Subject: Spam Wilayah pembangunan Iskandar(WPI) = WilayahPembangunan Singapore?




Petikan dari weblog  http://wilayahpemba ngunaniskandar. wordpress. com/

Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) = Wilayah Pembangunan Singapura?
March 26, 2008 by wilayahpembangunani skandar

(Part 2)
MALAYSIAPORE ?

Saya terjumpa satu artikel di dalam Forbes mengenai kerjasama antara pemimpin 
Malaysia dan Singapura untuk mewujudkan kerjasama bagi menguruskan Wilayah 
Pembangunan Iskandar (WPI). Dalam pertemuan tersebut kedua-dua pemimpin negara 
ini telah bersetuju untuk menubuhkan Joint Ministerial Committee untuk memantau 
kerjasama ekonomi di WPI yang dihubungkan melalui Selat Tebrau. Kedua belah 
pihak telah bersetuju untuk memperkenalkan kad pintar untuk memudahkan aliran 
trafik dua hala antara Singapura-Malaysia.

WPI adalah pembangunan di selatan Johor seluas 850 batu persegi yang seluas 3 
kali ganda Singapura. WPI menjadi satu peluang pelaburan yang pasti direbut 
oleh rakyat Singapura kerana nilai tanah yang murah lebih kurang 1/30 dari 
nilai tanah di Singapura (www.offplanproperty exchange. com). Harga tanah 
dijangka akan melambung atas permintaan yang tinggi terutama dari rakyat 
Singapura bagi melengkapkan strategi pembangunan bagi melengkapkan kualiti 
kehidupan yang lebih baik yang tidak dapat disediakan di pulau mereka yang 
sempit itu.

Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) = Wilayah Pembangunan Singapura?  March 23, 
2008 by wilayahpembangunani skandar

(Part 1)

Saya terpanggil untuk meneroka lebih mendalam tentang Wilayah Pembangunan 
Iskandar (WPI) atau Iskandar Development Region (IDR) setelah kerajaan beria-ia 
sangat untuk melaksanakan dalam masa terdekat ini. Bukan apa, sebagai penduduk 
yang akan menerima tempias pembangunan WPI, saya rasa perlu untuk mempunyai 
ilmu dan faham tentang apa yang bakal berlaku kerana kerajaan tidak memberi 
gambaran yang jelas dan tepat tentang kesannya kepada rakyat terutama penduduk 
yang tinggal di Johor Bahru dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Dalam surat khabar cuma kata pembangunan ini akan menguntungkan penduduk 
setempat khususnya orang Melayu. Tapi macamana ia menguntungkan tidak jumpa 
pulak huraiannya. Atas dasar itu, kajian yang tidak seberapa ini mungkin dapat 
membuka mata ramai tentang kesan dan akibat WPI kepada penduduk khususnya diri 
saya.

Saya akan huraikan kajian saya ini dalam bentuk soalan supaya dapat difikirkan 
bersama dan mudah difahami oleh orang kampung mungkin tanah mereka akan diambil 
dan terpaksa dipindahkan ke kawasan lain atas dasar memberi laluan kepada 
pembangunan di negara tercinta.


Apakah Wilayah Pembangunan Iskandar?

Cara termudah untuk dapatkan maklumat tentang WPI ialah melalui website WPI 
(www.wpi.com. my). Di dalam website ini terdapat brosur tentang WPI yang boleh 
didownload untuk dibaca. Cuma masalah disini maklumatnya agak terhad kerana 
maklumatnya ringkas dan tidak terperinci. Oleh itu saya cuba memahami serba 
sedikit apa yang diterangkan daripada brosur ini.

Muat turun brosur WPI di sini.(sila simpan dalam komputer, takut hilang nanti)

Berikut adalah petikan ucapan PM dalam brosur tersebut:

Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) adalah pelan jangka panjang kerajaan saya 
untuk mengubah lanskap Johor Selatan menjadi kawasan pembangunan yang premier. 
Apabila siap sepenuhnya pada 2025, WPI yang keluasannya tiga kali saiz 
Singapura akan menjadi sebuah metropolis yang serba moden, dengan tiga juta 
penduduk serta menawarkan taraf kehidupan antara yang terbaik di rantau ini. 
Pada waktu itu, WPI akan memiliki pelbagai produk pelancongan, tapak untuk seni 
bina yang masyhur, penginapan idaman di pesisir pantai, sektor perkhidmatan, 
kewangan yang berdaya maju dan sistem pengangkutan bersepadu sepenuhnya.
Perancangan ke arah menjadikan wawasan itu sebagai kenyataan sudah pun bermula. 
Kerajaan saya juga sudah mengumumkan pelbagai insentif, termasuk potongan cukai 
bagi beberapa industri perkhidmatan terpilih, selain membenarkan pelabur 
mendapatkan sumber manusia untuk industri itu dari serata dunia. Kami juga 
melonggarkan syarat berhubung pemilikan asing dalam sektor terpilih. Untuk 
merancakkan pelaksanaan wilayah itu, kerajaan juga menubuhkan sebuah badan 
kawal selia bagi menjadikan urusan perniagaan dan pelaburan di WPI, satu 
pengalaman yang menyenangkan.
Ada banyak faktor mengapa Iskandar adalah syurga untuk pelaburan. Dari segi 
geografinya, ia terletak di antara India dan China iaitu dua gergasi baru 
ekonomi yang menawarkan pasaran yang besar, kos perniagaan yang lebih murah 
berbanding pesaing di rantau ini, selain sistem perundangannya yang mudah. 
Iskandar juga dihubungkan dengan dunia luar melalui tiga pelabuhan utamanya, 
dua lapangan terbang antarabangsa dan rangkaian lebuh raya yang canggih serta 
mesra pengguna. Sejak pelancarannya akhir 2006, lebih 1,000 pelabur dari 
Malaysia, Singapura, Timur Tengah, China, India dan Amerika Syarikat sudah 
meninjau peluang di Iskandar. Malah, ramai daripada mereka menyatakan minat 
untuk melabur di situ.
Dianugerahkan dengan hutan hujan tertua dunia, paya bakau, pulau-pulau yang 
indah dan pesisir pantai yang panjang, Iskandar akan menjadi model untuk 
pembangunan mapan dan mesra alam. Untuk itu, perancangan yang rapi dan 
berhati-hati telah dilakukan bagi memastikan WPI menjadi kawasan pertumbuhan 
paling pesat di rantau ini menjelang 2025.

Dato' Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi

Antara persoalan yang bermain difikiran:

1. Apa itu pembangunan premier?

2. Untuk siapa metropolis yang serba moden, senibina yang masyhur, penginapan 
idaman di pesisir pantai?

3. kenapa perlu dilonggarkan syarat pemilikan asing?

4. syurga pelaburan untuk siapa?

5. betulke kat JB ni ada hutan hujan tertua di dunia?

Untuk lebih mudah faham dan maklumat lanjut boleh rujuk maklumat yang terdapat 
di dalam wikipedia disini.

Kawasan manakah yang bakal terlibat dengan WPI?

(sila rujuk brosur untuk lebih jelas)

Ini adalah kawasan yang terlibat dengan WPI. Sekali imbas dah macam sebahagian 
pembesaran Singapura. Senang tak payah susah-susah gali pasir. Beli tanah 
dengan pemimpin-pemimpin Malaysia aje. Murah dan Mudah. Kawasan yang terlibat 
adalah sampai ke Majlis Perbandaran Kulai (termasuklah rumah Mawi di Felda Taib 
Andak. Jangan rumah Mawi pun kena ambik sudah le), Pasir Gudang dan Pontian.

Kenapa sumber maklumat di dalam website hanya disediakan dalam bahasa Inggeris?

Yang saya memusykilkan ialah kenapa website www.wpi.com. my, www.idr.com. my, 
www.irda.com. my, dan www.sjer.com. my menggunakan website yang sama sedangkan 
semua ini menjalankan fungsi yang berbeza.

Yang keduanya kenapa semua website menerangkan tentang WPI ini dalam bahasa 
Inggeris sedangkan yang akan membaca dan yang paling ramai terlibat adalah 
dikalangan orang Melayu. Tidak bolehkah sediakan satu website dalam bahasa 
Melayu supaya mudah penduduk boleh baca dan faham.

Juga tiada satu badan atau orang perseorangan yang datang ke balai raya atau ke 
ke kampung-kampung untuk terangkan tentang WPI hingga ke peringkat akar umbi. 
Apa salahnya menyediakan satu badan bertindak untuk menerima input penduduk 
setempat di kawasan terlibat. Ajak la orang Kampung Pasir, Kampung Melayu dan 
yang sewaktu dengannya sebagai wakil setempat.

Adakah penduduk boleh menghalang jika tanah mereka diambil bagi tujuan 
pembangunan?

Jawapan bagi persoalan di atas ialah rakyat tidak boleh menghalang pengambilan 
balik tanah bagi kegunaan persekutuan sebagaimana terkandung dalam Akta 
Pengambilan Balik Tanah 1960. Kerajaan Persekutuan boleh mengambil tanah 
melalui kerajaan negeri kerana urusan tanah dibawah bidang kuasa negeri. Yang 
akan meluluskan ialah exco negeri yang terdiri dari ADUN atau wakil rakyat yang 
dipilih oleh kita rakyat malaysia yang mengundi dia dengan diketuai oleh 
Menteri Besar (di Johor Ghani Othman la).

