Kita hidup didunia tak lama. Kita boleh meninggalkan dunia ini bila bila
masa sahaja. Oleh itu, kalau boleh kita penuhkan masa kita dengan
perkara yang diredhai Allah seperti mana yang telah ditunjukkkan oleh
utusannya Nabi Muhammada SAW.
Perkara yg sia sia dan cerita karut kita tinggalkan walaupun budaya tu
dah jadi darah daging kita. Ajaran Islam yang kita anuti ni pun dah
berkurun kurun juga lamanya. Yg dibawa turun temurun dari datuk nenek
kita juga. Mungkin lebih lama dari cerita Awang Batil ni.
Jadi janganlah sentimental sangat kalau seni Awang batil ni berkubur
bersama dengan satu satunya penggiatnya di Perlis tu. Amalan soleh tu yg
kita bawa mati bukannya amalan seni Awang Batil.
wassalam.
>>> Dunya 31/03/2008 12:30 >>>
Penglipur lara terpinggir
Hanya Romli Mahmud tukang cerita yang masih hidup
SENI Awang Batil di Perlis dan Kedah kini semakin dilupai dan
hikayatnya mula tenggelam ditelan arus, apatah lagi dengan kemunculan
pelbagai seni hiburan moden yang dianggap lebih relevan dengan golongan
muda.
Apa pun, bagi Romli Mahmud, 53, dari Chuping, Perlis, keserasiannya
bersama seni tukang cerita yang dikenali juga sebagai Tok Selampit atau
Penglipur Lara berdasarkan panggilan setiap negeri itu masih kuat
sehingga hidupnya sendiri saling tidak tumpah seperti kehidupan Awang
Batil yang mempunyai dua karektor berbeza yang boleh berubah mengikut
keperluan serta keadaan.
Cuma bezanya, karektor Awang Batil berubah mengikut topeng yang
dipakai sama ada sebagai hulubalang atau ahli nujum, manakala bagi Romli
pula dia akan kekal sebagai anak kampung dan hanya berubah sebagai Awang
Batil sekiranya seruan persembahan tiba.
Namun, kegusaran masih menghantui dirinya kerana sehingga sekarang
beliau masih belum menemui pengganti yang boleh mengambil alih, sekali
gus meneruskan pengekalan seni Awang Batil di bumi Malaysia, sedangkan
usianya kini semakin lanjut.
"Untuk menjadi Awang Batil bukan senang. Saya pernah melatih ramai anak
muda terutama pelajar seni kebudayaan untuk dididik sebagai pelapis,
namun masih belum ada yang betul-betul sesuai.
ROMLI satu-satunya Awang Batil yang masih hidup di Perlis.
"Ada yang boleh dan mahir sekali bercerita, tetapi tidak pandai
mengetuk batil dan ada juga yang sebaliknya. Malah, ada yang pandai
kedua-dua sekali, tetapi apabila diminta menggabungkannya, gagal berbuat
demikian," katanya yang kini giat melatih enam pelapis Awang Batil dari
jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perlis.
Menceritakan pembabitan sebagai Awang Batil, Romli berkata, dia
bernasib baik kerana dikurniakan kebolehan semula jadi untuk bermain
alat muzik terutama gendang terinai sejak kecil lagi iaitu ketika
berusia lapan tahun.
Mengenai koleksi cerita yang sering dibawa, katanya cerita berkenaan
bukan baru dan sering diperdengarkan Allahyarham bapanya setiap malam
terutama ketika dia hendak tidur.
"Saya sendiri tidak tahu cerita yang disampaikan itu adalah koleksi
Awang Batil, sehinggalah saya sendiri mendengar ia didendangkan kepada
umum. Oleh kerana, saya memang sejak kecil lagi mengikuti Allahyarham
bapa saya bercerita, maka sedikit sebanyak minat serta kebolehan itu
masuk dan sebati dalam diri saya hingga ke hari ini.
KETUA Sumber Manusia Digi, Adzhar Ibrahim (kiri)
menyerahkan plak ukiran kepada Romli pada Majlis Digi's Amazing
Malaysian 2006 di Chuping, Perlis sambil disaksikan bekas Menteri Besar
Perlis, Datuk Seri Shahidan Kasim. "Selain itu, saya juga banyak
berkongsi cerita dengan rakan lain, terutama orang lama yang memang
memiliki cerita turun-temurun ini," katanya yang mempunyai empat anak
hasil perkongsian hidup bersama Nasirah Abdul Rahman, 46.
Ketika ditanya mengenai watak Awang, Romli kemudian tersenyum sambil
berkata, Awang kan hero Melayu..tak kan la kita nak pakai nama orang
lain pulak.
