Marta' 'Ulum al-Diniyyah 

Program ini mengambil sempena tradisi keilmuan yang telah dijana oleh al-Sultan 
Sulaiman selaku Sultan Selangor ke- 5. Ianya merupakan tradisi jati diri umat 
Islam di bawah lembayung kesultanan Melayu Islam yang patut diteruskan semula 
demi menyumbang kepada kefahaman agama Islam di kalangan masyarakat. Marta' 
'Ulum al-Diniyyah ini sebenarnya telah diketuai oleh Tengku Mahmud Zuhdi 
sebagai Sheikhul Islam Kerajaan Selangor semasa pemerintahan al-Sultan Sulaiman 
dan yang kemudiannya diteruskan semula oleh Sheikh al-Bukhari. 

Pemilihan tempat program ini di Masjid Kampung Kuantan Klang adalah kerana 
mengambil sempena tempat Sheikh al-Bukhari (guru Ustaz Ismail Kamus) yang 
pernah mengajar di sini dan sempena berdekatan dengan kediaman rumah ahli 
jawatankuasa fatwa negeri Selangor yang tertua umurnya iaitu al-Fadil al-Ustaz 
Abdul Aziz bin Andik Achuk. Di masjid ini juga pernah menjadi tempat kuliah 
al-Marhum Dato Mufti Ishak Baharom, al-Marhum Ustaz Taha (kawan Tuan Guru Hj. 
Hashim Pondok Pasir Tumboh), Dato Mukhtar Salleh dan lain-lain. 

  
Jam: 9.00 pg - 12.00 tgh 
  
Hari: Ahad ( bermula dari 6hb. April. 2008, kekerapan kelas akan dibincangkan 
pada sesi pertama nanti) 
  
Tempat: Masjid Kampung Kuantan Klang Selangor Darul Ehsan. 

Kitab: 
1. Fath al-Mu'in karya Sheikh Zainuddin al-Malibari serta I'anah al-Talibin 
karya Sheikh Bakri Shata 
2. Qawa'id al-Ahkam karya Sheikh 'Izzuddin ibn Abdissalam 

disampaikan oleh: 
al-Fadil al-Ustaz Abdul Aziz bin Andik Achuk 
.. belajar secara talaqqi dan secara madrasah di Makkah, beliau telah menadah 
kitab dengan beberapa Tuanguru ketika itu yang antaranya ialah kepada Sheikh 
Hasbullah bin Hj. Hasan yang menerima ilmu daripada pesantren terkenal di 
Sulawesi. Beliau juga sering berulang alik ke Masjidil Haram Makkah belajar 
kepada Sayyid 'Alawi bin Sayyid 'Abbas al-Maliki al-Makki dan beberapa orang 
ulama lain. 

Kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran ke al-Azhar dan sekembalinya dari 
pengajian beliau pada tahun 1970-an, beliau menetap di Kampung Kuantan Klang. 
Beliau menabur bakti dengan mengajar di Kolej Islam Klang Selangor. Antara 
muridnya ialah Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Daruddin dan lain-lain. kemudiannya 
beliau mengajar di Matrikulasi UIA. Pernah menganggotai ahli jawatankuasa fatwa 
Wilayah Persekutuan dan kemudiannya menganggotai ahli jawatankuasa fatwa 
Selangor hingga ke hari ini. 

Insya Allah, akan ada beberapa orang tenaga pengajar yang berpengalaman secara 
talaqqi akan dipilih dengan tambahan masa sesuai dengan permintaan 

untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 
016-3808724 (zaidi) seeloknya hubungi melalui sms 
www.ilhamkanku.com.my 

Sila sebarkan kepada muslimin, muslimat yang lain
       
---------------------------------

Search. browse and book your hotels and flights through Yahoo! Travel

Kirim email ke