Najis anjing lebih tinggi nilai haramnya dari najis babi  [image:
Cetak]<http://klpos.com/v2/index2.php?option=com_content&task=view&id=1038&pop=1&page=0>
 [image:
E-mail]<http://klpos.com/v2/index2.php?option=com_content&task=emailform&id=1038&itemid=99999999>
  Oleh Mohd Sayuti Omar
  Khamis, 10 April 2008

*MULANYA* saya tidak mahu peduli cerita mengenai Kerajaan Selangor
menyediakan peruntukan RM100 juta untuk menguruskan ladang babi secara
bersepadu dan bersistemetik. Apalah sangat istimewanya si babi itu? Haiwan
berkaki empat dan berbadan pendek itu tidak peru dipolimekkan.


 Adapun kenapa ia menjadi bising ialah kerana babi dianggap najis dalam
Islam. Sebenarnya najis babi atau pengharaman babi berbanding dengan anjing,
anjing lebih tinggi nilai haramnya.

 Pun begitu yang jelasnya menternak babi lebih menguntung dan mempunyai
pasaran dan permintan meluas berbanding dengan menternak kambing Jamnapari.
Kerajaan Kelantan sudah ada pengalaman dalam hal ini 'kambing mengambing'
ini.

Adapun kenapa ia menjadi bising ialah kerana babi dianggap najis dalam
Islam. Sebenarnya najis babi atau pengharaman babi berbanding dengan anjing,
anjing lebih tinggi nilai haramnya.

Menurut Ustaz Ibrahim Azmi, bekas ahli Parlimen Hulu Nerus Terengganu dan
bekas ahli pemikiran Jabatan Penerangan Khas Umno (Jack) (sudah
dimansuhkan), kedudukan najis babi tidak sampai perlu disamak dan disucikan
seperti najis anjing.

Menurutnya najis babi, sekadar dibersih dan disabunkan sudah kira selesai.

Pendapat ini tentu menimbulkan kontroversi. Kerana dalam pemikiran orang
Islam Malaysia standard najis babi sama dengan anjing. Apa lagi jika diukur
kepada bentuk dan rupa paras binatang berkenaan, babi lebih huduh berbanding
dengan anjing.

Untuk mengsahkan ini adalah elok kalau Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
memberi pandanganya dari sudut Fikh dan Tasauf.

Saya percaya kalau Nik Aziz membuat penjelasan mengenai standard najis
anjing dan babi ini ia boleh menyelesaikan sedikit masalah. Lagipun Nik Aziz
sendiri turut prihatin kepada nasib penternak babi di Bukit Pelanduk Melaka
tidak lama dulu.

*Menyatakan simpati*


 Menurut Ustaz Ibrahim Azmi, bekas ahli Parlimen Hulu Nerus Terengganu dan
bekas ahli pemikiran Jabatan Penerangan Khas Umno (Jack) (sudah
dimansuhkan), kedudukan najis babi tidak sampai perlu disamak dan disucikan
seperti najis anjing. Menurutnya najis babi, sekadar dibersih dan disabunkan
sudah kira selesai.

 Apakah kesudian Nik Aziz (untuk menyatakan simpati kepada penternak babi di
Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan tidak lama dulu) melawat penternak itu
kerana standard najisnya lebih rendah berbanding anjing seperti mana kata
Ustaz Ibrahim Azmi yang berkelulusan Umu Qura, Arab Saudi itu.

Berhubung dengan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk membina ladang
ternakan babi moden di Selangor itu, MB Selangor, Khalid Ibrahim sudah
menjelaskannya.

Katanya tujuan pembukaan ladang itu ialah untuk menyelesaikan masalah yang
timbul di sebalik pemeliharaan ternakan berkenaan. Ladang moden itu yang
lengkap dengan segala peralatan untuk kumbahan najis babi.

Menerusi sistem yang akan digunapakai di ladang berkenaan najis dan air
kencing babi akan diproses semula dan dimanfaatkan.

Bau busuk yang menjadi ancaman kepada alam sekitar tidak akan berbangkit
lagi. Dalam erti kata lain ladang itu bersifat mesra alam.

Seharusnya cadangan Khalid itu perlu dipuji. Bukan saja hanya kerajaan
Pakatan yang meluluskan maka ia perlu dipuji, tetapi kalau Kerajaan BN atau
Umno buat juga dengan matlamat dan tujuan sama ia juga perlu disokong.

