*Perjanjian Pankor : Satu Coretan Nakal*
Posted on Thursday, April 10 @ 08:46:03 MYT by
greenboc<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=8714>
[image: Artikel
Pendek]<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&new_topic=29>
Oleh
*alhusseyn*<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Your_Account&op=userinfo&username=alhusseyn>

"[image: a]
BN kini cuba memburuk-burukkan PAS Perak dengan menyebarkan fitnah kepada
rakyat Perak, kononnya PAS Perak ada perjanjian rahsia dengan DAP berkaitan
isu perlantikan Menteri Besar Perak. Ramai juga ahli PAS yang terpengaruh
dengan fitnah ini seperti penulis blog ~Penarik Beca~. Tuduhan ini
dilemparkan untuk memburuk-burukkan PAS Perak dan supaya pakatan rakyat di
Perak tumbang menyembang bumi. Ini lah kerja jahat UMNO


Demikian nota secebis yang dinukil oleh
~Maruz~<http://kamarulz.blogspot.com/2008/04/kisah-pembentukan-kerajaan-perak-yang.html%20.>

Perhatikan pula para berikut yang ditulis ~Maruz~ :

*4. PERSETUJUAN AWAL PAS PERAK, DAP PERAK & PKR PERAK* - Pada malam
keputusan pilihanraya umum dikeluarkan di mana BN gagal memperoleh majoriti
mudah bagi membentuk kerajaan, Barisan Rakyat Perak (DAP-PAS-PKR) telah
bersetuju untuk membentuk kerajaan campuran dan kesemua parti (DAP Perak,
PAS Perak dan PKR Perak) bersetuju untuk memilih Ir. Muhammad Nizar
Jamaluddin (SU Badan Perhubungan PAS Perak yang juga ADUN Pasir Panjang)
sebagai calon Menteri Besar Perak sebelum mendapat nasihat daripada pimpinan
pusat parti masing-masing.

Tulisan sahabat saya  ~Penarik
Beca~<http://penarikbeca.blogspot.com/2008/04/saya-tidak-bangga-menjadi-orang-perak.html>adalah
jelas bersumberkan  para (4) diatas yang ditulis oleh ~Maruz~ seperti
apa yang diperakukannya sendiri.

Dengan hanya bersumberkan para (4) tersebut, maka terciptalah oleh sahabat
saya ~Penarik Beca~ istilah ~Perjanjian Pangkor~

Persoalannya : Adakah benar wujudnya ~Perjanjian Pangkor~ tersebut? Inilah
pokok bicaranya.

Apa benarkah PAS Perak sangat 'jakun dengan sedikit kuasa' sehingga
menyebabkan pimpinan pusat 'ternganga-nganga' dan 'beberapa orang dari
mereka naik angin' apabila mendapat tahu tentang perjanjian penuh petaka
itu?
Lagi sekali, persoalannya : Adakah benar wujudnya ~Perjanjian Pangkor~
tersebut? Inilah pokok bicaranya.

Sahabat saya ~Penarik Beca~
disini<http://penarikbeca.blogspot.com/2008/04/dari-hidup-bercerminkan-bangkai.html%C2%A0>sendiri
mengakui tidak mengetahui tentang apa benda isinya  ~Perjanjian
Pangkor~ istilah yang dia sendiri yang mencipatanya. Lihat perakuannya
berikut :

*Mengenai "Penjanjian Pangkor", apa pula kandungannya? Saya tidak tahu dan
jutaan ahli dan penyokong PAS yang lain juga tidak tahu. Sumber dari kampung
saya di Taiping memberitahu, beliau dimaklumkan bahawa dalam perjanjian itu
terdapat perkataan yang sangat menyinggung perasaannya. Perkataan itu ialah
"undertake". *

Lagi sekali, persoalannya: Adakah benar wujudnya ~Perjanjian Pangkor~
tersebut? Inilah pokok bicaranya.

Kewujudan ~Perjanjian Pangkor~ seperti apa yang didakwa adalah lebih kepada
andaian ~Penarik Beca~, kerana beliau sendiri tidak mampu menyakinkan
sesiapa pun selain hanya menimbulkan keraguan beberapa ahli PAS lantaran
beliau mengaitkannya dengan 'pimpinan pusat yang naik angin'.

Siapa yang naik angin? Tidak pula beliau nyatakan.Mengapa pemikiran kita
cuba dikaburi dengan persoalan tersebut ?

Sebagai penulis yang sudah lama established dan berpengalaman luas, beliau
sepatutnya melakukan sedikit research. Ah! beliau bukan tidak ada kekawan di
Ipoh ni.Bukan tidak boleh singgah kalau balik Matang atau Taiping! Ipoh dari
Greenwood bukan jauh sangat ; Dan boleh *'face to face' *dengan Nizar tak
kan tak sanggup bersemuka sesame orang kita *in search of the truth?
*

Kalau sungguh Nizar dan kepimpinan PAS Perak  terlalu *geraguk* nak 'kuasa'
hingga terpaksa membuat 'Perjanjian Pangkor' , alahai, bukankah lebih baik
mereka menerima tawaran Umno/BN yang  mempunyai 27 wakil daripada orang
Melayu dan hanya 1 daripada bukan Melayu?Dan tidak perlu kepada Perjanjian
Pangkor kerana Umno/BN sudah lama isytiharkan Malaysia sebuah negara Islam!

Malah Umno /BN , khabarnya , melalui Mufti Perak sanggup menyerahkan jawatan
Menteri Besar dan 4 kerusi Exco dan Speaker DUN Perak kepada PAS sebagai
balasan untuk bersetuju berpakat dengan UMNO bagi membentuk kerajaan di
Perak.

Dan saya rasa , tawaran BN/Umno tidak berhenti setakad itu sahaja. Dan kalau
Nizar bersama pemimpin PAS Perak  umpama 'Limau Purut Enam Serangkai- buta
perut tak ada akai' tentu kita semua menjadi 'pengkor'.

Saya percaya , sahabat saya, Penarik Beca bukan jenis 'limau purut yang
berangakai' cuma coretannya agak 'nakai' sikit!

-- 
"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka
selidikilah kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan
perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya )
sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (
al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Kirim email ke