Asmwbkth...
Jazakallahu Khairan Katheeera wa Jannatul Firdaus..., kepada U yang
menghantar maklumat yang baik ni... ALLAH Yarham Mak AKAD dulu..., kalau kami
anak2 dia ni demam..., kami dilarang keras untuk mandi. Tak ada justifikasi
diberi... Sebaliknya... dicadangkan berselubung dalam selimut, hingga
berpeluh2..., lepas tu bukaklah selimut... Dengan harapan supaya panas demam tu
keluar... Hmmm ... AKAD tak reti nak komen sebab bimbang jatuh dehakker ngan
mak... Tapi yang Ironinya..., masa AKAD kat US pada tahun 1996... AKAD kena
demam campak, buat kali yang keempat...!!! dalam hidup... hingga
berbintil-bintil cecair... dan muka jadi macam blob-man of Planet Saturn... ...
Dr. Diane Snyder of WMU Syracuse Students Medical Clinic, arahkan supaya AKAD
dicelup dalam bath-tub yang penuh dengan air batu, yang dicampur dengan serbuk
Avenno... (Kalau tak dapat Avenno, 2nd best adalah Baking Soda...) ... Kat
US... tak main laaa pakai underwear-underwear... ... kena bolin habih... !!!
Sebelum masuk air batu..., tempreature badan 41+++ ... sampai kepala jadi
sakit sangat macam nak pecah...!!! Bila celup dalam air batu.... sejuk
menggelatuk giller... kepala yang berambut..., sangat penting untuk dicelup
juga... Sejuk menggelatuk hingga gigi atas dan bawah berlaga... menggeletak
giller... ! Lepas hampir sejam... disuruh keluar dari bath-tub... ..., (Awek
tu senyum aje..., menengokkan segala2nya kecut halus giller!!! hinggakan hampir
lenyap...!!!
Tapi... ... Rasa leeegaaa...!!! Badan rasa ringan sangat2... Orang yang ada
bersama dalam bilik mandia tu..., merasakan bilik tu tiba2 jadi sangat
hangat..., macam sauna..., sebab panas badan AKAD keluar dan memenuhi bilik
mandian itu... Selepas itu..., badan AKAD disapu dengan Calamine lotion...
ALHAMDULILLAH... panas badan turun ke kadar normal..., kepala sakit giller pun
hilang..., bintil cecair yang pecah..., tidak meninggalkan sebarang parut...,
ALHAMDULILLAH... Tapi AKAD dipesan supaya babies dan kanak2, jangan dicelup
dalam air batu macam orang dewasa... Sebab mereka boleh dapat keradangan dan
mampoih... Memadailah menjaramkan sahaja dengan air sejuk bercampur ketulan
ais... menggunakan tuala selamat pagi (good morning) atau apa-apa kain cotton
yang bersesuaian..., hingga panas turun pada kadar normal... Kalau orang dewasa
bapuk lembik sotong gemalai pun..., mungkin hanya boleh dijaramkan sahaja...
sebab kalau dicelup dalam ais..., agaknya dia boleh mampoih,
jadi sotong kembang...!
Hasil kaedah itu..., sekarang ni..., bila AKAD rasa badan ada dedar-dedar...
sikit2 naik panas macam nak demam..., AKAD cepat2 berdiri bawah shower air
sejuk biasa..., selama di antara 15 minit ke 30 minit... hingga sejuk
menggelatuk, berlaga gigi atas dan bawah... Lepas tu..., badan rasa ringan
sangat... tak panas lagi... rasa nyaman sangat...! Tapi kalau "goffren" AKAD
masuk bilik air lepas tu..., Dia akan komplen... Huuuiii...! Panasnya bilik air
nii!!! Kalau SaifudDaulah yang telebih dulu..., harus dia akan kata; "Ummey...!
panas nnnyyyaaaa...! Camana nak main ujaaannn!!!
So..., musti mau ingat laaa... air tu kehidupan... Kena banyak2 syukur kepada
ALLAH...
Itu dulu lipur-lara air... drp AKAD
===========================================
--- On Tue, 4/15/08, akulie <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: akulie <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Tuesday, April 15, 2008, 10:46 PM
KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja
bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress
serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang
diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita
diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam
dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula
menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan
jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat
membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula
darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja
dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan
darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar
12 hingga 18 darjah Celsius.
Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh
diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air
mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan
tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama
10 hingga 20 minit.
Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu
menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah.
Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan
kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau
lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang
mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga
ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung,
selsema dan sembelit.
Read more here: http://www.damaipea ce.blogspot. com
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it
now.
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.