Monday, June 9, 2008  Rally 1 juta, turunkan minyak, jatuhkan
UMNO/BN<http://perisikrakyat.blogspot.com/2008/06/rally-1-juta-turunkan-minyak-jatuhkan.html>
dipetik
dari Tranungkite :

*Rally 1 juta, turunkan minyak, jatuhkan UMNO/BN*
Dilulus terbit pada Sunday, June 08 @ 16:49:37 MYT oleh
SongkokPutih<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=10975&mode=thread&order=0&thold=0>
[image: 
Artikel]<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&new_topic=1>Oleh
*ulit_mayang
*
Ole – ole ..

Menyokong penuh Perhimpunan 100,000 anjuran PROTES 12 julai nanti , di KLCC.
Tetapi kenapa angka 100,000 , dah selalu dan acap kali sangat digunakan.
Kenapa tidak dinaikkan sekali ganda atau 10 kali ganda , menjadi 1,000,000 ,
1 juta ?

Angka tersebut elok diubah supaya menjadi satu perhimpunan 1,000,000 ,
bertempat di ibu Negara , dengan pergerakan dibuat dari segenap penjuru
Negara , dari utara , timur, selatan , sabah dan Sarawak disamping kawasan
tengah

Kalau untuk 100,000 rasanya setakat orang Kg Baru dan sekitarnya saja , so
adakah penyokong – penyokong dari lain – lain kawasan dekat2 tu akan
dihalang dari hadhir dan turut serta ke ?

Tak adil macam tu. Orang – orang dari kawasan lain kat Selangor juga pakai
kereta juga , kena bayar harga RM2.704 juga untuk petrol dan RM 2.58 untuk
diesel , begitu juga rakyat dari Melaka , Negeri Sembilan ,malah seluruh
negara.

Bagaimana halnya pulak dengan penyokong – penyokong dari Utara , Penang ,
Kedah , Perak termasuk juga Perlis walaupun sokong UMNO , tapi kali ini
bersatu menyatakan sokongan supaya harga minyak diturunkan semula.

Jangan lupa orang – orang UMNO juga nak ikut serta , menyatakan bantahan ,
kerana rata – rata yang ditemui ramai juga ahli – ahli UMNO yang miskin ,
papa kedana dan dalam katogeri miskin tegar, tidak setuju dengan kenaikan
harga minyak ni, orang UMNO juga ada yang tak ada kereta , tapi harga
barangan keperluan lain dah mula naik mendadak.

Orang – orang UMNO yang kaya raya Cuma tiga empat kerat sahaja , termasuklah
Presidennya , Timbalan Presidennya , Bendaharinya , Ahli majlis kerja
Tertinggi , Pengerusi Perhubungan Negeri , Exco – exco negerinya , Ketua –
Ketua Bahagian , Ketua Pemuda dan exco – exconya , Ketua Puterinya dan exco
- exconya sahaja.

Kerana orang – orang inilah yang duduk dekat katung duit. Lain – lain tu
miskin macam rakyat teramai lah.

*Berjalan kaki*

Sebagai protes kenaikan harga minyak , jadi perhimpunan dicadangkan dibuat
dan dimulakan dengan berjalan kaki dari segenap penjuru negara , secara
berpasukan , dalam banyak kumpulan , macam larian obor olimpik tu lah.

Jika tarikh 12 julai dipilih untuk berhimpun sercara aman , walaupun Polis
kata perhimpunan haram yang akan mencetuskan huru hara , maka sebaiknya
perjalanan boleh dimulakan pada 5 Julai , dari Utara , Timur , Selatan ,
Sabah dan Sarawak , di samping kawasan tengah.

Pihak penganjur boleh mulakan nya dengan perancangan yang rapi , dari utara
dan Selatan , kita penuhkan Lebuh Raya Utara Selatan dari Bukit Kayu Hitam
dan dari Johor Bharu menghala menuju ke Kuala Lumpur.

Begitu juga dari Pantai Timur , boleh dimulakan dari Kota Bharu melalui
jalan Gua Musang , Bentung seterusnya ke Kuala Lumpur.

Dari Kuala Terengganu , boleh melalui Lebuh Raya Jerangau Jabor ke Lebuh
Raya Pantai Timur 2 ke Kuala Lumpur. Manakala dari Kuantan melalui Lebuh
Raya Pantai Timur , dan bergabung dengan rombongan dari Terengganu di Susur
Masuk LPT2 di Tol Plaza Jabor.

Ayuh , tunjukkan kesepaduan , kesepakatan rakyat marhaen. Turunkan minyak ,
jatuhkan UMNO/BN.

*Urusetia
*
Urusetia di peringkat negeri di setiap negeri perlu dibentuk segera . begitu
juga di peringkat daerah , dan di peringkat Parlimen , dan di peringkat DUN
, dan di peringkat Bahagian , seterusnya di peringkat kampung.

*Mesyuarat*

Perlu dilakukan bermula dari sekarang. Urusetia dan jawatankuasa penganjur
yang pernah mengendalikan Perhimpunan BERSIH di Istana Negara , sebaik saja
selepas Perhimpunan Agung UMNO tahun lepas , perlu digerakkan sekarang. Masa
sudah suntuk bagi menjatuhkan Pak Lah dan menurunkan harga minyak serta
barangan.

*Provokasi sb*

Walaubagaimanapun , satu aspek yang sangat perlu dititikberatkan ialah
sabotaj oleh polis cawangan khas. Pimpinan dan urusetia perlu memberikan
sesi – sesi penerangan khusus dan khas , bagi menghadapi provokasi dan
sabotaj dari SB – SB ini.

Menteri Dalam Negeri dah beri amaran jangan berdemostrasi , bermakna ada dua
kemungkinan , PERTAMA polis akan membenarkan perhimpunan dengan mengeluarkan
permit dan , KEDUA , pihak polis akan menguatkuasakan undang – undang UMO/BN
, seperti biasalah.

Jadi perlu bersedia dari sekarang , seperti yang sudah – sudah , kumpulan
yang dilatih khas dalam pasukan polis , bagi memulakan dan mencetus huru
hara dan kekacauan, iaitu dari Cawangan Khas.

Jadi , langkah berhemah dan berhati – hati , antaranya perlu mengenali dan
mengawasi orang – orang yang di sebelah kiri dan kanan serta di hadapan dan
belakang kita , perhatikan mereka – mereka ini. Lakukan yang terbaik apabila
mencurigakan.

*Sponsor*

Punggutan derma harus dan perlu digerakkan dari sekarang , bagi menampung
sebahagian dan perbelanjaan menganjurkan perhimpunan 1,000,000 ini ,
disamping perbelanjaan sendiri oleh setiap seorang daripada kita. Ini adalah
sekiranya perlu bagi menyediakan sedikit kemudahan , seperti air , minuman
ringan , makanan ringan , T-shirt dan lain – lain.
-- 
*Berjuang,berjuang,berjuang dan terus berjuang!!!*

Visit My Blog : http://perisikrakyat.blogspot.com/

"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini
- Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu
menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Kirim email ke