Fitrah <http://wahabamri.blogspot.com> semua manusia suka orang
baik.Oranglain baik menguntungkan mereka sekali pun dia sendiri susah
membuat
baik.Setiap orang suka orang adil, jujur, pemurah, bertolak ansur, pemaaf,
tolong menolong dan lain lain kebaikan, kecuali hasad dengki.Manakala orang
yang baik itu kerana kebaikannya dia di sayangi oleh orang ramai dan
berpengaruh.

Tapi ramai orang baik di musuhi, terutama yang baik dan berpengaruh
pula.Diadi fitnah, di tuduh, di hasad, dan di cari kelemahan
kelemahannya. Mengapa
manusia bersifat begitu? Kerana manusia itu sangat mementingkan diri
sendiri.Dia suka kebaikan orang, dia sendiri tidak suka membuat
baik.Diasuka orang baik, tapi jangan sampai orang itu di sayangi dan
terpengaruh
kerana kebaikannya.

Begitulah berlaku di setiap zaman
Ia pernah berlaku juga kepada para Rasul dan orang soleh di zamannya.
Sifat sifat semacam ini berlaku kepada semua orang.Sekali pun dia para
ulama, lebih lebih lagi orang yang berpolitik, kecuali yang bertaqwa dan
takutkan ALLAH.

Penyakit inilah yang menghuru harakan masyarakat di sepanjang
zaman.Lebihlebih lagi di akhir zaman
ini.Penyakit ini lah menjadi penghalang kebaikan dan kebenaran.

Begitulah watak manusia jika tidak takutkan TUHAN.
Kerana itulah takutkan TUHAN itu penting.Tidak takut TUHANlah punca segala
penyakit masyarakat hingga gejala ini tumbuh subur.

Maka perjuangkanlah untuk takut kepada TUHAN.Itulah rahsia untuk membasmi
penyakit masyarakat ini.

Olih Cikgu Ku




-- 
Salam & Regards
Wahab @ Amri
Ampang, Selangor
Malaysia
Visit http://wahabamri.blogspot.com

Kirim email ke