Aswt,
Samy Vellu yang sekarang masih memimpin MIC walau pun tewas dalam
pilihanraya lepas gesa semua pemimpin Hindraf yang ditahan bawah ISA
dibebaskan. Itu barulah dikatakan pemimpin. Cuma bila tidak duduk dalam
kerajaan barulah nampak ISA itu tak betul. Itu pun hanya mau tahanan ISA
Hindraf saja yang dibebaskan. Semasa berada dalam kabinet tak pula pernah
bersuara tentang kezaliman ISA. Jelaslah pemimpin bukan Melayu walau pun dalam
komponen BN tetap perjuangkan bangsa mereka sahaja tapi apakah UMNO perjuangkan
ini semua?? Kebanyakan orang Melayu terutama pemimpin UMNO hanya perjuangkan
UMNO bukan perjuangkan Melayu sebab itulah ramai yang ditangkap bawah akta ISA
adalah orang-orang Melayu PAS dan mereka yang bukan orang PAS tapi berjuang
menentang kezaliman disamping beberapa kes-kes lain yang terpencil.
UMNO sebenarnya hanya mengutamakan survival politik mereka. Mereka tidak
peduli ramai tahanan dan ahli keluarga tahanan ISA yang menderita akibat akta
zalim ini. Apakah hanya bila UMNO/BN gagal memerintah Malaysia dan akta ini
digunakan keatas mereka barulah mereka akan sedar betapa zalimnya akta ini?
Antara sebab doa seseorang atau sekumpulan orang diterima Allah swt ialah doa
daripada mereka yang dizalimi. Pastinya kegagalan BN menguasai lima negeri
dalam pilihanraya lepas adalah berpunca dari pelbagai kezaliman mereka.
Bagaimana pun jika PAS, PKR dan DAP menguasai kerajaan pusat mereka telah
berjanji untuk hapuskan akta ISA. Andainya akta ini masih perlu maka tahanlah
Dollah Badawi, Mahathir pun masih boleh ditahan (cuma kerana bergelarTun
menjadi sukar sikit tapi pedulikan?) dan ramai lagi pemimpin-pemimpin UMNO
wajar dikurung di bawah ISA!!! Tak perlu kurung 2 atau 4 tahun kurung takat
setahun pun cukuplah biarkan mereka dan ahli keluarga mereka pula yang rasa
!!! Cuma Islam tidak galakkan membalas dendam!! Wallahua'lam.
ibnuAli
kota jembal
---------------------------------
OMG, Sweet deal for Yahoo! users/friends: Get A Month of Blockbuster Total
Access, No Cost. W00t