Kalaupun BN menggunakan internet untuk pilihanraya akan datang, saya
rasa mereka tidak akan berjaya juga kerana kekuatan website/blog
terletak pada pengunjungnya. Kalau orang tak datang lawat webnya mana
nak berjaya. Kalau setakat upah orang untuk menulis diwebsite/blog
mereka, berapa lama boleh tahan?
Yang PM tak tahu ialah blog ialah tempat rakyat mencurahkan rasa hampa
dan kecewa mereka pada kerajaan. Mereka tidak ada tempat lain nak
mengadu. Nak buat demo pun tak boleh. Nak tulis dalam suratkhabar, tak
ada orang nak layan. Nak jumpa wakil rakyat, wakil rakyat lebih berminat
nak ampu bos mereka. Nak harapkan media cetak dan eletronik, tak
payahlah.
Tapi maklumat paling bermakna yang saya dapat dari berita ini ialah, PM
tidak lagi berpijak diatas bumi nyata, PM masih lagi tidur lena dalam
mimpi kononnya BN kalah sebab faktor internet. Seluruh kabinet baru Pak
Lah pun macam tu. Tapi elok jugak.
Kalau kerajaan BN masih tidur lena, senang sikit kerja BA untuk tubuh
kerajaan pusat baru dimasa akan datang....
>>> "Topeng Perak" 25/03/2008 18:43 >>>
BN silap besar abaikan Internet Mar 25, 08 5:27pm Perdana Menteri
akui BN
mengalami kegagalan teruk dalam pilihanraya umum lalu, antaranya,
akibat
kecuaian parti itu memanfaatkan kempen di alam siber.
[image: abdullah ahmad badawi pak lah]"Kita tewas dalam perang
(maklumat) di
Internet, perang siber," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam
ucaptamanya di seminar pelaburan Invest Malaysia 2008 hari ini.
"Ia benar-benar satu perhitungan yang salah. Kita lakukan kesilapan
paling
besar apabila menganggapnya tidak penting."
Pemimpin-pemimpin BN melihat sudah memadai berharapkan liputan akhbar
dan
televisyen, tambahnya, "tetapi orang muda bergantung pada (maklumat)
SMS dan
blog."
--
"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI
TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA
DAN
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH
KITA
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA
YANG
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT
SENJATA!"
"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu
berita,maka
selidikilah kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum
dengan
perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya
)
sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (
al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).
DISCLAIMER:
This e-mail (including any attachments) may contain confidential information.
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review,
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited.
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and
other information in this e-mail that do not relate to the official business of
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is
excluded to the fullest extent permitted by law.