Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang
berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah
Syarikat Awam Berhad dengan jaminan ( Company Limited by Guarantee ).
Juruhebah Sambilan
Tarikh Iklan : 04/04/2008 1.1
Jawatan
:
Juruhebah Sambilan
1.2
Taraf Jawatan
:
Sambilan
1.3
Jadual Gaji
:
Bayaran adalah Mengikut jumlah jam bertugas dengan kadar RM30.00 sejam
1.4
Syarat Lantikan
:
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman
seperti berikut:
(a)
(b)
Warganegara Malaysia;
Berumur tidak kurang dari 20 tahun;
(c)
Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang
penyampaian rancangan radio, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain;
(d)
Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia , Bahasa
Inggeris dan atau Bahasa Arab;
(e)
Lulus Ujian Bertulis;
(f)
Lulus Ujian Suara;
(g) Sedia bertugas secara syif;
(h)
Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri
yang baik, pengalaman bekerja dan berkemahiran menggunakan komputer.
Cara Permohonan
Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta
salinan dokumen yang berikut :-
a) Butir-butir peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitae mengenai
kelayakan dan pengalaman)
b) Sekeping gambar berwarna berukuran passport (tidak dikembalikan)
c) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran,
slip gaji terakhir dan lain-lain dokumen berkaitan jika ada.
Surat permohonan beserta dokumen hendaklah sampai kepada :
Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku
Off Jalan Duta
50480 KUALA LUMPUR
(up: Bahagian Pentadbiran)
Tel: 03-62046200 Faks: 03-62014189
sebelum atau selewat-lewatnya pada 25/04/2008 dengan menyatakan nama jawatan
yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat tersebut.
Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan
Kuasa Tempatan, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan pastikan
salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi
Tahunan disertakan bersama.
Catatan Am
Salinan sijil-sijil yang dikemukakan hendaklah diakui sah oleh pegawai dari
Kumpulan Pengurusan Profesional atau Penghulu/Ketua Kampung.
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
Permohonan tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan daripada
tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.