Chow Kit digempur!Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim KUALA LUMPUR: Ratusan peniaga haram warga asing yang sebelum ini didakwa 'menjajah' tapak niaga di Chow Kit di sini, bertempiaran lari meninggalkan gerai sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, semalam.
Kawasan yang menjadi lubuk warga asing itu digempur pihak berkuasa menyebabkan lebih 550 daripada mereka diperiksa dalam operasi bersepadu awal pagi semalam. Operasi bermula jam 12.15 tengah malam dan berakhir kira-kira jam 2 pagi itu membabitkan empat agensi - Rela Dang Wangi, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3). Ketua Operasi, Lt Kol (Rela) Johan Ali, berkata pihaknya dengan kekuatan 100 anggota bersama pegawai menggempur lokasi yang dikenal pasti menjadi tumpuan warga asing berniaga terutama gerai menjual sayur dan buah-buahan. "Chow Kit dijadikan sasaran utama berdasarkan aduan yang diterima daripada orang awam dan laporan dikeluarkan media mengenai kebanjiran warga asing di sekitar kawasan terbabit. "Pihak kami mendapati perniagaan di sini rata-ratanya dimonopoli warga asing, malah penduduk tempatan sentiasa berada dalam keadaan tidak senang duduk," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam. Katanya, ada segelintir warga asing cuba melepaskan diri ketika serbuan dilakukan namun semua mereka diberkas untuk pemeriksaan lanjut. Selepas pemeriksaan dilakukan, pihaknya menahan 120 warga asing atas pelbagai kesalahan seperti tiada dokumen perjalanan yang sah, visa atau permit tamat tempoh dan salah guna dokumen. -- "WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!" "Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka selidikilah kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).
