Buku Sulung Saifulislam @ Ustaz Hasrizal
AKU TERIMA NIKAHNYA

"Segala puji bagi Allah!", saya mengurut dada.
Setelah lebih sedekad menulis dan menulis, akhirnya
impian untuk melihat sebuah buku terhasil tercapai
jua. Terima kasih kepada Galeri Ilmu dan Majalah ANIS
yang telah mengusahakan penerbitan buku pertama saya
"AKU TERIMA NIKAHNYA". 

Buku pertama saya, adalah sebuah buku tentang
rumahtangga, kerana perjuangan dan cita-cita besar
saya terhadap ummah, bermula dengan perjuangan serta
cita-cita saya di dalam rumahtangga.

Terimalah buku ini sebagai buah tangan saya buat para
pembaca budiman di saifulislam. com yang tidak
serik-serik memberikan komen untuk saya terus mencari
awan dengan kaki yang kekal berpijak di bumi
kenyataan. Sebagaimana buku ini merakamkan pengalaman
saya mencari bahagia dan damai di dalam rumahtangga,
mudah-mudahan dapat juga menyuntik kebahagiaan yang
sama kepada pembaca.

Insya Allah buku AKU TERIMA NIKAHNYA ini akan mula
dijual di booth Galeri Ilmu (Gerai nombor 5) di Pesta
Buku Antarabangsa PWTC esok (5hb April 2008). Buku
dijual dengan harga RM20.90. Diskaun 15% istimewa
untuk pembeli di sepanjang Pesta Buku kali ini.
Bagi pembaca di dalam atau luar negara yang berhajat
untuk mendapatkan buku ini secara pos, saya dengan
rasa rendah dirinya mencadangkan supaya anda
mendapatkan bantuan melalui sahabat masing-masing
kerana saya tidak berkapasiti untuk melakukannya
sendiri. Sekurang-kurangnya buat masa ini.

Sesi bersama penulis pula akan diadakan pada jam 2:30
petang 12hbApril 2008. Temui saya di sana pada tarikh
itu, Insya Allah.

Tarikh lain?

Saya akan menjenguk-jenguk ke sana, pada kelapangan
masa yang ada, Insya Allah.
ABU SAIF @ www.saifulislam. com
56000 Kuala Lumpur
[input] [input] [input] [input] [input] [input]
[input] [1] ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Alami nikmat
menjadi pemberi, biar pun hanya secawan kopi. Terima
kasih 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke