(Pimpinan BA, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)
Malaysiakini
Pemuda dihalau, bangkit isu Anwar Fathi Aris Omar |
Apr 1, 08 2:23pm kemaskini 5:38pm
Seorang ketua pemuda Umno dihalau keluar dari forum anjuran kumpulan penyokong
parti ketika beliau cuba membangkitkan persoalan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Belum sempat menghabiskan pertanyaannya, Hasnizan Adham (foto kanan) disorak
kuat sehingga gagal bersuara lagi di tengah-tengah laungan "keluar, keluar".
Pemimpin peringkat cawangan itu terus dibawa ke luar kawasan hotel tersebut,
tempat berlangsung forum yang melibatkan tokoh-tokoh popular Umno - ahli Majlis
Tertinggi, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan exco Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir.
Forum bertajuk 'Umno Pasca Pilihanraya ke-12: Satu Penilaian', anjuran
MyKmu.net disusuli ucapan dan sesi soal-jawab dengan mantan perdana menteri Tun
Dr Mahathir Mohamad.
Turut serta sebagai pembicara, ketua penerangan Umno Johor, Datuk Dr Mohd Fuad
Zarkashi.
Kira-kira 1,000 penyokong parti itu menyertainya - termasuk 300 di luar dewan
dan lobi hotel.
Suasana tidak menentu dan hingar-bingar selama beberapa minit sehingga
peserta-peserta yang berang dengan soalan itu, termasuk menjerit-jerit dan
memaki hamun, berjaya ditenangkan.
Pihak penganjur yang kesal dengan kejadian itu berkata jika keadaan semakin
buruk, mereka tidak akan menganjurkan lagi program seumpama itu pada masa
depan.
Suasana tegang mula kedengaran sewaktu sewaktu Dr Mohd Khir memberikan
jawapannya, mengulas isu-isu di Selangor.
Walaupun tidak jelas maksud sebenar persoalan yang cuba dibangkitkan Hasnizan
(foto kiri: beliau dibawa keluar), dipercayai beliau cuba mengulas dan bertanya
isu yang dibangkitkan oleh bekas menteri besar Selangor itu ketika menganalisis
ketewasan Umno.
Dr Mohd Khir berkata Umno dan BN mengalami krisis dan pertukaran kepemimpinan
dalam tempoh 10 tahun sekali, bermula kekalahan teruk pada 1969 dan rusuhan
kaum.
"Akibat kekalahan itu, kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk
membantu ekonomi khususnya orang Melayu," katanya.
Umno juga, tambahnya, membuat pertukaran kepemimpinan pada 1981 selepas krisis
politik hujung 1970-an, dan kemudian diikuti pertembungan kumpulan Tengku
Razaleigh Hamzah dengan presiden waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad pada hujung
1980-an.
Krisis dalam Umno muncul lagi, kata Dr Mohd Khir, pemecatan timbalan perdana
menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 dan kemunculan gerakan reformasi dan
kini parti itu berdepan krisis susulan ketewasan mengejut dan besar-besaran
dalam pilihanraya umum lalu.
"Formula mana yang kita mahu guna? Formula 1969 atau formula 1999?" katanya
lagi.
Dalam pilihanraya 1999, BN mengalami kekalahan teruk apabila Terengganu jatuh
ke tangan PAS dan parti itu mula membuka langkahnya ke Perak, Pahang, Perlis
dan Selangor.
Dalam sesi soal jawab, Dr Mohd Khir sendiri diganggu oleh peserta sehingga
beliau menyebut beliau tahu ada percubaan pihak tertentu cuba merosakkan majlis
tersebut.
Nama Anwar juga muncul sewaktu Dr Mohd Fuad menceritakan pengalaman Dr Mahathir
cuba menganalisis ketewasan Umno pada pilihanraya umum ke-10.
Menurut ahli parlimen Batu Pahat itu, bekas presiden Umno memanggil mesyuarat
tertutup yang dihadiri sekumpulan kecil pemimpin atasan dari setiap negeri,
termasuk beliau sendiri, dan membentangkan pandangannya.
Katanya, Dr Mahathir mengakui secara jujur bahawa bekas timbalannya itu menjadi
faktor utama kemerosotan teruk undi Umno, selain parti itu kehilangan pengaruh
dari kalangan pengundi muda, kakitangan kerajaan dan ulama.
Demi ketuanan Melayu, sanggupkah Adun Umno Perak sertai PAS?
