(Pimpinan BA, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)


 
KENYATAAN PIMPINAN PARTI PKR, DAP dan PAS   - Laman [EMAIL PROTECTED] 
 
---------------------------------
 
 
 
  
Pimpinan tertinggi parti-parti PKR,DAP dan PAS hari ini telah mengadakan 
mesyuarat sebagai lanjutan daripada mesyuarat yang telah diadakan pada 18 Mac 
2008.

 
Mesyuarat hari ini dihadiri antara lain oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB En 
Lim Kit Siang, YB Dato Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang dan YB Datin Seri Dr. Wan 
Azizah Wan Ismail.

 
Pada mesyuarat hari ini kami telah mencadangkan untuk memantapkan lagi 
kerjasama ketiga-tiga parti ini atas nama PAKATAN RAKYAT. Nama ini telah 
dicadangkan dan akan disahkan setelah ketiga-tiga parti mendapat persetujuan 
pimpinan masing-masing dalam masa terdekat ini.

 
Pakatan Rakyat juga berikrar akan memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat 
tanpa mengira agama dan kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

 
Dengan keputusan pilihanraya yang lepas, kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, 
Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor akan nantinya dikenali sebagai kerajaan 
negeri Pakatan Rakyat. Dasar-dasar utama kerajaan negeri ini akan diselaraskan 
sesuai dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat.

 
Bagi memantapkan pemahaman atas semua dasar, wakil-wakil rakyat Parlimen dan 
Dewan Undangan Negeri ketiga-tiga parti akan mengadakan satu konvensyen pada 27 
April 2008.

 
Kami juga memperkemas dan memantapkan struktur Pakatan Rakyat dengan diwujudkan 
di bawah Majlis Pimpinan yang terdiri daripada ketua-ketua tiga parti, sebuah 
Sekretariat Bersama yang akan diwakili oleh tiga pimpinan daripada setiap 
parti. Sekretariat Bersama ini telah ditugaskan untuk membina asas dan kerangka 
pakatan untuk disahkan oleh Majlis Pimpinan nanti.

 
YB Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail 
Dato’ Seri Anwar Ibrahim 
YB Lim Kit Siang 
YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 





 Statement by the Leadership of KeADILan, DAP and PAS 
The leaders of KeADILan, DAP and PAS met today in furtherance of the meeting 
held on the 18th of March 2008.

 
Today’s meeting was attended by, among others, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Lim 
Kit Siang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang and YB Datin Seri Wan 
Azizah Wan Ismail.

 
In today’s meeting, we have proposed to consolidate the cooperation between the 
three parties under the name “PAKATAN RAKYAT.” This name has been proposed 
pending confirmation by the respective parties.

 
Pakatan Rakyat pledges to uphold the rights and interests of all Malaysians, 
regardless of religion or race, as enshrined in the Constitution.

 
With the results of the recent elections, the state governments of Kelantan, 
Kedah, Pulau Pinang, Perak and Selangor will be known as Pakatan Rakyat state 
governments. The policies of these governments will be conducted in accordance 
with the policies of Pakatan Rakyat.

 
To further mutual understanding regarding such policies, a convention of all 
Pakatan Rakyat elected representatives of Parliament and State Assemblies will 
be held the 27th of April, 2008.

 
We have developed and strengthened the structure of Pakatan Rakyat by creating 
under the Leadership Council, consisting of the leaders of the three parties, a 
Joint Secretariat consisting of three leaders each from each of the three 
parties. This Joint Secretariat will be tasked with building the foundation and 
framework of the Pakatan Rakyat for ratification by the Leadership Council.

 
YB Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail 
Dato’ Seri Anwar Ibrahim 
YB Lim Kit Siang 
YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 
  
  
  
ANWAR IBRAHIM 
Office of Anwar Ibrahim 
[EMAIL PROTECTED] 
http://anwaribrahimblog.com/ 
http://keadilanrakyat.org/ 
http://www.suarakeadilan.com/ 
03.04.2008 


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
You rock. That's why Blockbuster's offering you one month of Blockbuster Total 
Access, No Cost.

Kirim email ke