(Pimpinan BA, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)


Jasindaily


Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang merakamkan bantahan 
sekeras-kerasnya terhadap sebuah filem Belanda terbitan Geert Wilders bertajuk 
"Fitna" yang jelas memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al 
Quran dan Nabi Muhammad saw. Filem tersebut turut menggambarkan Islam sebagai 
sebuah agama yang ganas.

Dato Seri Tuan Guru merasakan filem yang tidak bertanggungjawab ini akan 
mencetuskan ketegangan antara masyarakat Islam dan bukan Islam dunia dan dengan 
itu mengesyorkan agar ianya tidak ditayangkan lagi. Presiden PAS turut menyeru 
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), negara-negera Islam dan NGO serta badan dan 
petubuhan Islam lainnya mengenakan tekanan ke atas Belanda agar bertindak 
terhadap penerbit filem ini dan meyakinkan dunia Islam bahawa tindakan biadap 
seumpama ini tidak berulang lagi.

Tambah Dato Seri Tuan Guru, PAS menghormati kebebasan berkarya, namun ia perlu 
ada had dan batasan, dan dalam hal filem Belanda ini ia ternyata tidak 
menghormati sensitiviti agama Islam dan penganutnya yang kini merupakan hampir 
separuh penduduk dunia.

29 Mac 2008

ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha Akhbar Presiden
Parti Islam Se Malaysia (PAS) 





PAS bantah keras filem anti Islam Belanda - Presiden                            
                 Wan Nordin Wan Yaacob      
         Sun | Mar 30, 08 |  8:49:13 am MYT                            KUALA 
LUMPUR, 30 Mac (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang 
merakamkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap sebuah filem Belanda terbitan 
Geert Wilders bertajuk 'Fitna' yang jelas memberikan gambaran buruk terhadap 
Islam dan menghina al Quran serta Nabi Muhammad s.a.w.

-->--> 
 Filem tersebut turut menggambarkan Islam sebagai sebuah agama yang ganas, 
ujarnya dalam satu kenyataan yang disampaikan melalui Setiausaha Akhbarnya, 
Roslan Shahir Mohd Shahir semalam.

 
Presiden PAS merasakan filem yang tidak bertanggungjawab ini akan mencetuskan 
ketegangan antara masyarakat Islam dan bukan Islam dunia dan dengan itu 
mengesyorkan agar ianya tidak ditayangkan lagi.

 
 Presiden PAS turut menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), negara-negera 
Islam dan NGO serta badan dan petubuhan Islam lainnya mengenakan tekanan ke 
atas Belanda agar bertindak terhadap penerbit filem ini dan meyakinkan dunia 
Islam bahawa tindakan biadap seumpama ini tidak berulang lagi.

 
Tambahnya, PAS menghormati kebebasan berkarya, namun ia perlu ada had dan 
batasan, dan dalam hal filem Belanda ini ia ternyata tidak menghormati 
sensitiviti agama Islam dan penganutnya yang kini merupakan hampir separuh 
penduduk dunia./wann 



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke