Assalamualaikum sedara Mohd Fisal

Terima kasih saudara kerana mengingatkan saya. Saya tidak sedikit pun berniat 
dalam hati yang dasar BN inilah yang memberi rezeki pada saya. Bukan di situ 
maksud saya. Sudah pasti rezeki, ketentuan dan segala apa yang kita dapat 
adalah ketentuan Illahi. Tapi perlu diingat apakah as-sabab kepada sesuatu 
perkara terjadi.

Kita bergerak sebab kaki kita melangkah. Melangkahnya kaki saya adalah kerana 
kehendak dan ketentuan Illahi. Tiada daya dan upaya melainkan kehendak Illahi.

Pernahkah saudara fikir kalau orang tanya saudara, dah makan? Saudara mungkin 
menjawab, ye Alhamdulillah, sudah makan. kemudian ditanya lagi, dah kenyang? 
Saudara jawab ye kenyang. Ditanya lagi makan apa? Saudara mungkin jawab makan 
nasi.

Adakah jawaban tersebut syirik? Sebab saudara kenyang sebab makan nasi, bukan 
kerana Allah yang bagi kenyang. Padahal, nasi adalah as-sabbab kepada kenyang 
tersebut.

Begitu jugalah maksud saya, dasar tersebut hanyalah as-sabab sahaja, tidak 
lebih dari itu. Apa yang saya dapat adalah rezeki dari Allah atas sebab usaha 
dan doa saya.

Saya minta maaf jika penjelasan saya mungkin menyinggung hati saudara. Yang 
baik dari Allah, yang buruk dari kelemahan saya.

Saya tak mempertahankan mana2 parti dan saya juga tidak mengundi pada PRU baru2 
ini.

Apa yang cuba saya perkatakan adalah kecendurangan masyarakat mengikut 
trend/ikutan senario masa kini. Kadang2 apa yang telah kita nikmati selama ini 
kita terus lupakan kerana trendnya untuk menolak pendapat tersebut.

Bagi saya apa yang ada cuma perlu diperbaiki dan diperhalusi dasar dan 
perlaksanaannya. Sebab polisi mungkin baik tapi perlaksanaannya yang tidak 
baik. Ini kerana manusia bila diberi kuasa mudah tergelincir dan lupa diri. 
Itulah yang berlaku kepada sebahagian pemimpin BN. jangan kita terus membuang 
dasar sebab perlaksanaannya sebelum ini tidak telus dan jujur.

Saya rasa kalau negara kita sudah bersedia untuk berkongsi kuasa dan 
keistimewaan terserah, rakyat sudah membuat pilihan.

Kita doakan yang terbaik untuk umat Islam di negara kita dan kesejahteraan 
untuk seluruh rakyat.

Wallahuallam.






Thanks & Regards

Meor Alwi Abdul Manan



----- Original Message ----
From: "Mohd Fisal Mohd [EMAIL PROTECTED]" <Mohd Fisal Mohd [EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Friday, 28 March, 2008 12:44:44 PM
Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] Bukan Kerajaan BN, Bukan DEB Tetapi ...

Sedara, Allah yang menentukan samada sedara menganggur atau kerja kontrak, 
kenyataan sedara boleh membawa  syirik.

-----Original Message-----
From: [EMAIL PROTECTED] ups.com [mailto:hidayahnet@ yahoogroups. com]On Behalf 
Of paridahmohamad
Sent: Tuesday, March 25, 2008 12:29 AM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Bukan Kerajaan BN, Bukan DEB Tetapi ...


Syabas saudara Meor. Saya amat setuju dengan pandangan saudara. Walaupun saya 
tak ke luar negeri, tidak mungkin saya dapat pelajaran tinggi jikalau tiada 
DEB. Saya masuk ITM (kini UiTM), belajar secara percuma di peringkat Diploma 
(malah dapat elauin poket RM15 sebulana pada tahun 1972 - 1975), sedikit 
bayaran untuk Ijazah dan seterus nya Masters. Tanpa MARA, tanpa DEB mungkin 
saya menggangur atau kerja kontrak.

Alhamdulillah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From:shah rul

Date: Fri, 21 Mar 2008 21:38:33
To:"Ikhwanul Muslimun" <[EMAIL PROTECTED] ups.com>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Bukan Kerajaan BN, Bukan DEB Tetapi ...

Assalamualaikum wbt...

Tujuan saya menulis di sini bukanlah hendak menyanggah pandangan peribadi Pn 
Ainon Ahmad, cuma bagi saya, pengalaman peribadi seseorang tidak bolehlah 
dijadikan kayu ukur gagal atau tidaknya sesuatu dasar atau polisi. Perlu ada 
satu kajian yang telus dan sebenar untuk mengiya atau menidakkan sesuatu dasar.

Secara jujur, ramai anak Melayu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke 
universiti samada tempatan atau luar negara adalah atas dasar DEB. Terus 
terang, keluarga saya tiada kemampuan untuk membiayai pengajian saya di luar 
negara. Alhamdulillah, dengan dasar DEB untuk membantu orang Melayu/Bumiputera, 
saya berjaya menyudahkan pengajian di seberang laut.

Ada berapa ramai lagi orang Melayu/Bumiputera yang mendapat keistemewaan 
seperti ini. Ini adalah salah satu sebab mengapa kaum bukan Melayu/Bumiputera 
mahu menghapuskan keistimewaan ini.

Saya faham, sekarang adalah 'trend' gelombang pembangkang,  ramai orang 
berpendapat sedemikian. Sebab itulah, sistem demokrasi yang berteraskan suara 
majoriti bukanlah dasar yang sempurna. Suara majoriti bukan bermakna suara yang 
benar.




Thanks & Regards


Meor Alwi Abdul Manan

----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED] com" <[EMAIL PROTECTED] com>
To: Ikhwanul Muslimun <[EMAIL PROTECTED] ups.com>
Sent: Saturday, 15 March, 2008 10:25:58 PM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Bukan Kerajaan BN, Bukan DEB Tetapi ...

    Atas kertas DEB memang nampak menguntungkan orang Melayu atau kaum 
Bumiputera tapi realiti yang berlaku adakah benar begitu?? Bukankah DEB telah 
dianggap gagal kerana pencapaiannya amat jauh dari sasaran?? Saya tidaklah arif 
sangat tentang dunia perniagaan tapi apa yang selalu saya dengar keistimewaan 
yang memberi laluan mudah kepada kontraktor-kontrakt or Melayu terutama bagi 
melaksanakan projek-projek besar selalunya diALIBABAKAN walaupun pelbagai usaha 
dilakukan untuk mennyekatnya. Ia sukar dihapuskan kerana kebanyakan nya 
melibatkan orang-orang politik yang mempunyai kaitan dengan sesuatu syarikat 
perniagaan. Maka DEB ini mungkin mengkayakan beberapa kerat orang Melayu tapi 
majoriti Melayu akan terus merempat!! Mungkin saranan oleh YB Dato' Dr Hassan 
Mohd Ali agar semua ADUN negeri Selangor ?tidak terlibat dengan perniagaan 
dapat menghindarkan perkara ini.   Samada DEB dihapuskan atau tidak ianya 
mungkin tidak banyak memberi faedah kepada
 majoriti umat Melayu namun wajar dikaji sebagaimana saranan Dato' Seri Abdul 
Hadi Awang, Presiden PAS. Wallahua'lam.

ibnuAli
kota jembal


"Chemical Romance"@yahoo. com wrote:








Bersangkutan dengan isu DEB yang digembar-gemburkan oleh media dewasa ini, 
bersama-sama ini saya sertakan artikel yang ditulis oleh Pn. Ainon Mohd., 
Pengerusi PTS Publications & Distributors. Diharap artikel ini memberi sedikit 
pencerahan kepada tuan puan mengenai situasi sebenar ekonomi di Malaysia.

Tulisan2 Pn. Ainon Mohd. yang lain boleh tuan/puan dapatkan di 
http://www.universi tipts.com/ <http://www.universi tipts.com/>

Sekian untuk makluman dan renungan kita bersama.

Terima kasih.

Catatan:
**Sifu dalam artikel ini merujuk kepada Pn. Ainon Mohd. memandangkan beliau 
juga adalah pembimbing kepada tim penulis di PTS Publications & Distributors.

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* 
********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* 
********* ********* ********* ********* *******


Bukan Kerajaan BN, Bukan DEB, tetapi Orang Cina Juga yang Menolong Penerbit 
Melayu <http://universitipt s.com/index. php/site/ comments/ bukan_deb_ 
tetapi_cina_ juga_yang_ menolong_ penerbit_ melayu/>


Pada tahun 1988, Sifu** meletakkan jawatan di DBP kerana nekad mahu menjadi 
trainer Lateral Thinking. Di depan DBP, di deretan kedai-kedai di Jalan 
Maharajalela, ada sebuah pejabat peguam Cina. Kami kenal sebab sesekali kami 
makan di gerai bawah pokok yang sama. Peguam itu kasihan kepada Sifu yang 
tercari-cari ruang pejabat. Dia pun menyuruh stafnya mengosongkan sedikit ruang 
di pejabatnya, supaya saya dapat sewa.
Saya pun tidak tahu di mana hendak mencari kontraktor supaya buat dinding 
pemisah. Peguam Cina itu pun menelefon kawannya, seorang kontraktor Cina. Lalu 
dengan harga RM1800, saya pun dapat ruang 10'X8' pejabat dengan sewa RM400 
sebulan. Dia izinkan saya tumpang tandasnya.
Sewaktu kontraktor Cina itu hendak mula membuat dinding partition, saya minta 
dia buat bilik untuk saya. Kata kontraktor itu, "Jangan buat bilik," katanya 
menasihati saya. Padahal, kalau saya buat bilik, dia lebih untung. "Tunjukkan 
semua staf yang kamu ada. Nanti orang akan nampak ofis kamu sibuk, macam banyak 
bisnes," dia menasihati saya.
Kemudian dia sambung lagi, "Jangan beli meja baru. Kamu beli meja di kedai 
second-hand. Bila orang nampak meja kamu sudah lama, mereka sangka kamu sudah 
lama bisnes."
Pada satu hari, pagi-pagi lagi peguam Cina itu masuk ke pejabat saya lalu 
duduk. Saya terkejut! Rupa-rupanya dia datang memberi nasihat. "Kamu dengar 
berita buruk malam tadi?" katanya. Berita itu adalah berita tentera Saddam 
Hussain menyerang Kuwait. "Kamu jangan beli apa-apa. Simpan setiap sen yang 
kamu ada. Kita tidak tahu apa akan jadi pada ekonomi. Kalau tak mati, jangan 
belanja!" Begitulah dia menasihati saya.
Pada 2000, apabila PTS Publications baru ditubuhkan, dalam keadaan tidak cukup 
modal, 2 buah pencetak Cina telah sanggup mencetak buku-buku PTS dengan memberi 
kredit 90 hari, tanpa meminta sebarang cagaran, semata-mata berdasarkan 
kepercayaan terhadap nama baik AINON MOHD dan Prof. ABDULLAH HASSAN atas 
rekomendasi personal seorang sahabat Melayu yang kenal baik kedua-dua towkay 
Cina itu.
Disebabkan pencetak Cina itu mengambil risiko ratusan ribu ringgit, mereka 
sentiasa memberi 'kuliah' kepada staf PTS yang pergi ke kilang mereka atas 
urusan cetak-mencetak. Macam-macam teguran, nasihat dan leteran yang mereka 
sumbat ke telinga staf PTS, semata-mata supaya PTS survive dan dapat membayar 
hutang percetakannya.
Salah seorang towkay itu berkata begini kepada staf PTS: "Lu Melayu, lu bukan 
bodoh. Kalau lu bodoh, lu boleh masuk universitikah? Lu jangan dengar cakap 
Mahathir. Dia kata Melayu bodoh. Lu jangan dengar dia.... blah, blah, blah...."