Beliau berkata, sejarah Awang Batil pada awalnya disampaikan dari mulut
ke mulut kononnya seorang anak dara meminum air yang terkumpul di dalam
lopak batu di hutan, sehingga hamil dan melahirkan seorang anak lelaki
dinamakan Awang.
Kelahiran tanpa bapa menyebabkan Awang tertekan akibat dihina sebagai
anak luar nikah. Justeru, Awang lari ke hutan untuk mencari bapanya,
sehingga bertemu dengan seekor gajah putih di kawasan lopak air yang
pernah diminum ibunya suatu ketika dulu yang juga air kencing gajah
berkenaan.
Untuk membersihkan namanya, Awang mula menceritakan kisah hidupnya itu
kepada umum dan dia mengembara dari satu kampung ke kampung lain untuk
menyampaikan ceritanya itu, dengan berbekalkan batil yang diberikan
gajah putih itu. Kerana itulah kebanyakan cerita disampaikan Romli
berkenaan dengan lelaki bernama Awang.
"Semua cerita yang saya sampaikan adalah turun temurun yang saya dapat
dari satu generasi ke satu generasi dan saya tidak mencipta cerita baru
kerana bagi saya ia tidak asli," katanya yang menghafal lebih daripada
20 cerita pelbagai tajuk.
Antaranya ialah Awang Akar Larak, Awang Lurus, Awang Ada Duit Semua
Jadi, Awang Kambing Berak Terbit Emas, Awang Geliga Embun dan Awang
Segan. Bagaimanapun, untuk setiap persembahan, Romli lebih gemar
bercerita kisah Awang Akar Larak atau Awang Kambing Berak Terbit Emas.
"Penonton suka kisah yang berakhir dengan kegembiraan dan tidak suka
yang berakhir dengan kesedihan dan ini penting kerana saya perlu
kekalkan minat penonton. Nanti kalau asyik bagi cerita sedih orang akan
bosan.
"Untuk menambah keceriaan, dalam setiap cerita saya turut selitkan lagu
yang sesuai seperti lagu Makan Sirih, Air Mawar, Sri Siantan serta
beberapa lagu dalam bahasa Tamil yang diiringi gesekan biola serta memek
muka tertentu," katanya.
Tindakan Romli yang masih memperjuangkan seni penglipur lara selain
statusnya sebagai Awang Batil terakhir ini turut diiktiraf syarikat
telekomunikasi, DiGi yang mengangkat Romli sebagai seorang dari projek
Amazing Malaysian 2005.
Melalui projek itu, seramai 60 pelajar dari empat buah sekolah
dibimbing Romli bersama beberapa penggiat teater handalan seperti Joe
Kukathas dan Namron selain tenaga pengajar dari Temple of Fine Arts yang
membantu pelajar ini mengenali asas pergerakan, muzik, tarian dan Awang
Batil.
Malah, melalui seni Awang batil juga, Romli turut berpeluang
mengunjungi negara luar sekali gus memperkenalkan seni budaya Melayu itu
kepada dunia luar. Ini termasuk ketika menyertai Pusat Kebudayaan Pulau
Pinang (PCC) dalam lawatan dan persembahan tiga minggu ke Thailand
(1995), Singapura (1996) dan Switzerland (1997).
"Saya sangat berbesar hati apabila masih ada pihak yang menghargai seni
ini. Saya harap daripada 60 pelajar ada yang berkebolehan dan berminat
untuk mendalaminya. Tapi itu pun susah hendak menduga kerana dalam empat
anak saya, tidak ada seorang pun yang berminat," kata Romli dengan penuh
harapan.
Profil
Romli Mahmud
Usia: 53 tahun
Status: berkahwin, empat anak
Asal: Chuping, Perlis
Menetap: Chuping, Perlis
FAKTA
Awang Batil adalah tukang cerita yang dikenali juga sebagai Tok
Selampit atau Penglipur Lara berdasarkan panggilan setiap negeri.
Cerita Awang Batil diwarisi secara lisan.
Cerita popular termasuk Awang Akar Larak dan Kambing Berak Terbit
Emas.
Persembahan Awang Batil diiringi ketukan batil, biola, serunai dan
rebana.
Hanya ada seorang saja Awang Batil di Malaysia yang masih hidup.
Antara cerita Awang Batil yang dimainkan oleh Romli
Awang Akar Larak.
Awang Lurus.
Awang Ada Duit Semua Jadi.
Kambing Berak Terbit Emas.
Awang Geliga Embun.
Awang Segan.
---------------------------------
Real people. Real questions. Real answers. Share what you know.
DISCLAIMER:
This e-mail (including any attachments) may contain confidential information.
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review,
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited.
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and
other information in this e-mail that do not relate to the official business of
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is
excluded to the fullest extent permitted by law.