Khalid nampaknya kurang berani ketika mengulas mengenai langkah yang diambil
kerajaan yang dipimpinnya itu.


 Saya percaya kalau Nik Aziz membuat penjelasan mengenai standard najis
anjing dan babi ini ia boleh menyelesaikan sedikit masalah. Lagipun Nik Aziz
sendiri turut prihatin kepada nasib penternak babi di Bukit Pelanduk Melaka
tidak lama dulu.

  Beliau bersandarkan kepada bekas MB Mohamad Khir Toyo, katanya projek itu
diluluskan semasa Khir Toyo menjadi MB 30 Januari tahun lalu.

Sebenarnya Khalid tidak perlu takut dengan projek itu. Beliau harus
bertanggungjawab dan perlu merasakan suatu kejayaan kerana dapat
menyelesaikan masalah penternakan babi yang bertele-tele sejak berpuluh
tahun lalu.

Soal kenapa ia diutamakan berbanding isu lain, mungkin kerana isu babi ini
sangat mendesak!

Apa hendak takut dan bimbang babi ia juga makhluk Allah s.w.t. Terserah
kepada kebijaksanaan akal dan ketinggian ilmu manusia untuk menguruskannya.

Sekiranya tahi dan air kencing babi bahaya, tetapi mengapa masih ada benda
lain yang lebih bahaya tetapi boleh ditangani dengan baik.

*Nyawa manusia*

Misalnya bahan nuklear, radio aktif dan bahan kimia lain merupakan ancaman
kepada nyawa manusia.

Namun kerana bijaksana dan kreativiti manusia ia dapat diatur dan disusun
dengan baik boleh digunakan untuk manfaat kehidupan manusia dan tidak
merbahaya.

Cuba masalah babi tadi diatur dengan bijaksana dan berhikmah dan menerima
ianya suatu 'anugerah' Allah yang ada hikmat dan rahmatnya.

Misalnya kadang babi itu dilengkap dengan aircon dan alat memproseskan
semula bahan kumbuhnya disuling kemudian menjadi air biasa. Kalau ini boleh
dilakukan boleh pula air itu di eksport ke Singapura.

Bukankah Lee Kuen Yu pernah minum air kencing yang disuling!

Itu semua memerlukan kecanggihan dan kebijaksanaan akal yang melampau, kita
tidak boleh menafikan kewujudan babi dan manfaatnya oleh mereka tertentu.
Bagi penternak kerja itu adalah mata pencarian mereka yang sukar untuk
ditukar ganti.

Sikap penternak babi dalam hal ini sama dengan sikap penamam tembakau di
Bachok, Kelantan. Mereka sama sekali tidak akan menukaran penamaan tembakau
dengan jenis tanaman lain.

Berilah pohon debu, karas, ubi kayu dan sebagainya mereka tetap mahukan
tembakau.

Kenapa dan apa sebanaya, kerana tembakau itu sudah sebati dengan mereka dan
menguntungkan. Soal ianya makruh atau bahaya kepada kesihatan perlu
dipedulikan.

Yang penting dapat membuat wang daripadanya. Maka demikian juga dengan
penternak babi itu mereka sudah turun temurun terlibat dalam industri
berkenaan. Di situlah periok nasi mereka.

Jadi isu babi adalah isu hak asasi manusia yang tidak boleh dinafikan. Cuma
apa yang menjadi masalah cara menguruskannya, perlu ada disiplin dan
mengikuti piawai dunia.

Kalau semua itu boleh diatur babi tidak ada menjadi masalah sebaliknya
menjadi bahan komoditi baru kepada negara. Kehadirannya akan menjadi lebih
kurang sama dengan wujudnya najis di dalam perut kita!

Hentikan berpolemik soal babi dan langkah Kerajaan Selangor itu patut
dilihat positif untuk kesejahteraan umum. Lebih baik semuanya pandang ke
depan melihat masa depan bangsa dan negara yang lebih penting dari isu-isu
menggeliakan seperti babi itu. Jangan bazirkan masa anda!
*Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan
pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia
awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku
politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah
buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi
dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam
Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di **
msomelayu.blogspot.com* <http://www.msomelayu.blogspot.com/>* - Pengarang*
-- 
"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka
selidikilah kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan
perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya )
sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (
al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Kirim email ke