Mat Zain Mat Isa
Tue | Apr 01, 08 | 12:01:58 pm MYT Tak
pasal-pasal PAS pula yang dipersalahkan di atas kekurangan jumlah Exco
berbangsa Melayu yang dibentuk kerajaan Perak, Sabtu lalu. Pelbagai pihak
seakan berpakat menggambarkan betapa keadaan itu wujud disebabkan orang Melayu
telah tersalah memberi kepercayaan kepada parti itu dalam Pilihan Raya Umum
ke-12 bulan lalu. Sejauh manakah rasionalnya dakwaan itu?
-->-->
Barisan 10 Exco Kerajaan Negeri Perak telah mengangkat sumpah jawatan
masing-masing di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Istana
Iskandariah, Kuala Kangsar, 29 Mac. �
Mengikut pembahagian parti, DAP memperolehi enam kerusi Exco, diikuti Parti
Keadilan Rakyat (PKR) tiga dan PAS hanya satu. Ahli Dewan Undangan Negeri
(Adun) Pasir Panjang, Ir Mohamed Nizar Jamaluddin yang mewakili PAS bagaimana
pun telah dilantik sebagai Menteri Besar minggu lalu. �
Ertinya, dalam kesebelasan utama peneraju negeri Perak (termasuk Menteri
Besar), komposisinya mengikut parti ialah DAP 6: PKR 3: PAS 2. �
Pembahagian kuota itu dianggap sejajar dengan jumlah kerusi dimenangi
parti-parti terbabit. Dengan 18 kerusi dimenangi DAP, sudah tentu parti itu
menuntut bilangan kerusi Exco yang lebih. Bahkan, jika dinilai dari sudut itu
sahaja, kerusi Menteri Besar juga sepatutnya menjadi milik parti itu. �
PKR menang tujuh kerusi, manakala PAS enam. Maka apabila PKR diberikan tiga
kerusi Exco dan PAS dua (termasuk jawatan Menteri Besar), apa lagi yang perlu
dipertikaikan? �
Ada pun taburan mengikut kaum daripada 11 orang itu, enam adalah berbangsa
Cina, empat Melayu dan seorang India. �
Perkara ini dijadikan isu dan cuba diperbesarkan, terutama oleh pemimpin Umno
Perak yang tidak pernah menyangka akan duduk di kerusi pembangkang. Kononnya
komposisi Exco negeri itu tidak seimbang dengan taburan penduduk negeri
tersebut yang 56 peratus berbangsa Melayu. �
"Pemerintahan kerajaan Perak kini dikuasai oleh bukan Melayu. Melayu kini sudah
hilang kuasa di Perak walaupun dalam sebuah kerajaan negeri yang mempunyai
Menteri Besar berbangsa Melayu daripada parti PAS," kata Ahli Parlimen Pasir
Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman. �
Barangkali beliau cuba membangkitkan sentimen kaum. Andaian itu semakin
dijelaskan dengan kenyataan beliau seterusnya. �
"Sudah tentu DAP mempunyai kuasa yang lebih dalam membuat keputusan dan apa
lagi yang diharapkan oleh orang Melayu dan Islam daripada kerajaan ini?"
katanya, sebagaimana dipetik Mingguan Malaysia, Ahad lalu. �
"Saya harap kita tidak menjadi menang sorak, kampung tergadai," kata Adun
Pangkor, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir pula. Secara sinis beliau berkata rakyat
boleh menilai sendiri siapa sebenarnya yang memerintah Perak. �
Tidak cukup setakat itu, kalangan rakyat bawahan pula cuba diapi-apikan
sentimen kaum itu. Akhbar Utusan Malaysia, Isnin (31 Mac) menyiarkan pula temu
bual dengan masyarakat Melayu di Perak. Bagai diduga, ia tidak akan menyiarkan
pandangan yang memperbetulkan keadaan. Sebaliknya apa yang dipaparkan menjurus
kepada kecaman terhadap kerajaan negeri pimpinan PAS. �
Ruangan surat pembaca akhbar tersebut juga turut memuatkan pandangan dan
lontaran fitnah berbau perkauman itu. Mangsa utama kesemua mereka ialah PAS,
yang digambarkan gagal membela bangsa Melayu walau pun diberi kepercayaan
menerajui negeri Perak. �
"Tiada apa yang boleh disesalkan lagi. Melayu kini sudah hilang kuasa di negeri
Perak, walaupun dalam sebuah negeri yang mempunyai Menteri Besar daripada parti
PAS," tulis seorang pembacanya. �
Inilah masalah dengan orang Melayu, terutama di kalangan pemimpin Umno. Asal
saja ada masalah dengan soal Melayu, mereka cenderung meletakkan kesalahan
kepada pihak lain, terutamanya PAS. Seolah-olah hanya Umno berbangsa Melayu dan
hanya Umno yang memperjuangkan agenda Melayu. �
Untuk meletakkan kesalahan kepada pihak lain memang tidak sukar. Namun,
sepatutnya dalam perkembangan dunia serba maju ini, lebih-lebih lagi seorang
bertaraf wakil rakyat perlu merasionalkan hujah dan berpijak ke bumi nyata.
