A'kum dear all. Hari ni hari pertama taklimat untuk ahli-ahli Parlimen. Saya pagi-pagi dah sampai. Ingatkan saya paling awal pukul 8pg (sesi mula pukul 8.30pg). Rupa-rupanya ramai dah sampai dulu dari saya. Si Gobala pukul 2 pagi dah sampai. Almaklumlah MP baru. Semua dok gabrah lagi, tak sabor nak masuk Parlimen. Saya pagi-pagi lagi dah kena sebijik. Saya pi dengan motor..elok nak parking mamat sekuriti parking suroh saya parking kat belakang sebab "ni tempat untuk VIP je..'. Saya tanya mamat tu siapa VIPnya. Dia kate untuk Ahli Parlimen sahaja. Saya pun habaq saya Ahli Parlimen lah. Dia punya tengok saya atas bawah..dia kata dah berbelas tahun dia jage sekuriti Parlimen..ni first time dia tengok YB mai dengan motor. Saya kate kita YB Rakyat lah..terus jadi kamcing mamat tu dengan saya.it pays to be humble..
lagi..<http://zul4kulim.blogspot.com/2008/04/yb-ke-parlimen-naik-motor.html>