Penduduk cuma boleh merundingkan jumlah pampasan yang boleh diterima sahaja. 
Maklumat lanjut sila buka buku akta ni yang boleh dibeli di kedai buku di 
Angsana atau kedai-kedai buku bahagian undang-undang.

Persoalannya, adilkah tanah datuk nenek kita diambil dan dijual kepada orang 
Singapura?

Kenapa WPI dikatakan menguntungkan Singapura?

"Wawasan Malaysia untuk selatan Johor adalah cemerlang."

Chua Lee Hoon, Pengarang Review, 2 Jun 2007, The Straits Times, Singapore

"Dengan adanya Iskandar, kita boleh mengalihkan perniagaan yang tidak akan 
menguntungkan di Singapura - kerana masalah kekurangan tanah dan pelbagai 
halangan lain - tapi menguntungkan jika dilakukan di selatan Johor"

Manu Bhashkaran, Felo Kanan Penyelidikan, Partner and Member of the Board, 
Centennial Group Inc. 5 Mei 2007,

The Straits Times, Singapore

Ini adalah 2 petikan komen daripada brosur yang didownload dari website yang 
disebut di atas. Rasanya dah boleh faham macamana faedah kepada Singapura. Dah 
tak laku kat tempat dia baru nak buang kat Johor.

Rakyat Singapura bakal untung sebab mereka boleh beli rumah, pejabat atau hotel 
yang dibina di atas tanah orang Malaysia yang diambil kerana harga yang murah 
jika dibandingkan dengan harga di Singapura. Cuba kita lihat sama-sama di sini. 
Harga sebuah rumah flat di Singapura ialah dalam lingkungan SGD200,000 (RM 
460,000) hingga SGD 700,000 (RM 1.6 juta) www.hdb.gov. sg

Statistik Harga Rumah di Singapura

      TOWN
     3-ROOM
     4-ROOM
     5-ROOM
     EXECUTIVE

      ANG MO KIO
     $203,000
     $307,000
     $423,000
     $550,000*

      BEDOK
     $193,000
     $257,000
     $400,000
     $440,000*

      BISHAN
     $238,000*
     $340,500
     $480,000
     $568,000*

      BUKIT BATOK
     $183,000
     $305,000
     $430,000
     $431,800

      BUKIT MERAH
     $230,000
     $428,000
     $573,000
     -

      BUKIT PANJANG
     $178,000
     $249,000
     $319,000
     $400,000*

      BUKIT TIMAH
     $255,000*
     $380,000*
     $440,000*
     $638,500*

      CHOA CHU KANG
     $169,800
     $253,000
     $313,000
     $380,000

      CLEMENTI
     $210,000
     $335,000
     $484,500
     $600,000*

      GEYLANG
     $185,000
     $271,500
     $435,000*
     $410,100*

      HOUGANG
     $184,000
     $263,000
     $349,000
     $416,000

      JURONG EAST
     $190,800
     $267,000
     $390,000
     $490,000*

      JURONG WEST
     $170,000
     $242,000
     $315,000
     $360,000

      KALLANG/WHAMPOA
     $212,000
     $353,000
     $461,500
     $522,500*

      PASIR RIS
     -
     $275,500
     $340,500
     $455,000

      PUNGGOL
     -
     $293,000
     $358,000
     $410,000*

      QUEENSTOWN
     $220,000
     $425,000
     $591,000
     $757,500*

      SEMBAWANG
     -
     $257,500
     $308,000
     $365,000*

      SENGKANG
     -
     $281,000
     $334,000
     $421,300

      SERANGOON
     $187,000
     $275,500
     $350,000
     $424,000*

      TAMPINES
     $222,000
     $293,000
     $350,000
     $446,000

      WOODLANDS
     $161,300
     $248,000
     $300,000
     $380,200

      OVERALL
     $197,000
     $273,000
     $340,000
     $415,000

(Sumber: www.hdb.gov. sg)

Berapa ramai orang Malaysia boleh beli rumah harga macam tu jika dibuat 
dikawasan WPI? Bos tempat saya kerja pun belum tentu boleh beli rumah harga 
macam ni. Rumah banglo di Johor pun tak sampai RM500 ribu. Rumah teres 
setingkat kos sederhana (RM100,000 hingga RM 200,000) untuk duduk sendiri di JB 
pun belum mampu dibeli oleh orang yang duduk di JB, inikan pula harta tanah 
berharga ratusan ribu ringgit.

Menurut program kerajaan dalam Malaysia My Second Home Programme (www.mm2h.gov. 
my), penduduk asing boleh beli harta tanah di Malaysia yang berharga lebih RM 
250,000 (SGD 109,000-murahnya bagi orang Singapura). Rumah kedai atau ruang 
pejabat di Malaysia lebih mahal dari harga rumah tetapi jauh lagi murah jika 
dibandingkan dengan harga di Singapura.

Jika saya orang Singapura amatlah beruntung kerana harta tanah serta barang 
keperluan boleh dibeli pada harga yang amat murah dan kekal menjadi hakmilik 
saya dan keturunan saya selama saya tidak menjual tanah tersebut.

Persoalannya ialah apa yang akan berlaku jika separuh kawasan WPI ni dibeli 
oleh orang Singapura?

Maka WPI ni jadi hakmilik Singapura lah. Orang Malaysia hanya boleh melawat 
kawasan-kawasan menarik di tepi Pantai Lido untuk makan steamboat. Lepas tu 
balik ke rumah di kawasan kampung nun jauh di Kulai atau Pekan Nenas, Pontian.

Persoalan yang masih perlu diterokai:

Masih terdapat banyak lagi persoalan yang belum terjawab. Mungkin dilain kali 
kita bertemu lagi. Masih boleh difikir-fikirkan bersama wahai rakyat Malaysia 
tanpa mengira kaum kerana WPI melibatkan kepentingan semua kaum yang duduk di 
Johor khususnya. Antaranya:

  a.. Tak cukupkah pembangunan di Johor Bahru sekarang ini?
  b.. Kenapa tidak dibangunkan kawasan belum membangun di tempat lain?
  c.. Mampukah orang Johor bergerak selari dengan pembangunan yang drastik ini?
  d.. Tidak cukupkah dengan kesan kenaikan harga barang akibat ramai orang 
Singapura membeli belah di Johor Bahru?
  e.. Kenapa tidak dibuat satu jambatan baru yang mudah orang Singapura dan 
Malaysia menjalankan urusniaga di kedua-dua negara?
  f.. Jika berlaku pengambilan tanah, dimanakah penduduk akan menggantikan 
tanah tersebut untuk tinggal? Berapa harganya?
  g.. Siapakah pemilik syarikat pemaju dan syarikat-syarikat utama yang 
terlibat dalam WPI? Boleh rujuk di sini.
  h.. Kenapa pulak Robert Kuok (orang terkaya di Malaysia) ada dalam Majlis 
Penasihat WPI?
  i.. Jika WPI akan menjadi lambakan penduduk Singapura apa yang bakal berlaku 
seterusnya? Harga barang keperluan? Kuasa beli?
  j.. Adakah kita sebagai anti pembangunan jika mempersoalkan WPI?
  k.. Siapakah yang merancang pembangunan WPI? Adakah orang tempatan JB 
terlibat atau orang yang duduk di KL merancang di atas kertas sahaja?
  l.. Kenapa tiada satu badan berfungsi menyalurkan maklumat dengan jelas 
kepada kepada rakyat Johor?
  m.. Apa yang bakal berlaku kepada Kampung Melayu, Kampung Pasir, kampung 
Skudai Kanan, Kampung Majidee dan kampung-kampung lain yang sewaktu dengannya?
  n.. Mampukah anak generasi kita menghadapi pembangunan yang pesat ini? Apa 
persediaan kita untuk itu?
  o.. Dimana saluran untuk penduduk dan rakyat memberi idea dan pandangan 
tentang WPI?
  p.. Jika WPI ini 'berjaya', adakah koridor-koridor lain pun akan dibuat benda 
yang sama?
  q.. Dan banyak lagi persoalan yang bakal muncul...memerlukan jawapan..di 
dunia dan akhirat.

Semoga maklumat yang tidak seberapa ini mampu membuka mata pemimpin-pemimpin 
kita semua. Jangan hanya menyokong dan meluluskan sahaja semua yang 
dibentangkan. Guna akal yang waras dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh 
rakyat untuk menjaga kepentingan rakyat sebab nanti setiap pemimpin akan disoal 
atas apa yang dipimpimnya selepas mati kelak. Selamat berkoridor.


Yang benar,

Orang Johor Lama

* Saya harap tulisan saya ini dapat disebarkan kepada ramai terutama 
pemimpin-pemimpin kita supaya mereka faham dan sedar apa yang berlaku dan bakal 
berlaku terutama kepada penduduk di kawasan WPI. Tulisan ini adalah untuk 
menjaga keharmonian semua kaum yang baru mengorak langkah ke arah kehidupan 
bersama yang aman sejahtera. Saya terlalu sayang untuk melihat keharmonian 
antara kaum ini dihancurkan oleh tangan-tangan yang tamak haloba.
Tak kan melayu hilang di dunia bang tuah!!!!!!

"Aku tidak kaya, tetapi aku tidak mahu mengemis di bumi sendiri." - Rakyat 
Malaysia
[MN RAZAK}

Tags: iskandar development region, johor, pak lah, singapore, umno, wilayah 
pembangunan iskandar
Posted in Wilayah Pembangunan Iskandar | 20 Comments ยป



Attachment: Part.002
Description: Binary data

Kirim email ke