saya bersetuju dgn pandangan saudara dan mmg tepatlah
ape yang dicadangkan oleh pemerintah selangor yg
baru... sebelum ini pihak umno pon buat dont know je
pasal bende ni dan dibiarkan rakyat yang terseksa..
media pulak cari pasal tanpa berpikir panjang..
belajar tinggi2 tapi otak letak kt lutut..mintak maaf
cakap.. 

mengenai air kumbahan sebenarnya boleh dirawat..saya
pon dulu pernah jugak bekerja disyarikat pembuatan
senjata di selangor.. air utk mencuci senjata juga ade
alkali & asid yang pada sukatannya amat tinggi..klu
tekena kulit anda bayangkan boleh menyebabkan
berlubang cthnya alkali laa yang paling ketara...

kita panggil proses ni 'water waste treatment' air yg
disalurkan mestilah dalam sukatan yg ditetapkan
(NEUTRAL) serta selamat, malah boleh diminum tanpa
ragu2...sebenarnya cara WWT ni tak rumit cuma dia ade
bahan chemical yg diperlukan.... saya sendiri pernah
try menggunakannya ke atas air rawatan tersebut... air
yg mengalir keluar adalah air putih bersih... klu
dilihat mikroskop mmg takde bahan terasing pon...clean
water...rasa air paip laa

sekian,
MANSTIR

--- "Topeng Perak"@yahoo.com wrote:

