Friday, April 18, 2008    Hidangan Restoran Hotel 5 Bintang - Halal Atau 
Haram?   
      
        Assalamualaikum,

Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama 
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara 
yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.

Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar 
celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali 
ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 
bintang.

Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 
bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah 
syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di 
Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar 
berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi 
dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.

Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum 
tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang 
Haram?

Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama 
menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?

Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran 
hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan 
(Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap 
satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam 
buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. 
Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak 
mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen 
tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.

Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam 
masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah 
katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah 
seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar 
negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.

Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak 
mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam 
makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di 
dapur sini.
  
BACA ARTIKEL SETERUSNYA... 
   
  www.drazwan.blogspot.com




       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke