(Pimpinan PR, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)



      RM27 juta untuk Selangor hangus dalam masa 50 hari                        
                     Harakahdaily      
         Tue | Apr 15, 08 |  3:43:43 pm MYT                         KLANG, 15 
April (Hrkh) - 54 Adun Barisan Nasional (BN) dalam pentadbiran dahulu 
membelanjakan peruntukan tahunan sebanyak RM27 juta bagi 2008 hanya dalam masa 
50 hari daripada permulaan tahun itu, kata Exco Selangor, Ronnie Liu.

  -->-->
 "Amat mengejutkan dan sukar dipercayai apabila para exco mendapati peruntukan 
tahunan sebanyak RM500,000 seorang yang bertujuan untuk memperbaiki jalan raya 
dan longkang telah habis digunakan dalam bulan Februari," katanya.

 
 Katanya, kerajaan negeri akan meminta penjelasan daripada 36 bekas Adun BN dan 
18 yang lain yang masih mengekalkan kerusinya tentang bagaimana peruntukan 
tersebut digunakan.

 
 Ronnie Liu, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kajian dan Penyelidikan 
Kerajaan Tempatan, berkata demikian kepada wartawan selepas melakukan lawatan 
ke Majlis Perbandaran Klang, semalam.

 
 Katanya, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil keputusan minggu 
lepas untuk mendapatkan penjelasan daripada Adun terbabit sebagai tanggung 
jawab.

 
 "Kesemua surat kepada Adun terbabit akan dihantar dalam masa seminggu dan 
mereka perlu menjelaskan dengan terperinci bagaimana wang tersebut digunakan 
dan siapa kontraktor yang terbabit melakukan kerja-kerja berkenaan," katanya.

 
 "Kami tidak berpuas hati dengan cara peruntukan itu digunakan. Kami ingin tahu 
bagaimana wang pembayar cukai itu dihabiskan. tapi buat masa ini kami tidak 
membuat sebarang spekulasi tentang bagaimana wang itu digunakan, kita tunggu 
penjelasan mereka," katanya.

 
 Ronnie berkata, ekoran itu Adun dalam pentadbiran sekarang terpaksa   memohon 
peruntukan baru untuk kegunaan mereka.

 
 "Kami akan memperkanalkan satu sistem di mana setiap sen akan diteliti. 
Matlamat kami supaya semuanya berjalan secara telus dan rakyat boleh menyemak 
perbelanjaan kerajaan," katanya. 





Global Media Channel
      ADUN BN diarah kemuka laporan bajet                            
                         
                        
                                               Written by Sinarharian           
                             Tuesday, 15 April 2008                   KLANG - 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) termasuk yang telah 
tewas dalam Pilihanraya Umum Ke 12 lalu diarah untuk mengemukakan laporan 
perbelanjaan peruntukan sebanyak RM500,000 yang telah diberikan melalui bajet 
tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan 
Penyelidikan Negeri, Ronnie Liu berkata, arahan berkenaan dikeluarkan setelah 
mendapati ada di kalangan ADUN terbabit didakwa telah menghabiskan peruntukan 
berkenaan hanya dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini. 
   
 “Kerajaan negeri ketika ini tidak berpuas hati dengan situasi tersebut kerana 
adalah tidak munasabah peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan 
kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) habis digunakan dalam tempoh yang begitu 
singkat. 
 
 “Kita mahukan laporan lengkap daripada mereka dalam tempoh masa yang telah 
ditetapkan kerana berdasarkan penelitian, didapati tiada sebarang pembangunan 
atau program dijalankan di kawasan mereka dalam tempoh tersebut,” jelasnya 
demikian selepas menghadiri perjumpaan ADUN-ADUN kawasan Parlimen Klang bersama 
Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Klang (MPK), Mislan Tugiu, di sini, semalam. 
 
 Ketika ditanya tentang ADUN yang dimaksudkan itu, Ronnie bagaimanapun tidak 
menyatakan ADUN yang dimaksudkan itu dan hanya menunggu laporan daripada semua 
ADUN BN itu. 
 
“Malah, berlaku ketidakadilan dalam pimpinan Kerajaan negeri terdahulu kerana 
tiada sebarang peruntukan yang sama diberikan kepada ADUN Sungai Pinang dan 
Sekinchan kerana meraka adalah dari parti DAP yang menjadi pembangkang di 
Selangor pada penggal lalu.” 
 
 Turut hadir dalam perjumpaan itu ialah ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham 
Abdullah dan ADUN Sungai Pinang, Teng Chang Khim.   
 
Sementara itu, Ronnie ketika ditanya sama ada ADUN BN akan menerima peruntukan 
dalam belanjawan negeri pada tahun hadapan berkata, ia bergantung kepada 
laporan serta jawapan daripada ADUN berkenaan. 
 
 “Sebarang keputusan sama ada peruntukan yang sama akan diberikan kepada ADUN 
BN tahun depan, bergantung kepada bagaimana ADUN tersebut menyalurkan 
peruntukannya pada tahun ini. 
 
 “Saya tidak mahu buat sebarang spekulasi mengenai perkara ini lagi kerana kita 
masih belum menerima sebarang laporan daripada ADUN berkenaan,” ujarnya.

HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
 between 0000-00-00 and 9999-99-99        

Kirim email ke