Saya setuju sangat dengan tulisan Cikgu tu. Malangnya untuk kembali kepangkal jalan bukan satu perkara yang senang oleh kerana terlalu banyak halangannya. Kepala akan jadi buntu untuk memikirkan macam mana nak buat supaya umat Islam kembali ke pangkal jalan. Orang kafir telah menanam ramai agen mereka dari kalangan orang Islam sendiri untuk terus menyesatkan orang Islam. Agen mereka inilah yang membuatkan kafir terus menjadi kuat untuk memperlekehkan kita orang Islam.
Jalan yang paling senang rasa saya ialah kita mulakan solat jemaah fardhu suboh secara beristiqamah. Jika kita buat macam ni, Insyaallah, Allah akan bentangkan didepan kita macam mana nak perbaiki orang kita yg dah hanyut ni. Ikutilah sunah Nabi yang sangat utama ni. Tidak akan rugi kita dunia dan akhirat. >>> wahabamri 01/04/2008 12:04 >>> *K* <http://wahabamri.blogspot.com>ita <http://wahabamri.blogspot.com> umat Islam seluruh dunia sudah salah berfikir.Kita sudah tidak pandai menilai baik buruknya didalam kehidupan..Kita tidak kenal gejala masyarakat yang merosakkan kehidupan yang sebenarnya.Ada yang menganggap gejala ada yang anggap bukan gejala. Kita tidak kenal mana padi mana lalang.Mana pokok yang sebenarnya, mana pokok yang menumpang (dedalu namanya).Akibatnya padi dibuang, lalang disuburkan.Dedalu dibiarkan pokok sebenarnya ditebang.Yanguntung di musnahkan, yang merugikan dibiarkan.Racun tikus di makan, ubat sebenarnya di buang. Akhirnya semenjak merdeka Negara Negara Islam tidak habis habis bermasaalah.Bahkan semakin banyak masaalah saperti perpecahan, kemunduran, kemiskinan, kekotoran, kezaliman dan penindasan.Ertinya masyarakat Islam sedunia tidak kenal mana baik, mana buruk,mana memberi faedah, mana yang mendatangkan padah dan parah.Kerana kayu pengukur hanya AKAL dan NAFSU. Bukan Al Quran dan Sunnah. Tidak hairanlah masyarakat Umat Islam sedunia punah ranah dan musnah.Kalauada orang yang membawa kebenaran dan membuat teguran jadi isu pula.Bukan sahaja tidak di terima , bahkan dianggap musuh Umat dan Negara ,ditangkap, di pinggir atau di ISA.Tapi orang yang menjadi racun kepada masyarakat dihormati dan dibelai.Selagi krisis nilai masih berlaku dikalangan dunia dan masyarakat Islam, masaalah masyarakat Islam tidak akan selesai. Krisis nilai tidak akan selesai selagi Umat Islam merujuk pada AKAL dan NAFSU.Tempat rujuk yang sebenarnya bagi Umat islam adalah Al Quran dan As Sunnah.Ia membawa perpaduan, membawa satu dasar dan kekuatan. Olih Cikgu Ku -- Salam & Regards Wahab @ Amri Ampang, Selangor Malaysia Visit http://wahabamri.blogspot.com DISCLAIMER: This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and other information in this e-mail that do not relate to the official business of Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is excluded to the fullest extent permitted by law.