Apabila buku-buku PTS sudah terbit, pegawai-pegawai Cina di KINOKUNIYA, 
kemudian MHP, kemudian POPULAR membantu menjual buku-buku PTS.  Mereka memberi 
banyak nasihat bagaimana merancang judul buku-buku yang laku dijual dalam 
kedai-kedai mereka.
Apabila PTS perlu membeli bangunan sendiri, pengurus Cina dari PUBLIC BANK yang 
bersungguh-sungguh membantu meluluskan permohonan pinjaman RM3 juta. Malah 
beliau membantu memberikan tambahan RM1 juta modal operasi dengan mencagarkan 
bangunan yang kita beli itu.
Sekarang, Encik Law, Chairman MABOPA dan Pengerusi SASBADI, penerbit buku 
bersilabus yang terbesar di Malaysia, beliau me-mentor-i pegawai-pegawai PTS 
yang berkhidmat dalam jawatankuasanya, dengan memberikan nasihat demi nasihat 
bagaimana cara yang betul menguruskan PTS supaya terus berkembang dan membesar.
Bangunan-bangunan yang kami sewa sekarang adalah milik Cina. Agen Cina juga 
yang membantu kami mencari bangunan kilang yang menjadi depot PTS di Batu Caves.
PTS berhutang budi kepada orang-orang Cina yang mendukung kita sehingga berjaya 
menjadi seperti keadaannya sekarang.
Orang-orang UMNO tidak putus-putus memomok-momokkan orang Melayu supaya jangan 
percaya kepada keikhlasan Cina, supaya mencurigai mereka, supaya takutkan 
mereka, supaya bencikan mereka.
Pengalaman kami di PTS, orang Cinalah yang dengan ikhlas membantu dan 
membimbing PTS sehingga berjaya menjadi penerbit 'tradebooks' dalam Bahasa 
Melayu yang terbesar dalam tempoh 7 tahun sahaja.
Jika ada bisnesman Melayu yang Cina tidak mahu tolong, puncanya adalah perangai 
buruk bisnesman Melayu itu sendiri. Lazimnya, mereka itu tidak mahu membayar 
hutang. Siapa pula yang mahu menolong orang yang tidak mahu membayar hutangnya. 
Kalau Cina tidak bayar hutang, sesama Cina pun tidak mahu menolong Cina itu.
Bagi orang Cina, duit adalah Tuhan, duit tak kenal kaum. Cina akan tolong 
sesiapa sahaja, asalkan dia untung. Kita orang Melayu mesti berdisiplin 
membayar hutang, barulah Cina suka menolong kita berjaya dalam bisnes.


--
"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN 
MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASAN YA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA 
KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA 
LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI 
BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI, BUKAN UNTUK 
SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka 
selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan 
perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) 
sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." ( al-Qur'an,al- 
Hujurat ( 49 ):6 ).

------------ ----
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage. <http://us.rd. yahoo.com/ 
evt=51438/ *http://www. yahoo.com/ r/hs>

------------ ----
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search. 
<http://us.rd. yahoo.com/ evt=51734/ *http://tools. search.yahoo. 
com/newsearch/ category. php?category= shopping>

------------ ----
Rise to the challenge for Sport Relief with Yahoo! for Good <http://us.rd. 
yahoo.com/ mailuk/taglines/ isp/control/ *http://us. rd.yahoo. com/evt=51947/ 
*http://uk. promotions. yahoo.com/ forgood/>



      __________________________________________________________
Sent from Yahoo! Mail.
A Smarter Inbox http://uk.docs.yahoo.com/nowyoucan.html

Kirim email ke