu Berjaya dalam 
Bisnes 
http://universitipts.com/index.php/site/comments/mengapa_cina_memang_mahu_menolong_melayu_berjaya_dalam_bisnes/
   
 Berdasarkan pengalaman PTS ditolong oleh begitu banyak individu-individu Cina 
semenjak ia memulakan bisnesnya 7 tahun yang lalu sehingga saat ini, kita yakin 
Cina memang mahu menolong Melayu berniaga sehingga berjaya.
  Demi menjaga kepentingan ekonomi Cina sendiri, mereka tahu mereka terpaksa 
menolong Melayu, sebab apabila orang Melayu tidak puas hati dan cemburu melihat 
kekayaan orang Cina, keadaan itu sangat membahayakan kestabilan politik, suatu 
perkara yang amat digeruni oleh peniaga-peniaga Cina. 
   Jadi, pemimpin politik Cina pun tahu mereka mesti menolong orang Melayu 
berniaga. Isunya adalah jumlah bisnesman Melayu yang layak mereka tolong amat 
sedikit. Senang cakap, bisnesman Melayu yang patut ditolong tidak ada.
  Sewaktu kedai buku elit BORDERS yang dimiliki oleh BERJAYA dibuka, pengurusan 
Cina kedai itu memberitahu PTS mereka mahukan 10 ribu judul buku Melayu. Bukan 
'buku' tetapi 'judul'. 
  Dalam rancangan asalnya, BORDERS memperuntukkan 10 ribu kaki persegi untuk 
mempamerkan buku-buku Melayu. Ia adalah peluang perniagaan yang sangat baik, 
tetapi malangnya jumlah itu tidak dapat dibekalkan oleh PTS, ataupun mana-mana 
penerbit buku Melayu, sudah tentu termasuk  DBP.
  Pada masa ini, rangkaian kedai buku yang paling agresif melebarkan sayapnya 
ke seluruh negara adalah POPULAR, sebuah syarikat milik penuh Cina Singapura. 
POPULAR adalah klien PTS yang terbesar saat ini. 
  POPULAR Malaysia sekarang menjual lebih 20% nilai buku-buku PTS. Dengan 
jumlah sebesar itu, jika POPULAR berhenti memesan buku-buku PTS, dalam sekelip 
mata PTS dapat 'dilingkupkan', tetapi tidak, sebaliknya pengurusan tertinggi 
POPULAR memanggil pengurusan tertinggi PTS meminta komitmen PTS supaya terus 
membekalkan judul-judul Melayu yang disukai oleh pengunjungnya.
  Seluruh pengurusan tertinggi MPH masih dalam tangan profesional Cina walaupun 
saham terbesar  syarikat itu telah dibeli oleh Syed Mukhtar al-Bukhari. Jika 
pengurusan Cina MPH mahu mensabotaj kepentingan penerbit buku-buku Melayu, 
dalam sekelip mata mereka dapat melakukannya. Tetapi sebaliknya mereka sekarang 
sudah meletakkan rak-rak buku Melayu berdekatan dengan pintu-pintu masuk kedai 
buku MPH.
  Jadi, sebagai penerbit buku Melayu, pengalaman kita membuktikan bahawa 
Cina-Cina dalam industri buku mahu menolong penerbit Melayu berjaya dalam 
bisnes. Kita yakin, dalam industri lain pun trend positif ini berlaku.
  Tetapi, mengapakah masih banyak bisnesman Melayu bercakap Cina tidak mahu 
menolong mereka berjaya?
 Isunya adalah, majoriti Melayu yang berlagak  bisnesman sebenarnya adalah 
kontraktor-penyamun yang memakai baju mahal dan memandu kereta mahal. 
Rakan-samun mereka adalah orang-orang politik dalam pentadbiran kerajaan 
Barisan Nasional (BN).
  Beberapa tahun yang lalu, Sifu pernah mendapat mesej daripada seorang yang 
mempunyai kabel dengan sebuah jabatan kerajaan. Beliau memberitahu, dalam 
sebuah mesyuarat, ketua pengarah jabatan itu (yang dilantik kerana dia 
penyokong kuat BN) mengarahkan pegawai-pegawainya supaya jangan pilih buku-buku 
PTS untuk kontrak pembelian buku bagi tahun tersebut. Alasan yang diberikan 
oleh ketua pengarah itu adalah kerana Penasihat PTS menentang dasar penggunaan 
bahasa Inggeris bagi subjek sains dan matematik.
  Sesungguhnya, bisnes PTS survive dan membesar kerana ditolong oleh banyak  
pemain Cina dalam industri buku. Tentu sekali, itu berlaku dengan izin Tuhan 
yang maha penolong.
   


 
---------------------------------
 I am using the free version of SPAMfighter for private users.
It has removed 159 spam emails to date.
Paying users do not have this message in their emails.
Try SPAMfighter for free now!
  


 
 


         

---------------------------------
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.
     
                                       

       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke