Boikot adalah satu cara untuk menunjukkan kekuatan dan
kesatuan umat Islam. Tapi kenapa akhir-akhir ini saja,
umat Islam memboikot secara selektif bukan kolektif.
Apakah umat Islam sengaja diprovokasi untuk memboikot
sesuatu negara atau sesuatu produk tanpa kajian
dijalankan dengan terperinci apa akibat atau kesan
susulan jika boikot tersebut dilakukan ?

Kenapa tiada usaha pemboikotan secara besar-besaran
terhadap syarikat atau produk yang menyumbang secara
langsung untuk pembangunan Israel ? 

Kenapa tiada usaha pemboikotan secara besar-besaran
terhadap syarikat yang menyumbang dalam pencerobohan
tentera Amerika di Afghanistan dan Iraq ?

Kenapa tiada usaha pemboikotan secara besar-besaran
terhadap barangan daripada Britain kerana Salman
Rushdie menghina Nabi saw lebih teruk lagi dalam
bukunya The Satanic Verses apatah lagi beliau
dianugerahkan bintang tertinggi Britain iaitu gelaran
“Sir Salman Rushdie”.

Geert Wilders ahli parlimen Belanda menghina Islam
melalui filem Fitna. Kenapa yang dihukum syarikat yang
tiada kaitan dengan Geert Wilders , melainkan ada
bukti yang syarikat tersebut menyokong tindakan Geert
Wilders.

Oleh itu umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia
ini mestilah bersikap realistik menangani sesuatu isu
itu. Bukan tidak boleh boikot, bukan tidak boleh
berdemonstrasi, tetapi kajilah dahulu sesuatu isu itu
sebelum mengambil tindakan. Berbincanglah dengan semua
pihak, para pemimpin, para ulamak, para cendekiawan
akan langkah yang terbaik untuk memartabatkan agama
Islam di Malaysia dan di seluruh pelusuk alam.

Begitulah juga halnya dengan Sufiah Yusof. Kenapa
perlu diperbesarkan cerita ini, seolah-olah hanya satu
Sufiah Yusof yang perlu diselamatkan ? Bukan tidak
perlu diselamatkan Sufiah Yusof, ianya perlu. Tapi
jangan lupa , di Malaysia ini ramai lagi gadis Melayu
yang perlu diselamatkan akidah dan maruah mereka. 


     
  Rozmal http://waghih.blogspot.com 
  Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
  Kelab AMAL NS http://amal-ns.blogspot.com 
  Institut Kajian Angkasa http://ikam-space.blogspot.com 
  Pusat Pendidikan As Saidiyyah http://puspa-ns.blogspot.com 





      
____________________________________________________________________________________
You rock. That's why Blockbuster's offering you one month of Blockbuster Total 
Access, No Cost.  
http://tc.deals.yahoo.com/tc/blockbuster/text5.com

Kirim email ke