Wanita tukar jantina hamil

LONDON: Seorang lelaki Amerika Syarikat, yang dulunya wanita sebelum menjalani 
pembedahan menukar jantina, mencetuskan kejutan selepas mendakwa hamil lima 
bulan dengan bayi perempuan. 

Laporan akhbar Guardian menyebut, Thomas Beatie, 34, dari Oregon, mengirim 
gambar dan artikel ke laman web majalah gay Amerika, The Advocate, menerangkan 
kegembiraannya menjadi lelaki hamil. 

Beatie dilahirkan sebagai Tracy Lagondino, yang tinggal di Hawaii, yang 
menyaksikan dia menjadi aktivis hak gay terkenal, yang berkempen menghentikan 
jenayah benci dan memberikan pasangan sama jenis hak untuk mengambil anak 
angkat.           
            Selepas jatuh cinta dengan isterinya, Nancy Roberts, Beatie 
menjalani pembedahan menukar jantina kerana undang-undang Hawaii melarang 
perkahwinan sama jenis. 

Pasangan berkenaan berpindah ke sebuah bandar di Oregon dan berusaha memulakan 
keluarga selepas 10 tahun bersama tetapi Roberts, 45, menjalani pembedahan 
membuang rahim berikutan masalah kesihatan 20 tahun lalu. 

Beatie, yang turut melakukan pembedahan pembinaan semula dada dan mengambil 
terapi testosteron, tetapi mengekalkan organ reproduktifnya, kini sah lelaki. 
Dia berhenti mengambil suntikan hormon dan membolehkan putaran haidnya kembali.
Katanya, dia disuburkan menggunakan sperma penderma dan bercadang meneruskan 
kehidupan sebagai lelaki ketika perutnya semakin membesar. Agensi




       
---------------------------------

Search. browse and book your hotels and flights through Yahoo! Travel

Kirim email ke