Tajuk: Syurga & Neraka
Halaman: 326
Harga: RM18.00
Selengaraan : Ustazah Sakinah Ariff Johor
http://alaf21.com.my/buletin_isnin/to%20be%20change/N_bukusyurga.htm
Kepercayaan pada syurga dan neraka sebagai destinasi
terakhir bagi orang mukmin dan kafir merupakan salah
satu cabang keimanan pada hari kiamat. Sesiapa yang
ingkar bahawa segala perbuatan baik dan buruk akan
dibalas dengan nikmat dan azab di akhirat kelak, maka
dia akan kufur dan keimanannya tertolak.
Segala kenikmatan yang ada di syurga itu tidak pernah
kita lihat dengan mata, tidak pernah didengar oleh
telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati seorang
hamba pun di dunia ini. Itulah sebaik-baik balasan
atas kesabaran mereka selama di dunia.
Bagi penghuni neraka pula, mereka akan diseksa
sekeras-kerasnya kerana meninggalkan suruhan agama,
melakukan dosa, mengikut hawa nafsu dan hasutan
syaitan serta melakukan maksiat terhadap ALLAH AZZA WA
JALLA. Demikianlah janji ALLAH yang diulang-ulang
dalam al-Quran dan sunnah Nabi-NYA. DIA amat menepati
janji-NYA.
Buku ini memberikan huraian lengkap berbentuk soal
jawab berkenaan dengan syurga dan neraka menggunakan
dalil-dalil daripada al-Quran, sunnah dan pendapat
ulama muktabar.
____________________________________________________________________________________
You rock. That's why Blockbuster's offering you one month of Blockbuster Total
Access, No Cost.
http://tc.deals.yahoo.com/tc/blockbuster/text5.com