(Pimpinan BA, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)


Kelantankini
Mahathir restu Ku Li, Wanita Umno tentang           4.15pm | 21 Mac
 KOTA BHARU: Ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, yang berniat 
mencabar Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan mendapat sokongan penuh 
daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


 Jika benar, gabungan dua tokoh berkenaan dipercayai akan membawa impak besar 
terhadap cabaran Tengku Razaleigh untuk merebut jawatan tertinggi parti itu.


 Ada laporan menyebut Ku Li bertemu dengan Mahathir sebelum mengisytiharkan 
keinginan beliau kepada pihak media kelmarin.


 Desas-desus pertemuan dua tokoh Umno itu yang pernah bersaing sehingga 
mendorong pengharaman parti itu pada 1988, mula disebarkan melalui blog politik 
semalam.


 Ku Li turut menyindir pihak yang beranggapan pertandingan jawatan akan 
menyebabkan perpecahan dengan berkata, “Ini demokrasi dan jika tidak, lebih 
baik kita tukar kepada presiden seumur hidup dan berkuasalah sampai bila-bila”.


 Sementara itu, Pergerakan Wanita Umno tidak bersetuju dengan langkah Tengku 
Razaleigh Hamzah memanggil mesyuarat luar biasa dan juga hasratnya mencabar 
Presiden Umno.


 Ketua pergerakan itu, Dato’ Seri Rafidah Aziz berkata masanya tidak sesuai 
untuk dua langkah itu memandangkan Umno dan BN kini kehilangan lima negeri 
selepas pilihan raya umum awal bulan ini.


 Rafidah menambah, walaupun beliau menghormati bekas Naib Presiden Umno itu 
tetapi sekarang “bukan masa satu, dua atau tiga orang  menonjolkan diri.”


 “Kita dalam satu pasukan,” katanya.





Roslan SMS Corner
Demokrasi telah berkubur dalam Umno

Antara langkah pertama yang dilakukan oleh Ketua Umno bahagian Gua Musang, 
sejurus selepas keputusan resmi PRU ke 12 diumumkan adalah mengutus surat 
kepada semua Ketua-ketua Umno bahagian agar diadakan EGM diperingkat 
masing-masing dan kemudiannya diusulkan ke peringkat kebangsaan agar 
membincangkan kekalahan besar Umno dan BN dalam PRU ke 12 lalu.

Tengku Razaleigh turut mengumumkan bahawa beliau menawarkan diri untuk 
bertanding jawatan Presiden Umno dalam Perhimpunan parti itu tahun ini bagi 
memulihkan Umno ekoran "setback" PRU ke 12 baru-baru ini.

Masih adakah demokrasi dalam Umno?

Belum pun sempat bahagian-bahagian mempertimbangkan permohonan EGM Ku Li, kini 
sudah bangkit suara-suara mengecam dan mengkritik inisiatif anak raja Kelantan 
itu. Seolah Umno dan BN tidak mengalami apa-apa kecederaan, seolah semuanya 
biasa sahaja. Kata Ku Li dalam akhbar The Star hari ini:

We have lost five states and the 2/3 majority in Parliament. If this is not 
serious I do not know what is. We can deny it and leave our future to fate.

Kita telah hilang lima negeri dan 2/3 majoriti di Parlimen. Jika ini tidak 
serius saya tidak tahu apa lagi. Kita boleh menidakkannya dan serah 
segala-galanya kepada takdir.

Begitulah budaya dalam Umno. Walaupun teruk luka dan tercedera namun mereka 
anggap yang mereka masih gagah perkasa lagi. Sesiapa sahaja yang cerdik cuba 
menegur dan berkata benar akan diserang dan dimomokkan. Dan kini turut diserang 
adalah tawaran Ku Li untuk merebut jawatan Presiden. Kononnya Umno akan retak 
dan pecah, dalam suasana sebegini sepatutnya ahli-ahli Umno bersatu.

Kata Ku Li, jika demikian sepatutnya dihapuskan sahaja pertandingan dalam 
parti. Umno sepatutnya melantik sahaja seorang Presiden "Seumur Hidup" dan 
kemudian berdoa semoga tidak ada apa-apa bakal berlaku kepada Presiden tadi!

Akhbar-akhbar Utusan dan Berita Harian kini punya tugas baru: serang Ku Li. 
Mudah-mudahan perkembangan ini akan membuka mata ahli-ahli dan penyokong Umno 
yang lain. Jika sudah begitulah Umno, maka lebih baik masing-masing membawa 
diri dan berhijrah ke wadah yang lebih praktikal dan efektif. Tinggalkanlah 
Umno, PAS dan PKR saya pasti menunggu anda semua dengan tangan yang terbuka.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke