Salam aleikum...

pengalaman saya masa jadik stewardess dulu...

bila ada orang pengsan:-
1. pegang tangan dia, tanya "cik, dengar tak saya? kalau dengar
genggam tangan saya"

2. kalau tak dengar... rasa tengok nafas, kalau dada bergerak, tanda
bernafas, rasa nadi... nadi manusia paling kuat di pergelangan
tangan... kalau ada nafas dan ada nadi, bukak butang baju paling atas
dekat leher, kalau pakai tali leher, bukak tali leher, lepas tuh,
tarik tangan kanan dia, pusingkan badannya dalam posisi mengiring,
tangan kiri bengkokkan  (bengkok pada siku macam bentuk V)  dan alas
kepala, tangan kanan, tarik across, bengkok kan kat siku jugak alas
kat bawah mulut. tarik kaki kanan dengan lututnya benkok supaya badan
dia stable dan tak terpusing terlentang semula...

biar dia dalam posisi nih sampai bantuan sampai... tak boleh biarkan
dia terlentang sebab takut kalau dia betul2 black out, dia ada objek
dalam mulut dan objek nih akan menghalang sistem pernafasan dia...
kalau dia termuntah pun, muntah tuh boleh buat dia tercekik... kalau
mengiring, objek tuh boleh keluar dan tak mengganggu aliran pernafasan...

3. kalau takder nafas; ada nadi atau ader nafas takder nadi... kena
buat CPR... yang nih, kena berani buat pernafasan mulut ker mulut, n
kena pandai cari spot untuk revive jantung supaya kembali mengepam
darah ker seluruh badan mangsa... spot utk chest press ialah cari
hujung tulang rusuk, letak dua jari and mulakan chess press kat situ..
tapi yang nih kena belajar cara2 nak buat sebab takut nanti kalau
salah press, tulang rusuk pulak yang patah...


--- In [email protected], hamdy wrote:
>
> asm,
> 
> pagi ini sebelum menghadiri satu mesyuarat saya menghadapi kes org
pengsan.
> walaupun saya dah dilatih beberapa kali, tapi bila ttiba masanya,
agak lupa, so terpaksa membuat phone call pada seorang kawan doctor.
Pada mulanya saya tidak ambil pedulu tetapi melihatkan kakak2 yg cuba
menolong macam kekok, saya pun mengambil alih. Bukan pandai sangat
tapi rasanya tahu lebih sikit dari mereka yg keliling. Now, bila balik
ofis, terpaksa le mencari balik cara cara first aid.
> 
> So anda bagaimana? Tahu apa nak buat kalau menghadapi kecemasan
demikian.Jangan jadi bystanders ie org yg hanya melihat atau orang yg
nak menolong tapi tak tahu bagaimana nak menolong.
> 
>  
> hamdy 013 3696712
> Penulis Buku Baru Terbit: RancangHidup RancangWang
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
>      
____________________________________________________________________________________
> Be a better friend, newshound, and 
> know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now. 
http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ
>


Kirim email ke