Apakah masuk akal untuk menuntut sesuatu yang lebih baik daripada apa yang
diputuskan kerajaan campuran itu dalam realiti politik di Perak kini? �
Bagi yang belum jelas keadaannya, perangkaan pecahan Adun-Adun Perak mengikut
parti dan kaum wajar diteliti seadilnya. Berdasarkan parti, Barisan Nasional
memperolehi 28 kerusi, iaitu 27 oleh Umno dan satu oleh MCA. �
Di pihak kerajaan negeri pula, telah disebutkan DAP memperolehi 18, PKR tujuh
dan PAS enam. �
Jika dibahagikan mengikut kaum, jumlah Adun Melayu keseluruhannya adalah
seramai 36 orang, Cina 18 dan India, lima orang. Malangnya, seramai 27 Adun
Melayu adalah daripada Umno dan berada di pihak pembangkang. �
Maka jumlah Adun Melayu yang ada di pihak kerajaan hanyalah sembilan, iaitu
enam daripada PAS dan tiga daripada PKR. �
Jumlah Adun berbangsa Cina di pihak kerajaan ialah 17, manakala India seramai
lima orang. Ertinya komposisi mengikut kaum di pihak pemerintah ialah Melayu 9:
Cina 17: India 5. Apa lagi alasan tersangat kukuh yang mahu diberikan bagi
mewajarkan PAS atau PKR menuntut lebihan kerusi Exco, semata-mata atas dasar
menambah kuota Melayu dalam kerajaan? �
Persoalan yang sepatutnya ditanya semua pihak, terutama mereka yang konon amat
mementingkan soal ketuanan politik Melayu, ialah mengapa jumlah Adun Melayu di
pihak kerajaan Perak begitu sedikit? Apakah PAS dan PKR tidak meletakkan jumlah
calon Melayu secukupnya untuk memastikan Adun Melayu menjadi majoriti dalam
Dun? �
Perlu diketahui bahawa PAS telah meletakkan 21 orang calon yang kesemuanya
Melayu, tetapi menang hanya di enam kerusi. Ia menewaskan lima calon Umno dan
satu calon MIC. �
PKR pula bertanding di 20 kerusi. Sebelas calonnya adalah Melayu, lima Cina dan
empat India. Di kalangan yang menang, ada tiga Melayu, tiga Cina dan satu
India. �
DAP pula bertanding di 18 kerusi. Calonnya 14 berbangsa Cina dan empat India.
Tiada calon Melayu dari DAP. Ia menang kesemua kerusi ditandinginya. �
Ertinya, di pihak parti-parti kerajaan sudah ada 32 calon Melayu, iaitu
masing-masing 21 daripada PAS dan 11 PKR. Tetapi mengapa hanya sembilan antara
mereka yang menang? Jawabannya ialah kerana mereka dikalahkan calon BN. �
Siapakah calon BN yang mengalahkan mereka? Siapa lagi kalau bukan Adun-Adun
Umno yang ada di Perak sekarang! �
Kuota pembahagian kerusi Exco Perak mengikut kaum kini masih boleh dibaiki
sekiranya jumlah Adun PAS atau PKR berbangsa Melayu bertambah. Tiada cara lain
selain Adun-Adun Melayu di pihak pembangkang (Umno) menyertai parti-parti itu.
�
Soalnya, apakah mereka sanggup berbuat begitu demi ketuanan Melayu?
Rasanya�payah la sikit kot.�Maka mahu tidak mahu buat masa ini
semua pihak, terutama golongan yang terlalu mendewakan soal ketuanan Melayu di
Perak perlu menerima hakikat yang ada. �
Penyelesaian lebih baik mungkin akan datang dalam masa empat atau lima tahun
akan datang. Cukuplah beri undi kepada calon-calon Umno. Jika benar-benar mahu
jumlah Adun Melayu di pihak pemerintah di Perak bertambah, pastikan semua calon
PAS menang. �
Umno pula jangan menjadi batu penghalang kepada agenda PAS meramaikan Adun
Melayu, jika ia benar-benar mahu ketuanan Melayu di Perak dipulihkan. - lanh
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
---------------------------------
You rock. That's why Blockbuster's offering you one month of Blockbuster Total
Access, No Cost.