> *Apa Masalahnya Dengan Ladang Babi Di Selangor ???*
> Posted on Tuesday, April 08 @ 13:54:31 MYT by
>
greenboc<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=8650>
> [image: Analisis
>
Isu]<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&new_topic=5>
> Oleh
>
*muhandis_islam*<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Your_Account&op=userinfo&username=muhandis_islam>
> 
> "*[image: a]Baru-baru ini Kerajaan Negeri Selangor
> telah bercadang (belum
> diluluskan) untuk membina sebuah ladang penternakan
> babi moden berpusat di
> daerah Sepang, Selangor. Projek yang bernilai RM100
> Juta itu akan dibiayai
> oleh pelabur tempatan serta bermatlamat untuk
> menyediakan kawasan
> penternakan babi untuk pasaran tempatan di samping
> dapat mengatasi
> masalah-masalah yang berlaku dalam penternakan
> secara konvensional sekarang.
> *
> Namun, apa yang kita dapati, walaupun baru sehari
> cadangan itu diumumkan,
> media-media haprak (Utusan & Berita Harian) telah
> memainkan & memutar
> belitkan isu ini dengan baik sekali. Bermula dengan
> reaksi dari Ahli
> Parlimen Sepang, kemudian disusuli dengan komen NGO
> pengguna serta orang
> ramai (rujuk Utusan bertarikh 8 April).
> Ternyata & semestinya komen yang diberikan adalah
> menjurus ke arah negatif.
> Kononnya kerajaan negeri tak sensitif dengan
> kehendak rakyat, akan
> menyebabkan pencemaran pada sumber air dan lain-lain
> lagi. Cuma di sini saya
> ingin memberi pandangan tentang isu ladang ternakan
> babi ini berdasarkan
> perpektif peribadi serta pengetahuan yang ada.
> 
> Pertama, saya yakin Menteri Besar Selangor, Tan Sri
> Khalid tidak akan
> 'menjerat diri' sendiri bila memaklumkan cadangan
> ini. Saya juga yakin yang
> perkara ini telah dibincangkan secara bersama di
> kalangan exco kerajaan
> negeri. Dan juga semestinya keputusan ini bukanlah
> atas paksaan DAP kerana
> di Selangor, PKR yang memenangi kerusi terbanyak.
> Mungkin kalau di Perak,
> bolehlah andaian sedemikian dikatakan. Apa yang
> dapat dilihat, sebenarnya
> cadangan mewujudkan ladang ini banyak memberikan
> kesan yang baik. Ini kerana
> buat masa ini, ladang-ladang babi di selangor
> terletak di merata-rata tempat
> dan 100% menggunakan kaedah konvensional. Oleh itu,
> dengan mewujudkan ladang
> ternakan berpusat, pemantauan lebih mudah dilakukan
> dari aspek kesan
> persekitaran & kesihatan. Lagipun, saya difahamkan
> yang babi yang diternak
> bukanlah untuk tujuan eksport. So, tak sepatutnya
> timbul wujudnya ladang
> babi terbesar di Asia Tenggara seperti di Melaka.
> Apa yang media-media
> haprak ini cuba timbulkan tidak lebih dari
> mewujudkan suasana tidak selesa
> dari segi hubungan antara kaum.
> 
> Kedua, Islam sendiri tidak pernah melarang orang
> bukan Islam untuk menternak
> atau makan babi. So, sekiranya seseorang yang
> mengaku dirinya Islam, perlu
> sedar dalam hal ni & tak perlu menunjuk 'hero' dalam
> nak memberikan komen.
> Kelak ditakuti akan memburukkan imej Islam itu
> sendiri. Bagi saya, hanya
> orang yang letakkan Melayu no. 1 & Isl;am no. 2 jer
> yang akan bagi kenyataan
> yang negatif. Perlu diingat, *BABI HANYA HARAM
> DIMAKAN OLEH ORANG ISLAM*.
> Jadi, jangan kerana nak menegakkan kepentingan
> peribadi, kita cuba nak
> menafikan hak orang lain. Lagipun, saya yakin yang
> YB Dr. Hassan Ali akan
> membantu memberikan garis panduan yang jelas dalam
> pembinaan ladang ini agar
> ianya tidak menyentuh sensitiviti masyarakat Islam
> di Selangor. So, berilah
> kepercayaan kepada pemimpin yang telah kita pilih
> ini.
> 
> Ketiga, saya berpengalaman dalam bidang water
> treatment & wastewater
> treatment walaupun tak lama berkecimpung dalam
> bidang tersebut. Apa yang
> saya dapati, memang benar, najis kumbahan babi
> merupakan agen penyebab
> pencemaran sungai & ternakan secara konvensional
> memang merupakan penyumbang
> utama kerana biasanya, mereka akan terus mengalirkan
> kumbahan tersebut
> kedalam saliran yang bersambung ke dalam sungai.
> Sekiranya ada kolam rawatan
> sekalipun, biasanya ianya tidak diselenggara dengan
> baik dan sekiranya
> berlaku hujan, berlaku limpahan dari kolam tersebut
> yang akhirnya terus
> mengalir ke dalam sungai. Namun begitu, dengan
> teknologi yang ada sekarang,
> Najis kumbahan babi boleh dirawat & air yang
> dialirkan ke sungai juga boleh
> dijamin kebersihannya. Banyak kaedah rawatan yang
> boleh digunakan bagi
> memastikan kadar BOD, COD & TOC dalam air berada
> pada paras yang dibenarkan.
> Saya pernah melihat sendiri satu kajian yang dibuat
> oleh syarikat anak
> tempatan (maaf terlupa nama syarikat tersebut) ke
> atas sebuah ladang
> ternakan babi di Melaka menggunakan produk mereka.
> Hasilnya, memang terbukti
> najis kumbahan babi boleh dirawat sepenuhnya tanpa
> mencemarkan alam sekitar.
> Oleh itu, saya yakin dengan pelaburan sebanyak RM100
> Juta, satu sistem
> rawatan kumbahan yang efektif dan berkesan mampu
> dibina dan dilaksanakan di
> kawasan tersebut.
> 
> Mungkin itu sekadar pandangan dari saya yang mampu
> diberikan. Apa pun,
> sebelum kita memberi komen, pastikanlah komen kita
> berlandaskan fakta-fakta
> dan bukan sekadar atas kehendak emosi semata-mata.
> Jangan terpedaya dengan
> dengan mainan politik murahan BN & media-media
> haprak yang akan sentiasa
> 'menyerang minda' masyarakat dengan dakyah-dakyah
> negatif berkaitan kerajaan
> negeri Pakatan Rakyat.
> 
> 
> -- 
> "WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU
> MENCUBA JADI TUHAN
> DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU
> MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
> UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG
> SEJATI.BUKANKAH KITA
> MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU
> DAN BANGSA-BANGSA YANG
> PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING
> MENGENAL DAN
> MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN
> BERPERANG ANGKAT SENJATA!"
> 
> "Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada
> kamu sesuatu berita,maka
> selidikilah kebenarannya,supaya kamu tidak
> menimpakan sesuatu kaum dengan
> perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan
> kamu ( mengenainya )
> sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu
> lakukan." (
> al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).
> 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke