Tak patut macam tu .. duit tu dapat kat kerani tiket tu ka atau kat tuanpunya 
bas .. saya pun selalu juga ulang alik Kangar KL Kangar .. hari minggu cuti 
umum pasti ada tambah RM 5.00 .. tapi kelmarin n hari ini saya tidak pula kena 
bayar lebih .. saya naik bas sri maju masih harga lama ... saya semak 
tranasional n mara liner masih harga lama ...
sikap yg tidak sepatutnya diambil kesempatan. saya cadang bagi yg selalu ulang 
alik setiap minggu tempah guna online bas maraliner @ tranasional sbb dapat 
murah lagi kalau tempah n bayar guna kad kredit .. sekadar cadangan yg selalu 
macam saya juga ..

Quoting "\"Topeng Perak\""@:

> *TAHNIAH PENGUNDI2 BARANG NAIK...HANGPA MEMANG HAPRAK!!!*
> **
> *Tiket bas naik RM5 hingga RM10*
> *Harga barangan lain 'tunggu giliran' naik dalam masa terdekat*
> 
> KUALA LUMPUR � Belum sempat tiga hari selepas pengumuman kenaikan harga
> petrol dan diesel, kebanyakan syarikat bas ekspres sudah 'pandai-pandai'
> menaikkan harga tiket dari RM5 hingga RM10.
> 
> Tinjauan *Kosmo!* di Puduraya di sini dan Terminal Shahab Perdana di Alor
> Star, Kedah semalam mendapati ada pengusaha bas ekspres mengambil kesempatan
> memenaikkan harga tiket atas alasan kenaikan harga bahan api itu.
> 
> Malah tindakan mereka itu dianggap sudah mendahului keputusan persatuan dan
> tanpa restu agensi kerajaan terlibat.
> 
> Jualan harga tiket yang melebihi antara RM5 dan RM10 itu dikesan untuk ke
> destinasi tumpuan iaitu dari negeri utara ke Lembah Klang terutama Kuala
> Lumpur cukup merungsingkan pengguna.
> 
> Seperti contoh, harga tiket bas ekspres dari kedua-dua hala itu biasanya
> dijual RM30 dinaikkan sehingga RM40 tetapi ada sesetengah pengusaha yang
> menaikkan sebanyak RM35.
> 
> Seperti contoh, bagi destinasi dari Alor Star ke Kajang, Selangor yang
> dahulunya RM35 dinaikkan kepada RM40 yang mula dikuatkuasakan serta-merta
> semalam.
> 
> Bagaimanapun tiket bas ekspres yang tidak terlalu menjadi tumpuan pengguna
> seperti ke Johor Bahru tidak pula dinaikkan dan kekal pada harga lama iaitu
> RM55.
> 
> Seorang pegawai pemasaran, Anita Adlin, 28, memberitahu, dia terkejut
> apabila mengetahui harga tiket dari Alor Star ke Kuala Lumpur naik sampai
> RM10.
> 
> "Biasa RM30 saja, bila jurujual kata naik RM10, saya teragak-agak nak bayar,
> susah la macam ni kalau semua benda naik harga lepas harga minyak naik,"
> jelasnya.
> 
> Bagi seorang lagi pembeli, Rozlan Razlan, 30, harga tiket bas yang naik itu
> cukup membebankan memandangkan dia selalu berulang-alik dari Kedah ke ibu
> kota.
> 
> "Isteri saya tinggal di Kuala Lumpur, saya kerja di sini, kalau tiap-tiap
> minggu berulang-alik dengan harga tiket bas RM40 susahlah saya, harga barang
> naik, gaji tak naik," ujarnya bekerja swasta.
> 
> Seorang jurujual tiket di terminal itu, Rizal Salleh, 25, mengaku, tambang
> bas ekspres naik sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
> 
> "Kalau tambang tak naik, kami akan rugi, setakat ini kami hanya naikkan
> tiket bagi laluan yang menjadi tumpuan seperti Kuala Lumpur sahaja,"
> jelasnya.
> 
> Bagi seorang lagi penjual tiket bas ekspres, Rahim Amar, 27, walaupun ramai
> pembeli merungut tetapi mereka tiada pilihan.
> 
> "Bas guna minyak, kalau harga minyak naik, tiket perlu naik untuk elak
> kerugian," katanya.
> 
> Selain harga tiket bas ekspres, beberapa barangan lain juga mendapat tempias
> yang sama.
> 
> Di PAHANG, harga ayam sudah mula naik antara 20 hingga 40 sen.
> 
> Ayam standard dengan kepala, kaki dan hempedal, dijual RM6.20 hingga RM6.40
> sekilogram melebihi RM6 bagi harga siling sebelum ini.
> 
> Di SEREMBAN, majoriti peniaga hanya menunggu saat dan ketika sahaja untuk
> menaikkan harga barang.
> 
> Rata-rata mereka beranggapan sekiranya menaikkan harga, mereka terpaksa
> mengikut rentak yang sama.
> 
> Di JOHOR BAHRU, harga barang basah di beberapa pasar di daerah ini dijangka
> naik mulai minggu depan.
> 
> Ia berdasarkan tinjauan *Kosmo!* semalam yang mendapati para peniaga
> mengeluh berikutan segelintir pembekal telah menguar-uarkan akan menaikkan
> harga barangan jualan mereka.
> 
> Peniaga daging di Pasar Larkin, Yousof Jantan, 54, berkata, harga daging
> terutamanya daging sejuk beku dijangka akan naik mulai minggu depan.
> 
> 
> 
> 
> JUALAN tiket bas ekspres di Terminal Shahab Perdana di Alor Star, Kedah juga
> dinaikkan semalam.
> 
>  
> 
> 
> 
> 
> -- 
> Berjuang,berjuang,berjuang dan terus berjuang!!!
> 
> Visit My Blog : http://perisikrakyat.blogspot.com/
> 
> "WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
> DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
> UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
> MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
> PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
> MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"
> 
> "Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik
> membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
> supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini
> - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu
> menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).
> 




------------------------------------

Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc] 
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine** 

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices 
http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim  
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc] 
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/  Yahoo! Groups 
Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke