(Pimpinan PR, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)




BuletinOnline
      ‘Kertas Putih’ untuk Monsoon Cup                                          
                                                                                
  Ditulis oleh Editor                                        Friday, 04 April 
2008                       
    Kesediaan Dato’ Ahmad Said untuk mengkaji semula perlaksanaan projek-projek 
besar di Terengganu di alu-alukan oleh semua pihak samada UMNO atau PAS. 

 
 Namun, ramai yang berharap bahawa kerajaan dapat betindak lebih dari hanya 
membuat kajian.
 
 Setelah empat tahun pemerintahan UMNO/BN dibawah kepimpinan Idris Jusoh, 
keadaan hidup rakyat tidak banyak berubah, walaupun bekas Menteri Besar 
tersebut acapkali mendakwa banyak perubahan berlaku.
 
 Ya, memang ada perubahan, tetapi perubahan fizikal iaitu pembangunan 
projek-projek besar sebagaimana yang dinyatakan akan dikaji semula oleh Menteri 
Besar yang baru.
  
 Rakyat tidak rasa terkilan dengan pembinaan lebuhraya, pembesaran lapangan 
terbang dan kompleks sukan walaupun harganya ratusan juta.
 
 Lebuhraya, lapangan terbang dan kompleks sukan adalah ketiga-tiga projek yang 
sudah dilancarkan seblum tahun 1999.
   
  Namun apabila rakyat memilih PAS untuk menerajui pemerintahan negeri 
Terengganu pada tahun 1999, kerajaan pusat telah menangguhkan projek-projek 
tersebut.


    Fakta yang mengatakan kerajaan yang ditadbir oleh PAS tidak mahu 
melaksanakannya ketiga-tiga projek tersebut kerana dianggap membazir adalah 
tidak betul.
 
 Berkali-kali, Tuan Haji Yahaya Ali selaku Exco infrastruktur mengadakan 
pertemuan dengan (arwah) Menteri Kerja Raya bagi merundingkan dan membincangkan 
supaya pembinaan lebuhraya dimulakan segera.


 Bagaimana pun sikap ‘sorong papan tarik papan’ dan akhirnya ‘tarik terus’ 
kerajaan pusat memang telah menjadi lumrah, apabila sesebuah kerajaan negeri 
ditadbir oleh parti politik yang berlainan dengan kerajaan pusat. 

  Kerajaan Sabah yang dikuasai oleh PBS pernah mengalami konspirasi yang sama.
 
 Justeru, semua rakyat masih ingat dan tidak akan lupa, bukan sahaja 
projek-projek besar, lebuhraya, lapangan terbang dan kompleks sukan dihentikan, 
malah royalti minyak di’silapmata’ kan menjadi wang ehsan.
 
 Walau bagaimanapun, Monsoon Cup, pembangunan Pulau Duyong, Masjid Kristal dan 
Pulau Wan Man tidak termasuk didalam projek-projek besar yang telah dirancang 
kerajaan persekutuan.
   
  Umum telah mengetahui bahawa Monsoon Cup, Pulau Duyong, Masjid Kristal, Pulau 
Wan Man adalah projek ‘mee segera’ ratusan juta ringgit, konspirasi kewangan 
kelompok elit kepimpinan UMNO/BN negeri Terengganu dan kerajaan pusat.
 
 Menteri Besar yang baru tidak termasuk dalam kelompok elit tersebut, dengan 
itu Dato’ Ahmad Said tidak perlu mempertahankan perlaksanaannya.
 
 ’Mood’ rakyat yang juga bersamaan(secara kebetulan) dengan ‘mood’ MPPR serta 
pihak istana menolak bekas Menteri Besar Idris Jusoh atas perkara yang sama.
 
 Perbelanjaan RM300 juta untuk Monsoon Cup adalah dari Dana Khas 
Persektuan/Wang Ehsan = duit royalti petroleum.  


 
 Begitu juga ratusan juta yang dibelanjakan membina Masjid Kristal dan 21 buah 
monument/replika di Pulau Wan Man.
   
  Duit royalti petroleum adalah hak rakyat Terengganu, bukan hak Idris Jusoh 
atau Abdullah Ahmad Badawi atau hak Patrick Lim.
 
 Sekiranya pembangunan tersebut dibelanjakan dari sumber perbendaharaan 
kerajaan pusat, mungkin rakyat dan istana tidak hairan, walaupun ia juga 
‘pitih’ rakyat hasil yang kutipan cukai.
  
 Cuba kita bandingkan nilai RM 300 juta dngan apa yang boleh kerajaan lakukan 
dengan wang sebanyak itu
 
 Dalam masa empat tahun, rakyat akan lebih mendapat manfaat dengan RM 300 juta 
yang dicurahkan untuk Monsoon Cup.
  
 Dengan duit sebanyak itu dapat membangunkan negeri Terengganu dengan salah 
satu projek dibawah;


  
 - sebanyak 6,667 buah rumah kos rendah dapat didirikan untuk rakyat Terengganu

 
  - 100,000 ekar ladang kelapa sawit baru boleh dibuka

 
  - sebanyak 3 buah hospital yang memberikan khidmat kepada 750,000 orang dapat 
dibina


  - dapat membina 100 buah masjid yang dapat menampung 50,000 jamaah

 
  - dapat membina 43 buah sekolah menampung 35,000 pelajar


 - membina 30 buah sekolah menengah uang menampung 30,000 pelajr


  - membina 20 kolej komuniti bagi 6.000 bakal siswa/siswi


 - 3,000 km jalan keseluruh pelusuk negeri Terengganu


  - membina 3,000 padang bola atau gelanggan Futsal bagi kegunaan 120,000 belia


  - dapat memberikan biasiswa kepada 3,750 siswa dengan kadar RM20,000 seorang 
setahun!
   
