(Pimpinan PR, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)


ALHUSSEYN
 Perhimpunan Pemimpin Bersama Rakyat    Satu perhimpunan rasaksa akan diadakan 
di Stadium Perak, di Ipoh pada 14 April ini , pada jam 8.00 malam.Demikian yang 
di maklumkan oleh sdr misbahul munir, selaku pengarah majlis tersebut.

Kelima-lima Menteri Besar dari negeri-negeri Pakatan Rakyat telah diundang 
untuk bersama dalam majlis tersebut.

Pastikan anda tidak kemana-mana pada hari tersebut, melainkan bersama kami di 
Stadium Perak nanti.Bawalah keluarga anda bersama.Kita jumpa disanaaaaa!

Umno masih bersyahdu dengan gurindam lamanya , yang konon-kononya hanya dialah 
yang mampu menerajui ummat Melayu. Mereka mendakwa mahu mengembalikan kekuasaan 
Melayu

Alahai Umno! 



 Adakah kekuasaan Melayu terhakis di Kelantan yang Menteri Besarnya , Tn Guru 
Nik Aziz , seorang Melayu Muslim?


 Adakah kekuasaan Melayu terhakis di Kedah yang menteri Besarnya, Azizan 
Abd.Razak, serorang Melayu Muslim?


 Adakah kekuasaan Melayu terhakis di Perak yang Menteri Besarnya, Mohd Nizar 
Jamaludinseorang  Melayu Muslim?


 Adakah kekuasaan Melayu terhakis di Selangor yang Menteri Besarnya, Abd Khalid 
Ibrahim,seorang  Melayu Muslim?

Alahai Umno! Adakah kekuasaan Melayu terhakis di Pulau Pinang kerana Ketua 
Menteri nya orang Cina? Yang pernah masuk penjara kerana cubaannya membela 
nasib seorang budak Melayu dibawah umur yang telah dirogol oleh bekas Ketua 
Menteri Melaka Ketuanan Melayu dulu? Dan sejak bila pula orang Melayu Muslim 
pernah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang?

Alahai Umno! Tiba-tiba sahaja kekuasaan Melayu runtuh sejak Umno / BN yang 
kehilangan 2/3 kuasa di Parlimen selepas PRU-12 pada 8 Mac lalu?

Bukankah Umno/BN sendiri yang telah memporak perandakan Melayu, Cina , India 
bahkan apa sahaja yang ada diatas muka bumi ini –


 Badan Kehakiman Negara , dimana  peguam kaki arak boleh menuliskan keputusan 
penghakiman dan boleh mengatur perlantikan Hakim!


 BPR, yang diamanahkan memantau amalan rasuah, tetapi lebih dikenali sebagai 
Badan Penerima Rasuah!Dimana bekas Ketua Pengarahnya dituduh oleh pegawai 
bawahannya sendiri terlibat dengan rasuah.


 PDRM , dimana bekas Ketua Polis Negara , Tun Hanif Omar pernah menyifatkan nya 
sebagai ‘ Pagar Makan Padi’; bergelut dengan masalah dalaman dan gerakan 
samseng Cina.

Kalau dah ketiga-tiga badan asas terpenting tersebut kong kali kong , ditambah 
pula dengan amalan Rasuah , Kroni & Nepotisma para pemimpin politik yang 
berkuasa apa nak diharapkan bagi sebuah negara yang sedang membangun seperi 
Malaysia ini? 

Siapa pengkhianat Melayu di Pulau Pinang ,di Johor , di Sabah , di Perak dan di 
setiap pelusuk tanah air ? Mahu tahu jawapannya?  Lihat di sini





      Setelah 60 tahun menanti, penduduk dianugerahkan geran tanah              
                               Johari Jaafar      
         Fri | Apr 04, 08 | 10:17:20 am MYT                           IPOH,  4 
April (Hrkh) - Selepas mengumumkan pemansuhan bayaran denda bagi kesalahan 
meletak kereta, dan kompaun bagi kesalahan penjaja pada 17 April lalu kini 
kerajaan Negeri Perak yang baru memberikan 'hadiah' lagi kepada rakyat 
khususnya kepada penduduk di kampung tersusun dan kampung baru dengan 
memberikan geran hak kekal kepada mereka.

 -->-->   
 Menteri Besar Perak, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin semasa mengumumkan perkara 
tersebut dalam sidang medianya di Pejabat Menteri Besar menegaskan keputusan 
yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat sebagai tanda terima kasih kepada 
rakyat yang telah memberikan sokongan kepada ketiga-ketiga parti, DAP, PAS, dan 
KeADILan sehingga berjaya menewaskan BN dalam pilihan raya umum ke-12 yang baru 
lalu.

 
 Pemberian geran hak kekal ini juga menandakan keprihatinan Kerajaan Pakatan 
Rakyat terhadap masalah yang dihadapi rakyat di negeri ini, kerana itu sebagai 
Kerajaan Pakatan Rakyat semestinya keutamaan akan diberikan kepada rakyat 
terutama menyelesaikan apa juga masalah yang selama ini membelenggu dan 
membebankan mereka.

 
"Selama lebih 50 tahun berada di bawah pemerintahan BN, penduduk kampung 
tersusun dan kampung baru yang tidak mempunyai geran hak kekal, mereka hampir 
kecewa dan putus asa untuk mendapatkan geran hak milik, Kerajaan Pakatan Rakyat 
melihat masalah ini perlu diselesaikan segera kerana itu kerajaan yang baru ini 
membuat keputusan memberikan geran hak milik kekal kepada mereka,"jelasnya.

 
"Terimalah berita gembira ini dari Kerajaan Pakatan Rakyat sebagai satu 
'hadiah' di atas kesabaran mereka menunggu begitu lama untuk mendapatkan geran 
hak milik kekal," ujarnya.

 
Sementara itui Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming mengucapkan terima kasih kepada 
Menteri Besar dan Kerajaan Pakatan Rakyat yang begitu prihatin terhadap masalah 
yang dihadapi oleh rakyat terutama penduduk di kampung tersusun dan kampung 
baru.

 
"Penduduk di kampung baru telah mendiami kawasan itu sejak tahun 1948 lagi 
semasa negara menghadapi serangan dan anasir komunis, mereka cuma memperolehi 
tanah kediaman bertaraf tol , mereka telah memohon begitu lama untuk 
mendapatkan geran hak milik tetapi Kerajaan BN tidak memberikannya.

 
"Kini sudah 60 tahun mereka menanti geran hak milik kekal, keputusan yang tepat 
yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pastinya melegakan dan menggembirakan 
mereka kerana penantian selama 60 tahun kini telah berakhir,"ujar beliau. - 
mks. 



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
You rock. That's why Blockbuster's offering you one month of Blockbuster Total 
Access, No Cost.

Kirim email ke