Aswt,

     Sabtu lepas (31hb Mei) saya ke Kuala Terengganu (KT) 
untuk menghadiri majlis kenduri kawin di Gong Badak. Oleh kerana bertolak awal 
pagi dan saya tiba di KT jam 11 pagi maka saya terus ke Dungun dulu untuk 
menziarahi kaum keluarga di sana. Sebelah petangnya saya bertolak balik 
kebandar KT untuk hadir majlis berkenaan yang kebetulan hari tersebut ialah 
hari berlangsungnya perasmian sukan SUKMA 2008. Apabila tiba di Rusila jalan 
menuju kebandaraya KT ditutup dan semua pemandu diarah ikut lencongan kearah 
Bukit Payong. Saya rasa sebabnya ialah kerana jalan utama dari Rusila kebandar 
KT masih dalam proses penglebaran dan selenggaraan. Ianya dalam keadaan tidak 
teratur, pengadang di sana pengadang disini yang mungkin akan menyebabkan 
kesesakan teruk. Kalau tak silap kerja-kerja penglebaran jalan tersebut telah 
bermula sejak tahun 2006 atau mungkin lebih awal. Mengapa begitu lama untuk 
disiapkan sedangkan ketetapan bandaraya KT
 terpilih sebagai tuan rumah SUKMA tahun 2008 tentunya telah dibuat 
sekurang-kurang nya 4 tahun lalu!! Keadaan ini tentu sama sekali tidak 
disenangi Sultan Terengganu yang juga Yang DiPertuan Agung jika beginda turut 
menggunakan jalan-jalan tersebut!!

      Dari Bukit Payong menuju ke bandar KT jalanraya 
nya memang elok kerana terdiri dari dua atau tiga lane tapi jalanraya dari 
bandar KT menuju Bulatan Batu Enam pula terdapat yang masih dalam proses 
penaiktarafan dan ianya juga saya rasa dah lama bermula. Masa yang tepaksa kami 
ambil dri Rusila ke Gong Badak hampir 2 jam kerana kesesakan. Mengapa 
kerja-kerja menaiktaraf jalan-jalan tersebut mengambil masa begitu lama? 
Sepatutnya sebaik saja KT dipilih untuk jadi tuan rumah sukan SUKMA semua 
jalanraya menuju bandar KT wajar dalam keadaan selesa!!  

     Apakah wang royalti yang dibayar kepada kerajaan 
Terengganu walaupun atas dasar wang ehsan yang berbilion ringgit itu tidak 
dapat digunakan untuk mempercepatkan kerja-kerja pembinaan jalanraya-jalanraya 
tersebut demi kemudahan orang ramai tak kiralah untuk apa tujuan sekalipun 
mereka ke bandar tersebut lebih-lebih lagi jika mereka kunjunginya untuk 
SUKMA!! Apakah kelewatan itu kerana masalah  kewangan?? Anehnya masjid 
kristal yang saya rasa tentu bahan-bahanya banyak yang di import mampu 
disiapkan dengan begitu cepat!! Kabarnya wang ehsan yang sepatutnya RM7 bilion 
tapi disahkan diterima hanya RM4 bilion sahaja?? Kemana perginya RM3 bilion 
lagi?? Kemungkinan ini semua berlaku kerana mereka menyangka Terengganu lagi 
sekali akan jatuh ketangan PAS oleh itu projek-projek penting dibiarkan saja 
terbengkalai?? Jika benar demikian bererti lagi sekalilah berulangnya 'SHIT' 
yang dikisahkan dalam sebuah buku yang kalau tak silap
 tulisan seorang Sasterawan Negara iaitu Dato' Shahnon Ahmad yang juga bekas 
seoarang ahli parlimen. Kebetulan pula sekarang ini keluar masuk sebagai ahli 
UMNO sedang rancak berlaku macam sebuah tandas saja!!. Wallahua'lam.

ibnuAli
kota jembal





      

Kirim email ke