  Alangkah banyak RM 300 juta itu! Dan itu hanya belanja yang dikhabarkan untuk 
Monsoon Cup, tidak termasuk pembangunan Pulau Duyong, Masjid Kristal dan Pulau 
Wan Man.
 
 Kalau dicampur semuanya, maka, Terengganu benar-benar menajdi sebuah negeri 
yang terkehadapan.
 
 Namun begitu, kedegilan pimpinan elit UMNO/BN yang pastinya mengambil 
kesempatan atas pitih royalty yang banyak, tidak menghiraukan samasekali 
keluhan dan sungutan rakyat.
   
  Rakyat Terengganu tidak perlukan Monsoon Cup. Jika tidak percaya, Menteri 
Besar yang baru boleh turun dari Teluk Kalong dan pergi ke perkampungan nelayan 
di Kuala Kemaman. 

 
 Tanya nelayan disitu, adakah mereka perlu kepada Monsoon Cup? Apakah faedah 
kepada mereka Masjid Kristal?
 
 Atau Ahmad Said boleh singgah di Kuala Setiu, para nelayan disitu.
   
 Terlalu banyak keraguan dan fakta yang disembunyikan dalam projek Monsoon Cup 
dan Masjid Kristal. 
  
 Sehingga kini, walaupun diperkatakan kosnya adalah RM 300 juta untuk Monsoon 
Cup dan RM 300 juta lagi untuk Masjid Kristal, hakikat pebelajaan sebenarnya, 
tiada siapa yang tahu, walaupun Dato’ Ahmad Said sendiri!
 
 Banyak fakta yang di lencongkan bagi membuat satu justifikasi, Monsoon Cup dan 
Masjid Kristal baik untuk anda dan baik untuk semua.


    Sebagai contoh maklumat yang dikeluarkan oleh Brand Advatage, yang di upah 
oleh T-Best Event untuk membuat laporan justifikasi bahawa Monsoon Cup 
dikatakan sebagai satu projek yang untung.
 
 Antara laporannya adalah berkenaan kehadiran langsung, penonton atau hadirin 
semasa Monsoon Cup 2006. Lapaorannya menyebut seperti dibawah:
 
 ”Monsoon Cup attendance has been estimated and broken down into the following 
segments by T-Best Events and Brand Advantage; 
   
  • The Corporate Sailing weekend prior to the event in Terengganu: 200 
persons. 
   
  • Wednesday Opening Ceremony: Opening Ceremony at Pulau Duyong and Street 
Parade at Shah Bandar. Total: 3,000 persons. 
   
  • Thursday venue numbers at Pulau Duyong including Expo: 1,000 persons. 
   
  • Friday venue numbers at Pulau Duyong including Expo: 1,000 persons. 
   
  • Saturday venue numbers at Pulau Duyong including Expo: 2,000 persons
  • Saturday night Pride Dinner and George Benson concert: 750 guests and 
others watching at the site. Total: 1,500 persons. 
   
  • Saturday city public concert at Shah Bandar: Total: 20,000 persons. 
   
  • Sunday and Finals venue numbers including Awards Ceremony. Both Pulau 
Duyong and Shah Bandar venues Total: 5,000 persons. 
   
  Total for all Monsoon Cup 2006 venues over the period of the event: 33,700 
persons

 
  This represents a 35% increase over last year's attendance estimate of 
25,000, or 8,700 additional persons. In the future it is recommended that a 
formal count be done of event attendees as these figures represented above are 
a conservative estimation.

 
    
 Kaedah pengiraan pengunjung atau hadirin yang sangat tipu ! 

 
 Dengan kaedah ini, pasti orang yang lalu lalang di Shah Bandar sewaktu 
pembukaan rasmi, dimasukkan sebagai penonton Monsoon Cup ! 

 
 Dari laporan BrandAdvatage inilah telah diisytiharkan oleh Bekas Menteri Besar 
Idris Jusoh bahawa Monsoon Cup menjana RM315 juta! Masihkah kau ingat !
 
 Tanpa ada penyata kira-kira atau akaun yang disahkan oleh Ketua Audit Negara 
atau mana-mana badan akauntan professional. 

 
 Perihal sumber kewangan yang membiayai Monsoon Cup ini juga pernah ditanya di 
dalam Dewan Undangan Negeri. 

 
 Dato’ Harun Taib, ADUN Manir mempersoalkan dari mana sumber tersebut, lalu 
dijawab oleh bekas ADUN Ladang, ianya bukan sumber kerajaan, ianya ditaja oleh 
badan-badan koperat?
 
 Oleh yang demikian, Menteri Besar yang baru, Dato’ Ahmad Said mesti menjauhkan 
diri dari semua konspirasi ini. 



  Bukan hanya janji untuk mengkaji semula projek-projek besar, namun mestilah 
dikeluarkan satu ‘Kertas Putih’ hasil kajian dan siasatan menyeluruh projek 
Monsoon Cup yang terbukti tidak memberikan manfaat yang banyak kepada rakyat 
Terengganu !
 
 Bacaan berkaitan :
 
 SEDC beli 10 kapal layar Monsoon Cup, guna RM14 juta duit rakyat
 Terengganuku: Isu Piala Monsun


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
You rock. That's why Blockbuster's offering you one month of Blockbuster Total 
Access, No Cost.

Kirim email ke