(Pimpinan BA, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)
aHmadHazieq <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Assalamualaikum ww dan salam sejahtera,
Dilampirkan kenyataan media dari YB Dr. Lo'lo' Binti Dato' Hj Mohd Ghazali,
Ahli Parlimen Titiwangsa untuk siaran dan edaran semua.
Sekian. Terima kasih.
Yang Benar,
Herman Samsudeen
Setiausaha Politik
Ahli Parlimen Titiwangsa
016-6781700
-----------------------------------------------------------------
KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN TITIWANGSA
22 MAC 2008
BARISAN RAKYAT BERSEDIA BERKERJASAMA DENGAN MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Tahniah kepada YB. Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang dilantik sebagai Menteri
Wilayah Persekutuan untuk penggal kedua pada sesi ini. Saya mewakili rakyat di
Parlimen Titiwangsa dan Wilayah Persekutuan amnya berharap dengan perlantikan
itu, Wilayah Persekutuan akan mendapat manfaat yang besar pada masa hadapan.
Enam Teras Strategik yang mendokong pengukuhan dasar Kementerian Wilayah
Persekutuan (KWP) iaitu Modal insan, Aspek ekonomi, Nilai tambah, Teknologi,
Alam sekitar dan Penyertaan (MANTAP) wajar diteruskan, sesuai dengan perkiraan
kerajaan dalam merealisasi agenda nasional.
Sehubungan dengan itu, Wilayah Persekutuan yang diwakili oleh tiga orang
Wakil Rakyat dari Barisan Nasional dan 10 dari Barisan Rakyat yang dianggotai
oleh ahli Parlimen PAS, PKR dan DAP perlu terus dibangunkan secara bersama.
Saya selaku Ahli Parlimen Titiwangsa bersedia memberikan khidmat terbaik dan
bekerjasama dengan semua pihak termasuklah KWP bagi memastikan hasrat rakyat
yang mahukan pembelaan dan keadilan disempurnakan.
Cadangan Barisan Rakyat agar Pilihanraya Majlis Tempatan dilakukan untuk
memilih Datuk Bandar juga perlu diberikan perhatian serius dan dilaksanakan
sebagai menghormati prinsip demokrasi yang menjadi tulang belakang kepada
perlembagaan Negara.
Dalam masa yang sama wakil rakyat dari Barisan Rakyat, wajar diberikan
keutamaan bagi menyertai Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
disamping membuka ruang kepada wakil antara kaum dan juga organisasi perniagaan
atau masyarakat yang sedia ada. Perkara ini penting bagi memastikan suara
rakyat dapat terus di sampaikan bukan sahaja diperingkat Parlimen yang menjadi
penggubal dasar tetapi diperingkat DBKL yang menjadi pelaksana dasar-dasar
untuk kepentingan rakyat.
Saya dan rakan-rakan lain dari Barisan Rakyat bersedia untuk bertemu dengan
YB. Menteri pada bila-bila masa bagi membincangkan masa depan Wilayah
Persekutuan secara menyeluruh selepas ini.
Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan
berharap agar cadangan-cadangan ini dapat diambil kira bagi memastikan
kelangsungan indentiti Wilayah Persekutuan yang menjadi pusat tumpuan utama
dari dalam dan luar Negara.
Sekian. Terima Kasih.
YB. Dr. Lolo Binti Dato Hj. Mohamad Ghazali
Ahli Parlimen Titiwangsa.
Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
Bank Islam : 14023010000110
Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :
Khairil : 019-5732576 @ Hilmy : 016-2333024
Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di
http://dppwp.wordpress.com
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.